Thursday, December 17, 2015

2015 yang semakin menjauh

Assallamualaikum

Dalam hidup nie macam2 boleh jadi. Sama macam roda, kadang2 kat atas, kadang2 kat bawah, kadang2 indah, kadang2 pahit. Allahuakbar. Bertabahlah. 

Alhamdullilah di #POWERGOLD banyak mengajar perkara positif cuma kena keep it up aka #kipidap n dont give up #dongibap. Semoga #POWERGOLD terus menjadi mysideincome....hehehe

Banyak perkara yang perlu diubah untuk memperbaiki diri sendiri. Berubah untuk menjadi yang lebih baik. In Shaa Allah. Tahun 2015 makin melabuhkan tirainya. Tahun 2016 makin hampir memunculkan diri. Untuk membuat azam setiap tahun sudah tidak mampu mungkin kerana azam2 yang lama masih bertunggak. Cuma tahun hadapan lebih kepada kesihatan diri sendiri kot. Iya la semakin berusia, antibodi tu semakin rendah. Mintak di jauhkan la dari segala penyakit. Dah la aku nie jenis orang yang tidak makan sayur dan orang yang tidak mampu  untuk menelan ubat.

Tahun depan Adam pun dah start sekolah. Semoga dipermudahkan segalanya. 


Wednesday, November 18, 2015

Rabuku

Assallamualaikum

Tengah kusut nak buat minit mesyuarat.....huwaaaaa

Saturday, November 7, 2015

Bukit Malawati Kuala Selangor

Assallamualaikum

Plan asalnya nak membawa sikenit aku tu pegi sini tengok monyet. Pendek kata menziarah sambil memberi makan. Siap beli kacang panjang berkilo la untuk bagi makan monyet2 kat sini. Tapi rupanya monyet kat sini dah advanced, x berapa nak gemar makan kacang dah. Nak up lagi..hehehe. Cuaca hari tu pun tidak mengizinkan. Hujan lebat sangat.  Tapi lepas la hajat tu :). Jom balik Assam Jawa.

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing.Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.








Friday, November 6, 2015

Jamuan Perpisahan

Assallamualaikum

Kawan2 silih berganti. Selamat maju jaya di tempat baru. X doq dah la orang yang hari2 ngusik "kak bie hari nie dah selfie ke belum?"...hahaha







Wednesday, October 21, 2015

Jerebunya

Assallamualaikum

Makin teruk jerebu sekarang. Dah macam viral yang mengatakan jerebu kuning la hijau la. Hujan pun x leh nak clearkan jerebu tu. Sekarang nie kalau pergi kerja pagi-pagi pun kena luaskan bijik mata....memang kadar penglihatan semakin kabur dek disebabkan oleh jerebu nie. 

Okay kesihatan kena jaga terutamanya anak-anak kita.





Thursday, October 1, 2015

Welcome Oktober

Assallamualaikum

Dah Oktober dah. Semoga Oktober nie baik2 sahaja dengan aku.
[positive, mind, positive vibers n positive life]

Hadiah pertama Oktober : minyak naik seposen :)





Wednesday, September 30, 2015

Dah Rabu dah

Assallamualaikum

Kalau bab hari rabu cepat je nak update...wink2 :)


Friday, September 18, 2015

Bukit Gambang Resort again

Assallamualaikum

Oleh kerana ada orang belanja maka gigihlah meredah Bukit Gambang Resort yang sekangkang kera dari rumah pada cuti merdeka hari tu. Pada mulanya pergi hari Ahad, tapi bila sampai oh mak kau ramainya orang, maka decide pergi pada keesokkan harinya. Tiket beli kat groupun je tapi budget Adam tak lebih inci. Sampai kat BGR, ukur ketinggian Adam maka melebihi 90 cm maka kena bayarlah harga tiket untuk kanak-kanak.

Sampai kat BGR, sewa cabana dekat dengan Coco Beach. Plan nak bawak Adam dan Umar bermandi-manda tapi Adam tak nak mandi. Sibuk nak main pasir dengan lori dia. Umar pulak menangis 'selok2' tak nak masuk air. Kesimpulannya, misi untuk membawa Adam dan Umar bergembira sambil bermandi-manda di Bukit Gambang Resort  adalah GAGAL.

Kita cuba next time.








Tuesday, September 15, 2015

MyCutieSweetHeart :)

Assallamualaikum



Monday, September 14, 2015

Kisah telinga anakda lagi

Assallamualaikum

Cuaca sekarang semakin teruk. Jerebu.  Walaupun nampak malap dan redup tapi hakikatnya sangat panas. Sila jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti kat luar. 

Ini nak cerita lagi pasal anakda aku yang sorang nie. Tick suka sangat kat telinga dia. Kebetulan pada hari sebelum kejadian itu, dia main2 dengan kucing. Aduhai wahai anak. Pada mulanya bawak anakda aku tu ke Klinik Yaw kat Jalan Beserah. Pas tu apalagi memang kene g refer ke ED, HTAA. Dr. bagi ubat dan aku nie memang doa banyak2 agar benda alah tu keluar secara semulajadi. Kalau tak keluar jugak, memang kene refer ke ENT, HTAA la jawabnya macam yang sebelum nie. Dipendekkan cerita setelah 2 hari, benda alah tu keluar. Sabtu hingga Ahad...lebih dari 48 jam. Nasib baik la anakda aku tak merenggek cuma jangan sentuh telinga dia je. 

