Tuesday, September 24, 2013

25K

Assallamualaikum

Nie kisah benar. Terasa ketinggalan zaman betul Acik Alyn semalam.

Petang semalam ada sorang akak nie datang jumpa Acik Alyn. Dia mintak Acik Alyn submitkan beberapa dokumen dia kat boss. Akak tanya dia nak wat pe ek... Acik Alyn kan kepochi sikit..ha..ha. Akak tu bagitahu Acik Alyn yang dia nak buat loan sebab nak topup sikit duit hantaran kahwin anak dia. Acik Alyn tanye berapa. Akak tu cakap pihak perempuan mintak RM25,000.00. Ha....sungguh terkejut Acik Alyn. Siap Acik Alyn tanya anak orang kaya ke, keje kat mane, anak akak keje ape... #dasar sungguh Acik Alyn nie kan. Akak tu bercerita la kat Acik Alyn yang anak dia keje supervisor kat kilang kat KL, pas tu pompuan tu keje kat salah satu jabatan kerajaan kat Putrajaya...bukan anak datuk datin pun..cume biasa2 aje..cume belajar kat UITM je ada ijazah. 

Kalau setakat 10k - 15k tu bagi Acik Alyn biasa je tapi kalau dah sampai 25k sungguh terkejut, dah cam artis2 dah. Sian pulak kat akak tu. Dia siap cakap kat Acik Alyn yang dia ada duit kat tabung haji tapi dia takkan keluarkan satu sen pun duit tabung haji tu sebab dia nak pergi haji. Dah la kereta pun akak tu bagi kat anak dia, vios lagi. Sangat untung kan..tapi nak buat macam mana. Family kene gak tolong kan.

Acik Alyn terfikir nie situasi di tahun 2013, 25k bayangkan kalau Adam nak kawin nanti may be 25 tahun akan datang, agak2 berapa K ek. Dah kene menabung macam SSPN pulak dah. Dengan kos sara hidup sekarang nie yang semakin hari semakin meningkat, cam ne. Itu baru nak kawin... belum lagi dengan gelang tangan atau rantai leher untuk batal air sembahyang, dengan hantaran lagi. Kurang2 nak yang berjenama jugak la. Takkan la hantaran 25 k, mekap beli safi balqis je. #Sobsob


Post a Comment