Saturday, May 21, 2016

Mee Udang di Bagan Nahkoda Omar, Sabak Bernam

Assallamualaikum

Pesanan member "Kalau kau kursus ke IPN, jangan lupa makan Mee Udang yek". Sedap katanya. 
Tak boleh jadi nie. Walau macamana pun memang kena p try. Kebetulan aku naik transport sendiri ke sana. Jadi langkah panjang la sikit. Mula-mula ajak Kak Na pergi masa petang tamat kursus hari pertama tu. Kebetulan pulak hujan lebat sangat. Kansel!!!!

Petang tamat kursus hari kedua, misi berjalan lancar. Maka aku mengetuk pintu bilik sebelah ajak Maz dan kakak sebiliknya join sekali. 4 orang kami ke Pantai Bagan Nahkoda Omar, Sabak Bernam untuk menjalankan misi MAKAN MEE UDANG. Kita nie first time pergi. Sesat jap tapi akhirnya sampai juga.

Pantai di Bagan Nahkoda Omar. Ala-ala je.

Masing-masing order Mee Udang Special. Memang terbaik. Pekat dan sedap berbanding dengan tempat yang pernah p makan Mee Udang sebelum nie.

Selpie seketul jangan lupa. Tengok la tu udang berketul-ketul. Aku amat puas hati. Ke ada lagi tempat makan Mee Udang yang terbaik. Aku pun tak ingat nama gerai apa yang kitaorang makan nie. Tengok gerai lain tutup. Terjah je yang mana buka. Janji makan.

Tadaaaa.....akhirnya ini adalah hasilnya. Finish already!!


Post a Comment