Tuesday, April 28, 2015

Mari mulakan simpanan emas sekarang

Assallamualaikum




Macam mana nak mulakan simpanan emas?

Ini adalah soalan yang sering ditanya kerana dah ramai yang berminat dan mula celik emas, tetapi tak tahu cara memulakannya.

Mudah saja....MODAL

Pertama sekali tanya diri anda berapakah modal yang anda ada. Anda mungkin mempunyai modal dari simpanan tunai anda. Tahniah kerana anda memilih emas sebagai medium menyimpan kekayaan. Emas adalah aset yng kalis inflasi berbanding wang fiat.

Cara paling mudah yang saya cadangkan adalah bermula secara kecil-kecilan dahulu seperti kata pepatah melayu "sikit-sikit lama-lama jadi bukit'.Mungkin anda boleh memulakan dengan membeli goldbar Powergold dinar 4.25gram. Jika modal anda lebih kecil anda boleh membeli emas 1gram Powergold berat 1gm yang lebih murah harganya.

Belilah emas mengikut kemampuan dahulu, insya Allah emas yang anda miliki itu akan menjadi daya penarik dan "ibu duit" bagi diri anda untuk memiliki emas yang lebih banyak pada masa hadapan.

Ramai orang bercakap menyimpan emas atau perak ini memang ada auranya yang tersendiri...sekali kita menyimpan insya Allah rezeki akan datang yang menyebabkan kita mampu untuk membeli dan menambah simpanan. Insya Allah.

Tak percaya....cubalah......

Contoh : Dengan sendirinya sikap kita yang selama ini kaki boros dan mengalami kebocoran wang terutama nafsu yang membuak-buak apabila memegang cash di tangan akan berubah dengan berbelanja berhemah.

Betullah kata orang tua-tua bahawa emas/perak memang ada aura.. Masakan tidak...logam ini berkali-kali disebut di dalam Al Quran.

Tentulah ada perkara tersirat dan tersurat yang perlu kita kaji rahsia di sebalik logam berharga ini.....

BILA NAK BELI?

Masa yang paling sesuai untuk anda memulakan membeli dan menyimpan emas ialah SEKARANG. Jangan bertangguh hari esok atau lusa dan jangan hiraukan sangat samada harga emas turun atau naik kerana anda perlu memulakan langkah pertama kejayaan mulai sekarang dan harga emas tetap lambat laun akan naik juga tak kira berapa harga sekarang.

Lagi cepat anda memulakannya lagi cepat anda akan dapat merasai pengalaman dan kejayaan.


Post a Comment