Friday, December 27, 2013

Jumaat terakhir di tahun 2013

Assallamualaikum

Hari ini merupakan hari Jumaat yang terakhir di tahun 2013. Tinggal beberapa hari lagi nak menjengah masuk ke tahun 2014. Nak membina atau membuat azam baru tidak la kot kerana Acik Alyn hanya akan renew je azam yang dulu..ahaks. 

Banyak suka duka yang dilalui pada tahun 2013 nie. Al-hamdulillah sangat-sangat dan sangat bersyukur kerana masih mampu menghadapinya dengan senyuman walaupun kadang kala ada juga gugur air mata setitik dua. Kita hanya insan biasa. Kekadang rasa hati tu sangat sakit seperti ditoreh-toreh dan nak menangis pun rasa air mata pun dah kering....Kekadang rasa nak gelak ketawa bergema-gema serata alam. Lumrah dunia.....

 Kawan-kawan seiring sejalan di PKDM.

Wednesday, December 18, 2013

Wordless Wednesday

Assallamualaikum


Tuesday, December 3, 2013

Banjir di Pahang

Assallamualaikum

Pahang kini di landa banjir lagi khasnya di Kuantan. Memang pergi kerja pagi tadi kiri kanan jalan semuanya dah naik air.Pada mulanya memang dah g keje naik highway dah tapi tawakal je la ikut jalan biasa yang Acik Alyn lalu. Tapi tadi kene redah jugak sikit la air banjir. Nasib baik x pape. Esok belum tau lagi. Kalau hujan lebat memang kene kuarantin la kat rumah.

Rata-rata kawan-kawan kat FB dah update status kat sana. Ada jugak kawan-kawan yang dah terkepung dan tak boleh ke mana-mana.

 

 Nie kat depan Kamdar Kuantan
 Indera Mahkota
Nie laluan Acik Alyn. Harap2 tak jadi la macam nie lagi...alamak tak p keje la Acik Alyn.
Kawan-kawan sepejabat yang standby untuk pergi oppp banjir. Chaiyok2