Thursday, April 27, 2017

Hiking Bukit Kertau, Chenor

Assallamualaikum

Hari Sabtu lepas, aku mengagahkan diri untuk menyertai program office hiking kat Bukit Kertau. Pada mulanya hati memang sangat dan sangat berbelah bagi nak pergi :). Tapi petang Jumaat tu gigih jugak hantar borang. Bila lagi nak cabar diri sendiri kan. Walaupun tak tinggi mana, walaupun tak ada view awan cantik, laut luas tapi best.

Bukit Kertau ada sejarahnya yang tersendiri. 


Bukit Kertau menyimpan sejarah pemetaan negara pada tahun 1948. Ada dua bukit yang dijadikan rujukan dalam Sistem Rujukan Koordinat Malayan iaitu:


1. Sistem rujukan kordinet semenanjung iaitu Bukit Kertau pada tahun 1948.


2. sistem rujukan koordinat Borneo iaitu Bukit Timbalai pada tahun 1968
sumber dari sini

Nama je bukit tapi amat memenatkan. Maklum la badan dah lama tak bawak bersenam. Semput jugak hakak pagi tu. Di tambah pulak cuaca tidak mengizinkan. Memang hujan lebat. Licin beb! Tapi alhamdullilah walaupun aku semput amat, akhirnya sampai jugak. Orang dah 40-an memang gitu..hehe.

Meh jemput tengok gambar. Aku memang juara berphotog sejak dari azali lagi.
























Nota betis:
Hidup nie tak payah la nak salahkan orang banyak sangat. Beb! Kalau satu jari tunjuk kat orang lain, empat jari tu tunjuk kat sapa. Behave yek!!! 


Friday, March 31, 2017

EwanXAinieSyeema

Assallamualaikum

Alhamdullilah pakcik Ewan telah selamat melangsungkan perkahwinan beliau. Jodohnya bertemu dengan orang Kampung Gajah. EwanXAinieSyeema. Dapatlah kami kazen baru. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Paling special sekali, pengantin bersanding pakai kasut converse laki bini...hehe. Sepupu!Sepupu! Apa-apa pun yang penting kita enjoy. Pas tu makanan memang thumb up.











Thursday, March 30, 2017

Warm Up

Assallamualaikum

Entri pertama di tahun 2017. Alhamdullilah syukur untuk 3 bulan ini. My AdamQ pun dah bersekolah Pra. Besar dah anak ibu. Tahun depan dah masuk sekolah rendah. 

Ibu kena kerja keras sikit untuk AdamQ. Zaman sekarang nie semua perkara kena berkejar. Kalau tak ikut sama berlari, memang la akan kebelakang. #ibucuba.