Friday, May 20, 2016

Berkursus di Institut Perakaunan Negara

Assallamualaikum

Alhamdullilah pada minggu lepas bersamaan 9 hingga 12 Mei aku telah diberi kesempatan untuk menghadirkan diri berkursus di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam. Entah kenapa rasa teringin nak pergi berkursus di sana. 

Yang penting dapat banyak ilmu dan ramai kawan baru semasa berkursus di sana. Tempat tidur memang first class. Kalah hotel. Siap ada peti sejuk besar tau. Sangat selesa berada di sana selama 4 hari 3 malam.

 Inilah teman sebilik aku, Kak Na dari Jabatan Veteriner Kelantan. Best kenal ngan Kak Na. TQ Kak Na sebab jadik teman sebilik selama berada di sana.

Aku ngan Kak Na kursus lain-lain jadi ini pulak Maz teman sebelah meja di bilik kursus. Terima kasih sebab sudi jadi kawan Kak Bie...hehehe.

Tetapi yang paling best ialah dapat jumpa kawan-kawan lama semasa bertugas di Mindef dulu. Memang sembang rancak la. Lama tak jumpa sebenarnya. Iyalah masing-masing dah jauh. Aku kat Pahang, Hafiz dulu kat Perak tapi sekarang dah naik pangkat kat Selangor dan Liza di KL. Kebetulan sangat-sangat aku jumpa diaorang kat sini. Mula-mula cakap jugak...tak de orang kenal-kenal ke? Tup-tup si hafiz menegur dulu...hahahah. Kenal lagi tu walaupun dah berbeza dari segi fizikal. Lupa lak Facebook kan ada :).


Nie semasa hari last. Sembang sakan sambil sambil bergossip dan mengenang kisah lama. Eh!!!

Tapikan aku tak ada ambik pun gambar IPN...hahah. Biasanya rajin je. Pendek kata gambar tak banyak pun.





Post a Comment