Wednesday, August 5, 2015

Cerita 1 Syawal 1436H

Assallamualaikum

Hari nie dah 20 Syawal 1436H. Baru terhegeh2 nak update blog cerita raya. Sungguh lama tidak menulis. Entahlah sekarang mood menghapdet itu sudah jauh berada di dasar laut. Faktor usia maybe. Dulu lain la, still muda jelita, gagah itu pasti nak update cerita.

Jom update untuk simpan buat tatapan anak cucu nanti.

Cerita Syawal 1436H

Memang aku plan nak masak nasi Arab pada pagi raya tu. Kononnya adik aku yang akan belikan rempah nasi Arab. Nak dijadikan cerita dia terlupa nak beli, maka dengan gigihnya aku menggogle resipi nasi Arab pada sehari sebelum raya. First kena buat rempah dia dulu...alamak satu bahan x de buah pelaga. Suruh anak buah yang lelaki p kedai beli buah pelaga. Tapi ade ke patut dia p beli manjakani....hahahaha. Akhirnya jadik jugak Nasi Arab aku.

 Tapai mak tu x kira kenduri ke, raya ke, memang termasuk dalam main dishes jugak la

 Satay abah yang order

 Ketupat palas my adik ipaq yang buat..aku tolong isi pulut pun tak pass. Sori la tangan akak kejung..hahaha, memang x berseni sungguh. Lemang pun order dengan jiran sebelah. Menambah nilai untuk hidup orang lain. Nasi Arab by me :). Rendang daging by Deq La.
Kuih raya, ada yang buat, ada yang beli. Alhamdullilah. Kongsi adik beradik.


Me n Nina.
Budak Adam ni pagi2 dah nangis x nak pakai baju melayu dia. Hangen betul aku. Ade ke patut dia cakap itu bukan baju raya dia. Sampai sudah baju melayu upin ipin dia tersadai dalam almari. Tanya dia mana baju raya adik. Siap dia bukak almari tunjuk kat aku baju raya yang dia nak pakai. Alahai macam2 ragam awak Adam :).

G beraya :)

#ootd raya beli baju kat Safia Butik di Putra Height. Tudung recycle je. Langkah berjimat cermat. Mula2 memang aim nak Calaqisya tapi p butik dia x de yang berkenan kat mata la pulak.


Nota betis:
-Alhamdullilah duit raya Adam dah tukar menjadi simpanan emas. Dapat la 2 gram. 

Post a Comment