Monday, June 30, 2014

Syukur

Assallamualaikum

Salam Ramadhan...hari ni dah 2 Ramadhan. Al-hamdullilah dapat menunaikannya untuk tahun ini. Hari nie lemau sikit nak bekerja, iyalah minggu lepas dah seminggu bercuti. Syukran urusan pindah rumah dah selesai. Terima kasih kepada adik2 yang membantu. Sayang kalian dunia akhirat. Penat memang la sangat penat tapi rumah sendirikan. Amin Ya Rab.

Hari tu masa pindah rumah beramah mesra dengan jiran2 kat situ. Diaorang bagitau nilai harga rumah kat umah yang Acik Alyn beli nie dah melampau2 harganya RM240K. Adoi la baru je naik tiang lrt kat depan apartment, harga dah melambung2. 

View dari dapur. Walaupun rumah tinggi tapi Acik Alyn bersyukur sangat2 sebab sendiri yang punye :). Lepas nie fikir nak deco2 je sikit2.

Wednesday, June 18, 2014

Rabu Tanpa Kata

Assallamualaikum


Tuesday, June 17, 2014

Mei yang dah berakhir

Assallamualaikum

Mei dah berlalu. Dengan itu juga usia pun dah bertambah lagi satu angka. Al-hamdullilah. Apa-apa pun syukur ke hadrat Allah kerana masih diizinkan olehNya untuk bernafas lagi. Semoga Allah sentiasa akan melindungi Acik Alyn dan keluarga. 

Al-hamdullilah jugak sebab penantian selama 25 bulan akhirnya berakhir. Dapat jugak kunci rumah akhirnya. Tak tahu la nak cakap macam mana. Kesimpulannya kalau nak jual rumah pastikan ada jugak RM di tangan si penjual kalau tak akan menyusahkan si pembeli. Geram jugak. Bayangkan bertahun-tahun baru nak settle. Dah puas follow up. Tu lah orang kata kalau berurusan dengan orang Melayu nie macam-macam la. Tambahan pulak dengan keadaan kekotoran yang ditinggalkan di rumah tu tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata....fuh. Guane muka lawa tapi tang kebersihan tahap zero. Hampagas betul. Dengan kipas dia cabut segala bagai....ish2. Apa-apa pun syukur dah settle semuanya. 


Nota Betis
-Minggu nie ada aktiviti Kem 1 Want Sihat. Cepat la berlalu. Stress.