Friday, February 6, 2015

Entri pertama 2015 : Cerita Pasca Banjir #1

Assallamualaikum

Entri pertama bagi tahun 2015..opp dah Februari dah pun. Idea kering. Dah x pandai nak mengarang dah. Skill yang semakin pudar. Ok lah sempena entri pertama nie Acik Alyn nak bercerita mengenai misi pasca banjir yang Acik Alyn dan rakan-rakan buat di fasiliti kesihatan under office Acik Alyn. Orang kata berat mata memandang lebih berat lagi bahu yang memikul. Tak terkata... apatah lagi melihat kemusnahan akibat banjir pada tahun ini. 

Pada mulanya team kitaorang pergi ke Klinik Desa Paya Pasir untuk melakukan pasca banjir tetapi apabila tok empat kampung tersebut memaklumkan bahawa dia nak buat gotong royong bersama ATM dan JPJ pada keesokkan harinya maka kami memutuskan untuk pergi ke Klinik Kesihatan Chenor untuk membantu. Sampai kat sana dah ramai rakan-rakan lain yang datang lebih awal untuk membantu. Masya Allah hanya tuhan je yang tahu perasaan Acik Alyn apabila melihat kuarter yang masih dibaluti berinci2 lumpur dan ianya sangat berbau. Dalam hati Acik Alyn, ini baru di sini belum lagi melihat keadaan di Kelantan. Allahuakbar.

Dalam misi pasca banjir nie yang paling penting adalah air. Bayangkan dengan keadaan air yang 'tak laju' 'slow'...memang sukar. Kebetulan pada hari kami ke sini, ada lawatan dari Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia merangkap Parlimen Maran. Makin meriah lah keadaan disini. Syukur.

Oklah Acik Alyn kongsikan gambar sepanjang Acik Alyn di sini.

 Misi Pasca banjir di Klinik Kesihatan Chenor 7 Januari 2015

Me, Sue n Tikah

Separa siap



Lepak sekejap. Testimoni..haha #sangatpenat



Keadaan kuarters di klinik tersebut yang dimaklumkan air sampai ke bumbung. 





Lawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia
Barang-barang yang telah siap di basuh





Post a Comment