Wednesday, April 29, 2015

Wordless Wednesday

Assallamualaikum




Tuesday, April 28, 2015

Mari mulakan simpanan emas sekarang

Assallamualaikum




Macam mana nak mulakan simpanan emas?

Ini adalah soalan yang sering ditanya kerana dah ramai yang berminat dan mula celik emas, tetapi tak tahu cara memulakannya.

Mudah saja....MODAL

Pertama sekali tanya diri anda berapakah modal yang anda ada. Anda mungkin mempunyai modal dari simpanan tunai anda. Tahniah kerana anda memilih emas sebagai medium menyimpan kekayaan. Emas adalah aset yng kalis inflasi berbanding wang fiat.

Cara paling mudah yang saya cadangkan adalah bermula secara kecil-kecilan dahulu seperti kata pepatah melayu "sikit-sikit lama-lama jadi bukit'.Mungkin anda boleh memulakan dengan membeli goldbar Powergold dinar 4.25gram. Jika modal anda lebih kecil anda boleh membeli emas 1gram Powergold berat 1gm yang lebih murah harganya.

Belilah emas mengikut kemampuan dahulu, insya Allah emas yang anda miliki itu akan menjadi daya penarik dan "ibu duit" bagi diri anda untuk memiliki emas yang lebih banyak pada masa hadapan.

Ramai orang bercakap menyimpan emas atau perak ini memang ada auranya yang tersendiri...sekali kita menyimpan insya Allah rezeki akan datang yang menyebabkan kita mampu untuk membeli dan menambah simpanan. Insya Allah.

Tak percaya....cubalah......

Contoh : Dengan sendirinya sikap kita yang selama ini kaki boros dan mengalami kebocoran wang terutama nafsu yang membuak-buak apabila memegang cash di tangan akan berubah dengan berbelanja berhemah.

Betullah kata orang tua-tua bahawa emas/perak memang ada aura.. Masakan tidak...logam ini berkali-kali disebut di dalam Al Quran.

Tentulah ada perkara tersirat dan tersurat yang perlu kita kaji rahsia di sebalik logam berharga ini.....

BILA NAK BELI?

Masa yang paling sesuai untuk anda memulakan membeli dan menyimpan emas ialah SEKARANG. Jangan bertangguh hari esok atau lusa dan jangan hiraukan sangat samada harga emas turun atau naik kerana anda perlu memulakan langkah pertama kejayaan mulai sekarang dan harga emas tetap lambat laun akan naik juga tak kira berapa harga sekarang.

Lagi cepat anda memulakannya lagi cepat anda akan dapat merasai pengalaman dan kejayaan.


Monday, April 27, 2015

Pesta Buku Antarabangsa 2015

Assallamualaikum


Sebenarnya setiap tahun memang aku tak pernah miss ke sini. Acara wajib aku setiap tahun. Awal Januari lagi dah siap2 tick kat kalendar.  List buku belum buat lagi sebab ianya berbelah bagi antara BELI NOVEL atau  BELI EMAS. Terjah tu tetap akan terjah. Tapi tahun nie kena skodeng2 dulu buku2 yang memang tip top, baru nak beli. Nak beli buku2 yang diskaunnya lebih dari 25%. Kena budget sikit sebab banyak buku yang kena bayar GST. 

Jom2 memeriahkan PWTC seperti di bawah

24 April - 3 Mei 2015
PWTC 
10.00 pagi - 7.00 malam (Isnin - Khamis)
10.00 pagi - 9.00 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
MASUK FREE OF CHARGE

Ermmm next week baru nak g terjah ke PWTC. Cuti panjang. Yes. 1 Mei hari pekerja, 3 Mei Wesak Day gantinya Isnin...pas tu 7 Mei Hari Hol Negeri Pahang. Dah siap dah apply cuti 3 hari. Minggu untuk merehatkan minda.

Nota Betis:
Kalau ada yang nak menabung EMAS 1GRAM 1 BULAN, contact saya yek. Beli emas dapat emas..sambil membeli kita buat duit jugak :)
 

Friday, April 10, 2015

My BFF Wedding

Assallamualaikum

Selamat pengantin baru my BFF Nora. Semoga berjodoh till jannah. Amin. Nora nie my BFF sejak umur 13 tahun lagi. Sebenarnya lama dah tak jumpa. Sori la aku tak dapat lama nak gossip-gossip ngan ko, next time kay.







Thursday, April 9, 2015

Simposium Keusahawanan POWERGOLD

Assallamualaikum

Di hari Khamis yang mulia ini, ku gagahkan diri untuk mengupdate blog kesayangan beta nie..hehe. Start hari nie x nak dah guna Acik Alyn nak tukar ke aku pulak. Nampak kasar tapi rasanya itu lebih mesra. Cheewah.

Bulan lepas bersamaan dengan 28 Mac 2015, aku menghadirkan diri ke Simposium Keusahawanan Powergold di SIRIM, Shah Alam. Dekat je kan dengan Puchong. Mula2 cam fikir jugak nak pakai baju apekan, maklum la simposium. Takut jugak kot2 la orang lain bergaun bagai, tempah baju ngan designer ke sedangkan aku cuma nak pakai blouse dan jeans je..hahaha. Excited sebenarnya nak pergi ke sini. Nak jumpa orang2 yang kaya emas nie. Dah nama pun bisnes emaskan. 

Alhamdullilah pandangan pertama saya sangat silap rupanya. Ingatkan mereka2 yang dah kaya emas nie pakai gaun2 bagai. Rupanya tidak..mereka pun macam aku jugak. Simple sangat2. Bayangkan orang yang incomenya 24K setiap 15 hari pun, pakaian pun macam aku jugak.  Pendek kata kebanyakkannya adalah orang biasa yang sangat luar biasa. Ramai pulak yang pakai niqab. Aku sangat respect. Ulang suara yek sangat respect.

