Tuesday, July 22, 2014

Minggu terakhir Ramdhan

Assallamualaikum

Kini kita dah sampai ke  penghujung Ramadhan. Al-hamdullilah. 3 hari berada di bumi KL...malam tadi dah pun sampai ke Kuantan dekat pukul 1.00 pagi. Sanggap2 drive. Kl jem gile. Iyalah minggu last nak raya pulak tu memang ramai la yang mengambil kesempatan menyopinx last minute.

Persiapan untuk Adam dah settle cuma ibu Adam je yang belum settle lagi....huhu. Puas dah keliling kota cari baju raya tapi tak berkenaan la pulak. Tahun nie ramai sangat yang jual baju bling-bling penuh satu badan. X berkenan pula tengok. Niat di hati nak menjahit la kononnya tapi lupakan je la kot. Nampaknya Sabtu atau Ahad nie kene g terjah ke Kuantan la pulak.

Hari nie start kerja dimulai dengan pindah barang-barang ke my new look office. Yahoo dah siap dah setelah berbulan2 membawa diri beramai-ramai bertentang mata setiap hari di bilik mesyuarat. Penat wei pindah bulan pose nie.

Monday, July 14, 2014

Selamat hari lahir anak ibu

Assallamualaikum

Diam tak diam hari nie dah pertengahan Julai dan bersamaan 16 Ramadhan bersamaan jugak hari lahir yang ketiga bagi chinta hati Acik Alyn. 

Selamat hari lahir anak ibu. Semoga menjadi anak yang soleh. Ibu doakan Adam menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Ibu sentiasa sayangkan Adam sampai bila-bila. 




Nota Betis:
-Belum beli persiapan untuk raya..huwaaaaaa. Minggu nie baru nak g KL sopink. Yang harunya tema raya pun belum deside lagi...adakah pepel untuk kesekian kalinya :)