Saturday, October 26, 2013

Cantiknya..suka tengok

Assallamualaikum

Acik Alyn sangat suka tengok pasangan suami isteri nie. Simple tapi sangat cantik.



Friday, October 25, 2013

Cukur Jambul Umar

Assallamualaikum

Kejadian ini berlaku pada hari Sabtu sebelum raya Aidiladha hari tu. Hari untuk mencukur jambul my anak buah Yang Umur Ziqri. Al-hamdullilah majlis berjalan dengan lancar walaupun malam tu hujan turun dengan sangat lebat.






Wednesday, October 23, 2013

Rabu Tanpa Kata

Assallamualaikum

-stress-
 

Tuesday, October 22, 2013

Mereka kesayangan ambo

Assallamualaikum


:)

Assallamualaikum

Kat sini hari2 hujan. Pagi nie cuaca suram je...alahai syoknya kalau dapat melelapkan mata barang seminit dua.

Mulai semalam Acik Alyn bertekad untuk kurus..ha..ha. Kurang2 nak turunkan berat badan 10kg. Pepagi gigih bangun bangun pagi masak n bawak bekal g pejabat. Buat untuk breakfast n lunch sekali. Doakanlah saya berjaya untuk 2 minggu yang pertama ini.

Saturday, October 19, 2013

Dah besar dah anak buah Cik Yen nie

Assallamualaikum

Hari nie birthday anak buah Acik Alyn yang sorang nie. Hapi Birthday Nina sayang yang ke 3 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah. Cik Yen sayang Nina banyak2.
 

Friday, October 18, 2013

Salam Jumaat

Assallamualaikum


Kemenangan yang tertangguh

Assallamualaikum

Hari Sabtu hari tu Acik Alyn n d'gang p berlawan la netball kat One Futsal, Temerloh. Kejohanan Bola Jaring peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Keputusannya adalah kemenangan kitaorang tertangguh..oppp next year kene cuba lagi. Kena berlatih awal-awal bagi badan fit wei. Ini tak de la lari sikit je pun dah tercunggap-cunggap #sambil kira umur tahun depan dah berapa. Peraturannya setiap pasukan mestilah ada wakil dari gang veteran iaitu 40 ke atas dan akan diberikan satu tanda untuk diletakkan di tangan. Cayalah PKD Raub, centre dia dah berumur lebih 40 tahun. Bagi Acik Alyn umur bukanlah penghalang untuk bergiat aktif dalam sukan. 

Sweet moment kat sini Acik Alyn jumpa ngan geng masa sekolah menengah dulu..dia mewakili HOSHAS. Ijan lama aku tak jumpa ko kan....lupa pulak nak snap gambar hari tu. Dulu masa sekolah, satu group main netball wakil sekolah. Ayat biasa 'ko main netball lagi'...dah minat nak wat cam ne.

 Warm-up kat tepian Sungai Pahang...main je lebey yek
Ika-Me-Nina-Matron-Nurul-Kak Bad-Liza-Liza 
Wanie-Cik Ra-Niza
(tahun depan kita meriahkan suasana lagi yek)
Sebenarnya seronok jugak berkenalan ngan orang2 klinik nie. Sekali sekala jumpa...kita yang doq kat office nie biasa la. Nice knowing u all.

Thursday, October 17, 2013

Cerita Aidiladha itu

Assallamualaikum

Acik Alyn baru start kerja hari nie setelah bercuti 2 hari for Aidiladha. Seronok jugak kan bila dah bercuti lama nie tapi tu la kat atas meja mesti ada something yang memerlukan tindakan segera. 

Aidiladha tahun nie macam biasa je...Oleh kerana dah buat kenduri pada hari Sabtu tu jadik menu untuk raya tahun nie dah tak nak masak nasi lagi macam tahun2 dulu. Mencari menu yang simple dan senang nak buat. Akhirnya kami memilih untuk memasak Soto Ayam dan rendang hitam. Lemang memang setiap kali raya tempah ngan jiran je. Tak kemana pun Aidiladha kali nie. Petang tu adik Acik Alyn pun dah balik ke JB. Iya la kan cuti sehari je, pas tu budak2 pun kene sekolah. Mintak2 tahun yang akan datang dapat la cuti raya Aidiladha 2 hari. Kurang2 lama sikit hari bersama family. #dahtakmerasadahlanakbersesak-sesakmengharungjemdiLebuhrayaKarakrebut2nganorangbalikKlate.


 Rendang masak hitam
 Lomang
Selfie me n Adam

Friday, October 11, 2013

Yeee dah Jumaat dah

Assallamualaikum

Yeha dah Jumaat today. Bestkan....next week nak cuti panjang la sikit. Petang nie last training netball. Esok dah nak lawan antara jabatan peringkat Kesihatan Negeri Pahang. Harap2 ada la luck. Esok jugak my family buat kenduri cukur jambul Umar. Walau hati berbelah bagi tapi dah kerahkan semua adik2 balik cepat untuk menolong my mak...

Muke toye 2day..selebet2 lilit shawl. Nampak sangat M besar-besarkan

Thursday, October 10, 2013

Kazen kawin

Assallamualaikum

Hapinya bila hari nie dah Khamis sudah. Next week sudah nak cuti for raya haji. Loike. Tapi minggu nie ada misi yang perlu dihabiskan. Sabtu nie ada perlawanan netball..kene gigih lagi berlatih hari dan esok.