Pas tu pengisian simposium tu jugak sangat menarik. Ada dari LHDN, Pusat Zakat, Ustaz dari UITM. Matlamat semakin jelas di depan mata. Bukan setakat nak kaya emas sahaja, iman pun mesti kaya jugak. Dari sini aku melihat golongan2 yang 'biasa' aka macam aku,  berusaha untuk menabung emas di samping mahu jadi pembayar zakat emas. Terbaik. Kalau tak mulakan sekarang bila lagi kan :)

Paling berkesan bila CEO En Din cakap, x pe kalau orang tak nak menyimpan emas dengan kita....ini bermakna belum masanya dia nak kaya bersama POWERGOLD. Kaya EMAS. Terus terang cakap sangat respect. Sebab apa Powergold 100% Bumiputera dan yang paling penting Islam.


Peace....Dengan 1 gram EMAS 1 BULAN untuk tabungan anda.
Penuh 1 dewan. Aku dapat jadik penjaga pintu exit je..hebat betul aura emas nie.
Kak Mas..suara dia sedap.hehehe. Khabarnya bekas leader produck H***.
Top Leader yang dapat kambing gemuk2...bestnya kan dapat free dinar tu. One day In shaa Allah
CEO En Din..low profile

Aku n Cikgu Rina aka Rinakayaemas.
Aku n LogamBesi. Hebat anak muda ini.

Ustaz Hilmi from Zakat. Dia cakap kalau pompuan pakai emas, awet muda. 

Aku n insan2 istimewa. Nana dan Noni Powergold. Mereka berdua nie istimewa sangat2. Kedua-dua mereka OKU (pekak dan bisu) tapi sangat respect dengan mereka sebab mereka adalah rakan hati di POWERGOLD.
Nie lagi orang hebat...income 24K tapi sangat friendly. Saragold.....hanyalah surirumah tangga je...tapi beliau hebat. 

Pendek kata POWERGOLD nie memang hebatlah. Produk pun EMAS.  Suruh orang simpan EMAS je pun.. Fikir-fikirlah adakah anda akan rugi bila membuat tabungan emas...xpayah tengok ke depan-depan sangat pun, sekarang nie pun dah untung. Hari tu masa aku beli 1 gram emas bulan Februari harga 1 gram RM151..sekarang dah RM160. Kan dah kata untung sangat2.

++bierichgolds 011 2115 1933++

Nota Betis:
-Aura emas menjalar2
-bierichgolds 40 kali sebut jadi kenyataan kan. 
Pas tu pulak ambik nama anak pulak tu untuk warisan. #adamqalgoldbiz legacy. YES!!!

 

Wednesday, April 8, 2015

Tukar simpanan Adam kepada EMAS

Assallamualaikum

Nie Acik Alyn nak cerita pasal POWERGOLD. Acik Alyn sekarang dah menukarkan simpanan duit kepada emas. Sebenarnya, bila kita anggap emas sbg simpanan, tidak semestinya kita tidak buat pelaburan. Lambat sangatkan Acik Alyn baru sedar pasal simpanan EMAS. Sebelum nie bukanlah buta emas tapi selalu cakap tak minat emas. Sekarang dah lain tau, aura emas kat Acik Alyn dah menyerlah2. Bukanlah maksudnya kena beli barang kemas banyak2 nak menunjukkan tanda kita menyimpan emas.

Sbg contoh :-

1) Beli dan Simpan utk Anak

Beli dan simpan 1 gram sebulan, setahun ada 12 gram bg seorang anak utk menampung pengajiannya sejak dia lahir lg, maka 18 tahun kemudian jumlah terkumpul ialah 216 gm.

Agak2 18 tahun lg berapa harga emas tersebut? Secara tidak langsung kita telah pun melabur juga sebenarnya, tetapi melabur dengan matlamat jangka masa panjang..

2) Beli dan Simpan utk Diri Sendiri


Beli dan simpan 1 gram 1 bulan (12 gram setahun) utk menunaikan haji. Tahukah anda bilangan dinar yg diperlukan utk pergi tunaikan haji semakin berkurangan, jd anda sudah jimat!


12 gram setahun masuk dalam tabungan simpanan jangka masa panjang (mungkin unttk diwariskan kepada anak2) 12 gram setahun utk keperluan hari tua

Semua yg disebutkan di atas adalah perancangan untuk masa depan kita dan ianya bersifat long term. Kalau mmpu simpan lebih, simpan lebih gram, jika x mmpu jangan tidak simpan langsung, simpanlah wlupn sedikit.


Untuk di wariskan kepada anak ibu #adamqaleef

Nota Betis:
Kalau berminat menyimpan untuk anak anda, whatsap saya yek 011 2115 1933

Monday, April 6, 2015

Short tapi awesome :)

Assallamualaikum

Short vacation yang best. Ibu hapi anak pun hapi.
 







Emas dan saya, saya dan POWERGOLD

Assallamualaikum

Idea banyak nak menulis tapi M besar2. Azam bulan baru akan update sikit2. Susahnya nak menyeru mood macam dulu2, 2 atau 3 entri satu hari. Kena mula balik la nie.

Al-hamdullilah sekarang Acik Alyn dah mula untuk menyimpan emas. Mungkin dah terlewat tapi apa salahnyakan...janji menyimpan. Dengan 1 gram 1 bulan. Tips yang paling mudah simpan atau selit RM5 untuk dapatkan 1 gram tu. Kena niat dan istiqamah untuk menyimpan. Paling best sambil menyimpan sambil menjana bonus. Fuh memang best. Emas dapat duit pun dapat. Duit bonus tu Acik Alyn tukarkan balik dengan membeli emas balik. Mudah kan :)