Friday, December 27, 2013

Jumaat terakhir di tahun 2013

Assallamualaikum

Hari ini merupakan hari Jumaat yang terakhir di tahun 2013. Tinggal beberapa hari lagi nak menjengah masuk ke tahun 2014. Nak membina atau membuat azam baru tidak la kot kerana Acik Alyn hanya akan renew je azam yang dulu..ahaks. 

Banyak suka duka yang dilalui pada tahun 2013 nie. Al-hamdulillah sangat-sangat dan sangat bersyukur kerana masih mampu menghadapinya dengan senyuman walaupun kadang kala ada juga gugur air mata setitik dua. Kita hanya insan biasa. Kekadang rasa hati tu sangat sakit seperti ditoreh-toreh dan nak menangis pun rasa air mata pun dah kering....Kekadang rasa nak gelak ketawa bergema-gema serata alam. Lumrah dunia.....

 Kawan-kawan seiring sejalan di PKDM.
Post a Comment