Saturday, November 7, 2015

Bukit Malawati Kuala Selangor

Assallamualaikum

Plan asalnya nak membawa sikenit aku tu pegi sini tengok monyet. Pendek kata menziarah sambil memberi makan. Siap beli kacang panjang berkilo la untuk bagi makan monyet2 kat sini. Tapi rupanya monyet kat sini dah advanced, x berapa nak gemar makan kacang dah. Nak up lagi..hehehe. Cuaca hari tu pun tidak mengizinkan. Hujan lebat sangat.  Tapi lepas la hajat tu :). Jom balik Assam Jawa.

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.








Post a Comment