Monday, September 14, 2015

Kisah telinga anakda lagi

Assallamualaikum

Cuaca sekarang semakin teruk. Jerebu.  Walaupun nampak malap dan redup tapi hakikatnya sangat panas. Sila jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti kat luar. 

Ini nak cerita lagi pasal anakda aku yang sorang nie. Tick suka sangat kat telinga dia. Kebetulan pada hari sebelum kejadian itu, dia main2 dengan kucing. Aduhai wahai anak. Pada mulanya bawak anakda aku tu ke Klinik Yaw kat Jalan Beserah. Pas tu apalagi memang kene g refer ke ED, HTAA. Dr. bagi ubat dan aku nie memang doa banyak2 agar benda alah tu keluar secara semulajadi. Kalau tak keluar jugak, memang kene refer ke ENT, HTAA la jawabnya macam yang sebelum nie. Dipendekkan cerita setelah 2 hari, benda alah tu keluar. Sabtu hingga Ahad...lebih dari 48 jam. Nasib baik la anakda aku tak merenggek cuma jangan sentuh telinga dia je. 

Please la anakda jangan main kucing lagi lepas nie. Kucing nie bukan kucing yang kitaorang bela. Entah datang dari mana2. 

Kejadian berlaku sebulan yang lalu. 


Nota betis:-
Ubat untuk telinga
-Olive oil
-Sodium bicarbonat

 
Post a Comment