Thursday, June 30, 2016

Pengalaman Terawih With #AdamQaleef

Assallamualaikum

Tahun nie my AdamQaleef dah 5 tahun dan mulai tahun nie jugak aku try bawak dia pergi ke masjid. Itupun dia siap bawak bekalan dia. Mainan dia. Memang pengalaman betul bawak budak-budak nie. Nasib baik dia behave je duduk kat sebelah aku time sembahyang. Aku memang tak bagi dia main-main dengan budak-budak lain. Takut nanti menganggu orang lain sembahyang pulak kan. 

Tapi macam-macam peel dia tau. Ada satu hari tu dia siap pukul my bontot time sembahyang, pas tu ada jugak dia naik belakang badan aku time aku sujud, peluk kaki lah. Ish macam-macam ragam AdamQaleef nie. Time dia nak ikut solat dia ikut lah. 

Semoga tahun depan better ya sayang :).





Yang nie siap bawak googles dia p sembahyang.Anak oh anak.

Wednesday, June 29, 2016

Wordless Wednesday

Assallamualaikum

#3kilotogo
#misiyangbelumselesai
 

Tuesday, June 28, 2016

Projek Kuih Raya Eid 2016

Assallamualaikum

Hari nie kita dah menjengah Ramadhan yang ke 23. 7 hari je lagi kita semua akan menyambut Eid 2016.  Agak-agak persiapan raya korang dah siap yek. Aku baju raya pun belum jahit lagi. Plannya minggu nie nak menjahit. In shaa Allah. Rajin ke malas ke kena menjahit jugak. Kalau tak aku tak de baju raya....hahahah. Macam budak-budak la pulak yek. Kalau dulu dari kepala ke kaki mesti serba baru. Sanggup sopink dari pagi sampai malam semata-mata memenuhi kehendak nafsu. Sejak dah 'kertu' nie, aku cuba ubah segala-galanya. Cukuplah persiapan yang terbaik untuk anak sahaja.

Hari minggu yang lepas, aku merajinkan diri menguli tepung. Semangat nak membuat biskut raya. Tambahan pulak AdamQ asyik tanya je "Ibu, Ibu bila nak buat kuih raya macam Kak Ros tu?". Tu la terlampau sangat tengok cerita Upin Ipin. Semangat AdamQ tolong aku buat kuih raya.Tinggal nak buat 2 jenis biskut lagi dan kek. Plannya nak buat Kek Coklat, Kek Marble dan Brownies. Semoga aku rajin :).

 Biskut Samperit Pandan
 Biskut Samperit Susu
 Biskut German
  Biskut Mazolla
 Biskut Samperit Klasik
 Biskut Sarang Semut


Nota Betis:
Didik hati untuk sentiasa bersangka baik dalam setiap perkara yang dilakukan. Semoga Allah akan sentiasa membantu dalam setiap kesulitan yang berlaku. Amin.



Thursday, June 23, 2016

Ramadhan 18

Assallamualaikum

Sekejap saja dah sampai Ramadhan ke 18. Blog pun update jap tenggelam jap timbul. Maafkan mak yek. Eh sapa yang baca blog tinggalan ko tu. Kau tau tak stalker koi nie melambak2. Kaedah jaga tepi kain orang gayanya. Tak Pe lah mak rela. Asalkan masing-masing bahagia sudah la.

Tapi aku update Instagram hari-hari tanpa gagal. 

Gambar nie mengisahkan budak belakang aku tu pagi tadi. Semalam kan Cuti Nuzul Al-Quran satu hari je cuti. Pas tu pagi nie menangis beriya sampai ibu dia nie nak bukak payung dah sebab dia kata dia nak cuti 2 hari. Oh anak!!! Macam-macam ragam kau ek.

Korang doakan aku rajin update blog macam dulu-dulu ek.