Wednesday, May 27, 2015

TQ Allah

Assallamualaikum

Hari ini merupakan hari pertama aku berada di usia baru. Dah tua sangat dah aku nie. Banyak lagi yang belum di capai dalam hidup. In shaa Allah akan berusaha untuk itu. Andai ada impian, takkan nak biarkan impian tu terus jadi impian tanpa usaha kan. Usaha tangga kejayaan. Amin.

Al-hamdullilah Allah masih panjangkan usia ke setahun ini. Jalan-jalan berliku yang telah di lalui sepanjang beberapa tahun ini akan di jadikan pengajaran yang paling bermakna dalam hidup. Ingatlah kata pepatah walaupun rambut sama hitam, tapi hati lain2 tau. Kita ingat orang lain sama macam kita tapi tanggapan kita tu salah belaka. Rupanya dialah yang menjadi api dalam sekam, menjadi gunting dalam lipatan. Terima kasih Allah kerana menghadirkan orang yang sentiasa ada untuk memberi bahu untuk bersandar....hehehe.

Sedar tak sedar dah 3 tahun di daerah ini. Walaupun dengan hati yang berbelah bagi, rupa-rupanya banyak hikmah di sebaliknya.  Bersyukur sangat2.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." (Q.S Al Baqarah:286) 

"Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari, Allah turunkan hujan..puas kita menangisi kehilangan matahari tapi rupa2nya Allah nak hadiahkan pelangi yang indah"



Terima kasih kerana Allah telah menghadirkan insan kecil ini buat kawan bergaduh. Memang sangat awesome la. Gaduh sokmo..hehehe

Di tambah dengan POWERGOLD lagi. Double, triple syukur.



Nota Betis

Motivasi untuk diri sediri. From lensa_perantau di insta.

Jangan takut rezeki kamu diambil orang
Allah dah tetapkan
Usaha kuat macam mana pun
Allah dah tetapkan bukan milik kamu
Maka tak adalah
Kalau kamu tak nak pun
Allah dah tetapkan itu untuk kamu
Maka kamu kena hadapinya
Allah tengok usaha
Hasilnya
Dia akan bagi bila sampai masanya
Kuncinya adalah DOA dan USAHA

Post a Comment