Thursday, April 21, 2016

Kisah APC saya :)

Assallamualaikum

Alhamdullilah buat kali kedua mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Syukur sangat-sangat. Bukannya mudah sebenarnya. Kira bertuah jugak la selama 16 tahun berkhidmat dengan Kerajaan dah dapat 2 kali APC. Kali pertama dapat APC semasa berkhidmat di Bahagian Akaun, Kementerian Pertahanan Malaysia dan kali kedua di Pejabat Kesihatan Daerah Maran. 

Masa dapat APC di Mindef hari tu, servise saya masih muda. Bak kata kami yang keje dengan askar nie, cop jari sepuluh pun belum kering lagi. Suka sangat sebab orang menghargai kita walaupun cop jari belum kering lagi. Depa kata boss suka ko, jadi boss bagi la. Alhamdullilah. Tetiba rindu Akaun Mindef la pulak. Tempat pertama berkhidmat dengan kerajaan. 9 tahun pulak tu.
 
Semoga anugerah ini menjadi salah satu pemangkin untuk lebih cemerlang di masa yang akan datang. Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang wish di Facebook, Watsap dan PM. Luv u all. 


Name tag masa keje MIndef dulu. Bak kata adikku 'besarnya nametag ko'....hahaha. Kenangan nametag free
 


Bersama rakan seoffice penerima APC tahun 2015 with big boss. Well Done u'olls.
Post a Comment