Monday, October 10, 2016

Rindu Serindu Rindunya

Assallamualaikum

Setelah sebulan tidak mencoret sebarang kata-kata di blog kesayangan aku nie...hurm. Sebenarnya aku rindu sangat-sangat nak menulis macam dulu-dulu. Rindu nak meluah perasaan, rindu nak upload gambar, rindu segala-galanya.

Sekarang nie banyak berinteraksi di instagram sahaja. Mungkin di sana lebih mudah. Ambil gambar, Upload  and then tulis caption apa. Mudah bukan. Dalam hati banyak perkara yang tersimpan dan masih sukar untuk diluahkan. Tapi itulah mana boleh disimpan lama-lama kan dalam hati nanti pecah susah :).

Aku sayang blog nie. Dah bertahun-tahun bersama. Sekali sekala bila rindu bertandang, jenguh jugak blog nie tanpa meninggalkan jejak. Mungkin faktor masa dan umur kot. Sekarang nie aku dah mula dah dengan hobi lama. In shaa Allah mulai 2017 akan berplanner dan scrapping. Rindu wei. Tambahan pulak tengok barang-barang yang beli dulu berlambak lagi tak digunakan. Dulu masa 2008 rajin la kan scraper nie, siap ada grup lagi. Dulu rajin la join swap dengan pendigi scrap nie. Sebab tu ada blog #momentlyndz nie :).

Tengok kat sini my scrapz. Sebab benda alah semua nie la, aku plan nak ada planner bagi tahun 2017 nie. Bukan planner yang biasa-biasa tau. Malahan planner yang penuh dengan macam-macam benda-benda comel. Terjebak kembali aku.

Doakan aku istiqamah dengan planner aku, dengan blog aku nie, dengan facebook aku dan dengan instagram aku. Tak lupa jugak dengan kerja aku sekali. Aku rindu serindu rindunya dengan itu semua.

Banyak benda aku belajar dalam masa beberapa tahun nie. Benda-benda yang related dengan kehidupan. Yang merubah hidup aku dan pendirian aku.Semuanya terjadi ada hikmahnya dan yang penting redha. Terima kasih kepada orang-orang yang setia di sisi. Yang sentiasa memberi semangat, bagi pinjam bahu. Aku enjoy dengan life aku sekarang. XoXo.

Nie planner yang akan aku gunakan sepanjang jalan kenangan 2017. Dah preorder. Cantik kan walaupun bukan purple colour tapi yang penting tajuk kat depan planner tu. 2017 striving for jannah. In shaa Allah. Amin.

Nota Kaki:
Untuk berubah jadik baik itu tidak susah tapi yang susah ialah untuk istiqamah. Lepas tu "dont expect from others. Expect only from Allah what you deserve will come from Allah".