Nie cerita masa Acik Alyn balik ke Perak kazen Acik Alyn kawin tapikan x de pun gambo pengantin. Anak buah la yang pegang camera.






Wednesday, October 9, 2013

Rabu Tanpa Kata

Assallamualaikum


Tuesday, October 8, 2013

O-o

Assallamualaikum

Azam tahun depan la ....nak kurus cam nie balik... Kena buat DA la baru dapat balik tapi bila nak startnyer..


Mengenali anak anda 2 hingga 3 tahun

Assallamualaikum

Kat sini Acik Alyn nak share mengenai satu artikel yang Acik Alyn baca kat FB. Oleh kerana Adam dah berusia 2 tahun 3 bulan maka wajib la untuk Acik Alyn kan....




A. PERKEMBANGAN FIZIKAL
1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa. 


2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

B. PERKEMBANGAN MENTAL
1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu.


2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya. 


3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian. 


4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.

C. PERKEMBANGAN EMOSI
Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.

D. PERKEMBANGAN SOSIAL
1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri. 


2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain. 


3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)
1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll. 


2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI
Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah:

1. PERMAINAN BLOK
Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka.

2. PUZZLE
Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.

3. MELUKIS
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.

4. MENAMPAL
Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal "mata ikan" pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.

5. MEWARNA
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna.

Monday, October 7, 2013

Wake Up!Wake Up!Wake Up!

Assallamualaikum

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Bersedih merupakan hal yang wajar, tapi jangan sampai kesedihan membutakan hatimu hingga kamu berputus asa.


Mood ke laut

Assallamualaikum

Selamat hari Isnin. Pepagi lagi otak sudah pening memikirkan masalah negara...ha..ha. Bukannya pe sebab hanya seorang manusia, habis semua orang lain terlibat sama. Sangat bengang la untuk menguruskannya.  Macam-macam hal. Tepu sudah.

Hari tu p kat Taman Gelora. Photog je lebih2. Membawak sikenit tu la apalagi...






Saturday, October 5, 2013

Sabtu yang indah

Assallamualaikum

Selamat hari Sabtu..yeee. Niat di hati nak ke office pagi tapi malas la pulak. Penat semalam training netball masih terasa lagi. Fuh dengan coach baru memang tak leh nak ngelat dah. First step dah kene lari 10 minit tanpa henti. Sapa berenti kene tambah lima minit extra lagi. Dah la last tu kene lawan pecut.....memang ketinggalan la kite yang berat nie. Cam ne la nak membina stamina yang baik kan sedangkan lari 10 minit pun dah mengah nak terduduk. Next week tambah lagi 10 minit kot...huwaaaa

 Keje Acik Alyn hari nie melayan sikenit nie je la.... :)

Thursday, October 3, 2013

Training Netball

Assallamualaikum

Sekarang selepas pukul 5 petang setiap hari masa Acik Alyn sudah terisi. No more tengok tv or baca novel lagi untuk sementara waktu. Setiap petang p training netball. Sebenarnya dah beberapa tahun dah tak melompat-lompat menangkap bola. Dulu boleh la....selain umur muda badan pun ringan sikit tapi sekarang nie dah tua lain la sikit stamina tu. Tapi boleh la.Oh dear, my 'sparetyre' dah kurang selapis dah #yahooooo. 

P training petang tadi. Al-hamdulillah dapat coach yang terbaik. TQ akak2 TMI. Korang memang power. Walaupun masing2 nampak dah 'up'sikit tapi um tetap hebat. Acik Alyn suka.

 Rindu kat korang la....Nie masa lawan kat HKL. Love d'moment dear. Miss a lot korang sume. Sekarang dah ramai dah yang tinggalkan HSDG.

Wednesday, October 2, 2013

Wordless Wednesday

Assallamualaikum

Jovian Mandagie for Thepoplook

Tuesday, October 1, 2013

Selamat datang Oktober

Assallamualaikum

Pejam celik pejam celik hari ni dah satu Oktober 2013.  Permulaan yang baik sebab pepagi lagi Acik Alyn kene attend kursus untuk AJK JKKP. Tapi kan kursus tu dibuat di Hospital Jengka....jauhnyer. Al-hamdullilah ada dua objektif yang tercapai bila Acik Alyn menghadiri kursus nie. Yang pertamanya kursus Acik Alyn untuk tahun nie dah cukup 7 hari (#sambil tepuk2 tangan bangga gila) dan yang keduanya menimba pengalaman sebab lepas nie kene jadi juruaudit la pulak.

Memang pada mulanya bengang jugak sebab kene lantik jadik AJK nie...he...he. Iyalah pernah dengar namanya je masa kat Serdang dulu, tak pernah nak ambik tau pun. Iyalah benda tak berkenaan dengan kita kan. Tup..tup masa kat sini terkena la pulak. Dah dua kali meeting (benda paling x ske)..... tak pe lepas nie redha dan suka :) sebab dah tanamkan dalam hati tak semua orang akan dapat peluang nie.


Sangap!!!!