Wednesday, September 30, 2015

Dah Rabu dah

Assallamualaikum

Kalau bab hari rabu cepat je nak update...wink2 :)


Friday, September 18, 2015

Bukit Gambang Resort again

Assallamualaikum

Oleh kerana ada orang belanja maka gigihlah meredah Bukit Gambang Resort yang sekangkang kera dari rumah pada cuti merdeka hari tu. Pada mulanya pergi hari Ahad, tapi bila sampai oh mak kau ramainya orang, maka decide pergi pada keesokkan harinya. Tiket beli kat groupun je tapi budget Adam tak lebih inci. Sampai kat BGR, ukur ketinggian Adam maka melebihi 90 cm maka kena bayarlah harga tiket untuk kanak-kanak.

Sampai kat BGR, sewa cabana dekat dengan Coco Beach. Plan nak bawak Adam dan Umar bermandi-manda tapi Adam tak nak mandi. Sibuk nak main pasir dengan lori dia. Umar pulak menangis 'selok2' tak nak masuk air. Kesimpulannya, misi untuk membawa Adam dan Umar bergembira sambil bermandi-manda di Bukit Gambang Resort  adalah GAGAL.

Kita cuba next time.








Tuesday, September 15, 2015

MyCutieSweetHeart :)

Assallamualaikum



Monday, September 14, 2015

Kisah telinga anakda lagi

Assallamualaikum

Cuaca sekarang semakin teruk. Jerebu.  Walaupun nampak malap dan redup tapi hakikatnya sangat panas. Sila jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti kat luar. 

Ini nak cerita lagi pasal anakda aku yang sorang nie. Tick suka sangat kat telinga dia. Kebetulan pada hari sebelum kejadian itu, dia main2 dengan kucing. Aduhai wahai anak. Pada mulanya bawak anakda aku tu ke Klinik Yaw kat Jalan Beserah. Pas tu apalagi memang kene g refer ke ED, HTAA. Dr. bagi ubat dan aku nie memang doa banyak2 agar benda alah tu keluar secara semulajadi. Kalau tak keluar jugak, memang kene refer ke ENT, HTAA la jawabnya macam yang sebelum nie. Dipendekkan cerita setelah 2 hari, benda alah tu keluar. Sabtu hingga Ahad...lebih dari 48 jam. Nasib baik la anakda aku tak merenggek cuma jangan sentuh telinga dia je. 

Please la anakda jangan main kucing lagi lepas nie. Kucing nie bukan kucing yang kitaorang bela. Entah datang dari mana2. 

Kejadian berlaku sebulan yang lalu. 


Nota betis:-
Ubat untuk telinga
-Olive oil
-Sodium bicarbonat

 

Thursday, September 3, 2015

Koi merepek jap :)

Assallamualaikum

Rindu nak tulis blog panjang2 macam dulu. Rupanya semakin bertambah usia, banyak benda yang dulu kita amat suka, yang amat kita minati, terus drop jatuh berderai-derai. Kalau dulu pantang nampak kamera, sanggup kejar semata-mata nak wujud 'aku' di situ. Sekarang...lebih kepada buat deq je. 

Walaupun sekarang umur tu dah nak masuk series plus series plus plus series, hakikatnya dah tua tapi perangai ya ampun still lagi perasaan macam orang muda. Bak kata orang 'tak sedar diri'. Tak pe perasaan sedar diri tu dah makin nak meresap kat diri dah. Hadirnya Muhammad Adam Qaleef dalam hidup sangat membawa erti. Tolak satu plus satu. Syukur. Banyak belajar dari cerita sesuatu. 

Sangat2, selepas melepaskan sesuatu yang kita anggap sangat berharga dalam hidup padahal pada hakikatnya tiada sikit pun value dalam hidup nie. Amin. Belajar sesuatu dari itu. Mungkin orang lain tak faham apa yang kita rasa, kena terjadi perkara yang sama kat dia, baru dia akan faham.

Sekarang nie misi 'zero hutang', bukan mudah tapi tak mustahil. Semoga dipermudahkan. 






Wednesday, September 2, 2015

Rabu Tanpa Kata

Assallamualaikum