Thursday, August 27, 2015

Program KOSPEN

Assallamualaikum

KOSPEN merupakan singkatan kepada 'Komuniti Sihat Perkasa Negara'.

 Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi. Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui pendekatan yang agresif dengan penubuhan functional units yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh Negara yang akan bertindak sebagai health agent of change. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM. 

KOSPEN fasa pertama telah mendapat sokongan daripada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi inisiatif KOSPEN bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). KEMAS dipilih mejadi agensi pertama di dalam melaksanakan kolaborasi ini kerana KEMAS merupakan agensi yang berhubung rapat dengan masyarakat di peringkat akar umbi. KOSPEN telah dilaksanakan secara rintis di Segamat, Johor mulai Oktober 2013. Majlis Pelancaran KOSPEN KEMAS Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 13 Februari 2014 di Segamat, Johor dan dirasmikan bersama oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia dan YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Satu nota persefahaman juga telah ditandatangani ileh kedua-dua kementerian ini. Inisiatif ini akan dikembangkan dari masa ke masa dengan melibatkan lain-lain agensi di negara ini.

Aktiviti Kospen peringkat Daerah Maran telah diadakan di Jengka 3. Ada macam2 aktiviti pada hari tersebut. Di antaranya mengutip sampah di sekitar kawasan kampung, bersenam, pameran kesihatan, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, memasak menu sihat dan sebagainya. 


 Acara di mulai dengan senaman oleh Kak Linda.
 Me n Puan Sue
 Pelepasan bagi acara mengutip sampah di sekitar kawasan kampung. Ada pertandingan bagi acara nie. Pemenang dapat hadiah tau :)

 Pertandingan mewarna bagi kanak2 Tadika. Macam2 karenah budak2 nie, ada jugak yang menangis sebab tak dapat nak buat...hehe


 Upacara perasmian oleh YB
 Lunch hari tu di taja dan sangat awesome. Patin tempoyak :)

Post a Comment