Please la anakda jangan main kucing lagi lepas nie. Kucing nie bukan kucing yang kitaorang bela. Entah datang dari mana2. 

Kejadian berlaku sebulan yang lalu. 


Nota betis:-
Ubat untuk telinga
-Olive oil
-Sodium bicarbonat

 

Thursday, September 3, 2015

Koi merepek jap :)

Assallamualaikum

Rindu nak tulis blog panjang2 macam dulu. Rupanya semakin bertambah usia, banyak benda yang dulu kita amat suka, yang amat kita minati, terus drop jatuh berderai-derai. Kalau dulu pantang nampak kamera, sanggup kejar semata-mata nak wujud 'aku' di situ. Sekarang...lebih kepada buat deq je. 

Walaupun sekarang umur tu dah nak masuk series plus series plus plus series, hakikatnya dah tua tapi perangai ya ampun still lagi perasaan macam orang muda. Bak kata orang 'tak sedar diri'. Tak pe perasaan sedar diri tu dah makin nak meresap kat diri dah. Hadirnya Muhammad Adam Qaleef dalam hidup sangat membawa erti. Tolak satu plus satu. Syukur. Banyak belajar dari cerita sesuatu. 

Sangat2, selepas melepaskan sesuatu yang kita anggap sangat berharga dalam hidup padahal pada hakikatnya tiada sikit pun value dalam hidup nie. Amin. Belajar sesuatu dari itu. Mungkin orang lain tak faham apa yang kita rasa, kena terjadi perkara yang sama kat dia, baru dia akan faham.

Sekarang nie misi 'zero hutang', bukan mudah tapi tak mustahil. Semoga dipermudahkan. 






Wednesday, September 2, 2015

Rabu Tanpa Kata

Assallamualaikum


Monday, August 31, 2015

Hari Kebangsaan 2015

Assallamualaikum

Selamat menyambut Hari kebangsaan 2015 dengan tema #sehatisejiwa. Dengan harapan semoga Malaysia tanahairku terus aman.








Saturday, August 29, 2015

Anak ibu dah besar

Assallamualaikum

Alhamdullilah anak ibu dah 4 tahun dah. Rasa sekejap je masa berlalu. Tahun depan in shaa Allah Adam akan p sekolah. Ibu sayang adik 😊

Friday, August 28, 2015

Laman Seni, Shah Alam

Assallamualaikum, Salam Jumaat

Sambil2 sopink, sambil2 menyelusuri laman seni kat Shah Alam nie, sambil2 photog. Tempat paling 'havoc' la kat sini. Dengan segala butik bagai memang best la menghabiskan duit..hehehe. Mai saksikan photo kami di sini.






Thursday, August 27, 2015

Program KOSPEN

Assallamualaikum

KOSPEN merupakan singkatan kepada 'Komuniti Sihat Perkasa Negara'.

 Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi. Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui pendekatan yang agresif dengan penubuhan functional units yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan masyarakat di seluruh Negara yang akan bertindak sebagai health agent of change. Kumpulan sukarelawan ini dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM. 

KOSPEN fasa pertama telah mendapat sokongan daripada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi inisiatif KOSPEN bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). KEMAS dipilih mejadi agensi pertama di dalam melaksanakan kolaborasi ini kerana KEMAS merupakan agensi yang berhubung rapat dengan masyarakat di peringkat akar umbi. KOSPEN telah dilaksanakan secara rintis di Segamat, Johor mulai Oktober 2013. Majlis Pelancaran KOSPEN KEMAS Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 13 Februari 2014 di Segamat, Johor dan dirasmikan bersama oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia dan YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Satu nota persefahaman juga telah ditandatangani ileh kedua-dua kementerian ini. Inisiatif ini akan dikembangkan dari masa ke masa dengan melibatkan lain-lain agensi di negara ini.

Aktiviti Kospen peringkat Daerah Maran telah diadakan di Jengka 3. Ada macam2 aktiviti pada hari tersebut. Di antaranya mengutip sampah di sekitar kawasan kampung, bersenam, pameran kesihatan, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, memasak menu sihat dan sebagainya. 


 Acara di mulai dengan senaman oleh Kak Linda.
 Me n Puan Sue
 Pelepasan bagi acara mengutip sampah di sekitar kawasan kampung. Ada pertandingan bagi acara nie. Pemenang dapat hadiah tau :)

 Pertandingan mewarna bagi kanak2 Tadika. Macam2 karenah budak2 nie, ada jugak yang menangis sebab tak dapat nak buat...hehe


 Upacara perasmian oleh YB
 Lunch hari tu di taja dan sangat awesome. Patin tempoyak :)