Tuesday, June 28, 2016

Projek Kuih Raya Eid 2016

Assallamualaikum

Hari nie kita dah menjengah Ramadhan yang ke 23. 7 hari je lagi kita semua akan menyambut Eid 2016.  Agak-agak persiapan raya korang dah siap yek. Aku baju raya pun belum jahit lagi. Plannya minggu nie nak menjahit. In shaa Allah. Rajin ke malas ke kena menjahit jugak. Kalau tak aku tak de baju raya....hahahah. Macam budak-budak la pulak yek. Kalau dulu dari kepala ke kaki mesti serba baru. Sanggup sopink dari pagi sampai malam semata-mata memenuhi kehendak nafsu. Sejak dah 'kertu' nie, aku cuba ubah segala-galanya. Cukuplah persiapan yang terbaik untuk anak sahaja.

Hari minggu yang lepas, aku merajinkan diri menguli tepung. Semangat nak membuat biskut raya. Tambahan pulak AdamQ asyik tanya je "Ibu, Ibu bila nak buat kuih raya macam Kak Ros tu?". Tu la terlampau sangat tengok cerita Upin Ipin. Semangat AdamQ tolong aku buat kuih raya.Tinggal nak buat 2 jenis biskut lagi dan kek. Plannya nak buat Kek Coklat, Kek Marble dan Brownies. Semoga aku rajin :).

 Biskut Samperit Pandan
 Biskut Samperit Susu
 Biskut German
  Biskut Mazolla
 Biskut Samperit Klasik
 Biskut Sarang Semut


Nota Betis:
Didik hati untuk sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara yang dilakukan. Semoga Allah akan sentiasa membantu dalam setiap kesulitan yang berlaku. Amin.



Post a Comment