Thursday, January 7, 2016

Lawan Bolatampaq

Assallamualaikum

Tak pernah main bola tampar tapi sibuk nak main jugak :). Pengalaman baru tu.





Wednesday, January 6, 2016

First day Adam sekolah

Assallamualaikum

Bertemu lagi kita di awal tahun 2016. Semoga tahun ini menjanjikan yang indah-indah sahaja :)

Isnin hari tu bersamaan 4 Januari 2016  merupakan hari pertama Adam p sekolah. Pagi2 lagi dia siap cakap kat aku supaya jangan tinggalkan dia kat sekolah. Pagi tu hantar je dia ke tadika terus ibu pecut balik. Sebelum tu memang berbakul2 pesanan yang ibu titipkan. Yang paling utama kencing mesti cakap kat cikgu tau. Ibu kat rumah pun tak senang nak duduk sebenarnya....maklumlah first time. Risau jugak takut dia tak boleh nak bawak diri.
  
Sebelum p sekolah Adam nak menyusu dulu. Cakap kat dia kat sekolah tak boleh bawak botol susu, nanti adik malu kat orang. Kat sekolah kena minum susu dalam cawan.

My handsome boy. Ibu love u sayang :)

Nie masa balik sekolah. Ibu tanya kenapa tu. Dia jawap "adik nangis sebab ibu tinggalkan adik kat sekolah". Jangan banyak2 bunyik dik, ibu nie dah la hati tisu...hahaha.


Sekarang nie tiap2 hari mesti cakap dia x nak pegi sekolah. "Ibu, adik tak nak pergi sekolah. Adik malu". Ish anak ibu nie...kena la pergi sekolah.