Sunday, May 22, 2016

Sekali sekala luah perasaan.

Assallamualaikum

Sekarang hidup aku 80% dikelilingi oleh orang-orang yang positif. Yang sentiasa memberi semangat dan support antara satu sama lain. Cuma ada dua-tiga orang yang ibarat langau yang aku kena buat deq je. Tak rugi satu sen pun kan. Aku rasa di usia ini, bukanlah masanya untuk aku statikje. Sekurang-kurangnya aku kena up selangkah lebih tinggi. Sebenarnya bila ujian datang bertubi-tubi, tetapi aku masih mampu berdiri kerana aku sentiasa yakin dan pasti Allah ada di sisi.

Cukup-cukuplah nak bersedih atau berhiba, pendek kata tak ada faedahnya. Gembirakan orang yang ada disekeliling kita. Mengubah hidup dari yang biasa-biasa kepada yang luar biasa. Sebenarnya kita punya banyak sebab untuk terus tersenyum. Fahamkan. 

Ada satu perkara yang amat aku kesalkan. Tapi biarlah ia berlalu kot. Mungkin Allah dah pilih aku untuk menghadapinya untuk mengelakkan aku dari terus berdosa. Berdosa tu kena bertaubat tapi kalau dosa dengan manusia, hanya kena memohon maaf dengan manusia itu jugak. Kau mampu!!! Biarlah sebab aku rasa tak ke mana-mana pun. Selama nie cakap beriya-riya tapi hasilnya...krik krik kot. Lihat balik diri sendiri. Aku cuba untuk belajar memaafkan sebab sifu-sifu aku cakap MAAFKANLAH. Tunggulah in shaa Allah saat itu akan sampai dan aku akan maafkan kau.

Melangkah kaki ke alam bussiness rupanya mendekatkan aku kepadaNya. Alhamdullilah. Sekarang belajar untuk SWITCH. Banyak yang nak kena SWITCH nie. Doakan aku sahabat. 

Mungkin jalan hidup kita berbeza namun kita menuju jalan yang sama. Banyakkan berdoa dan istigfar kata sahabat saya. In shaa Allah beb! Ko doakan aku yek :).


Ibu n AdamQaleef.
 
Post a Comment