Sunday, September 29, 2013

Allah bersama orang yang sabar

Assallamualaikum

Selamat hari minggu, selamat hari Ahad :). Acik Alyn nak share satu artikel dari iluvislam yang sangat best. Sekurang-kurangnya ia akan meng'up'kan satu tingkat keyakinan diri kita kan.

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula. Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya. Allah swt berfirman :

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?

Atau Bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;

“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]
 Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita.

Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok; semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”

Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri. Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’ kita dengan cara tersebut. Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;

“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.” – [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya? Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah? Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya. Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita. Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Firman Allah swt;

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

Allah swt berfirman :

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.

Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.







Friday, September 27, 2013

Jom join Review Blog 2.0

Assallamualaikum
Jom kita menjointkan diri untuk menyertai Review Blog 2.0 anjuran blogger Sheila nie.


Thursday, September 26, 2013

Adam AF n Fiza Elite

 Assallamualaikum



KUALA LUMPUR, 26 SEPT 2013: Dengan sekali lafaz, penyanyi, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30, sah memperisterikan pelakon, Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam.

Adam yang juga Bintang Akademi Fantasia 2 (AF 2), kemudian menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 serta hantaran berupa sepersalinan lengkap barangan solat. Majlis turut dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan rakan terdekat mempelai serta rakan media.

Adam dan Fiza mula berkenalan rapat sejak pertengahan Julai lalu. Kemudian Fiza dilamar oleh Adam dalam pertemuan kedua mereka. Fiza merupakan ibu tunggal kepada kepada 2 cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 2 tahun.

Pasangan bakal diraikan dalam majlis persandingan menyambut tetamu oleh pihak lelaki di Sabah pada pertengahan bulan depan.


Suka tengok pasangan nie. Sangat suitnya.....rase macam x percaya. Semoga berbahagia till jannah :)

:P

Assallamualaikum

Not everything comes easy in lifekan...walah la. Actually Acik Alyn sangat gembira. Walaupun ianya mungkin tidak beerti bagi orang lain tapi bagi Acik Alyn ianya amat besar sebab usaha itu tangga kejayaan kan.




Wednesday, September 25, 2013

Rabu Tanpa Kata #2

Assallamualaikum






Gigih x?

Rabu Tanpa Kata

Assallamualaikum

setiap hari sampaikan ibu dah hafal dah dialog UI nie :)

Tuesday, September 24, 2013

Budak buchuk yang semakin banyak songeh

Assallamualaikum

Sekarang sikenit nie dah semakin banyak songeh. Bayangkanlah sejak dua menjak nie perangai dia semakin menjadi-jadi. Setiap pagi dia bangun awal,siap tunggu ibu dia nie depan pintu bilik air. Siap nangis2 bila ibu nak pergi kerja. Yang sangat kelakar bila Acik Alyn cakap kat dia...Adam nangis macam mana...dia cakap huhuhuhu....ibu cucu ibu cucu (mean ibu susu ibu susu). Itu dah memang jadik trademark dia dah kalau nangis padahal susu kat tangan pun..ngeee. Pas tu Acik Alyn tanya lagi..dah tu Adam x malu ke nangis cam tu. Dia jawap alu..alu sambil tangan tutup muka. Alahai anak ibu nie. 

Setiap pagi dia suruh Acik Alyn duduk atau baring kat sebelah dia....siap suh garu kat kaki la kat belakang la. "Adik gatal la....amut...amut git adik". Acik Alyn jawab tu la manis sangat sebab tu semut selalu gigit...ha..ha. Macam2 kerenah si anak ni kan. Semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh :).



25K

Assallamualaikum

Nie kisah benar. Terasa ketinggalan zaman betul Acik Alyn semalam.

Petang semalam ada sorang akak nie datang jumpa Acik Alyn. Dia mintak Acik Alyn submitkan beberapa dokumen dia kat boss. Akak tanya dia nak wat pe ek... Acik Alyn kan kepochi sikit..ha..ha. Akak tu bagitahu Acik Alyn yang dia nak buat loan sebab nak topup sikit duit hantaran kahwin anak dia. Acik Alyn tanye berapa. Akak tu cakap pihak perempuan mintak RM25,000.00. Ha....sungguh terkejut Acik Alyn. Siap Acik Alyn tanya anak orang kaya ke, keje kat mane, anak akak keje ape... #dasar sungguh Acik Alyn nie kan. Akak tu bercerita la kat Acik Alyn yang anak dia keje supervisor kat kilang kat KL, pas tu pompuan tu keje kat salah satu jabatan kerajaan kat Putrajaya...bukan anak datuk datin pun..cume biasa2 aje..cume belajar kat UITM je ada ijazah. 

Kalau setakat 10k - 15k tu bagi Acik Alyn biasa je tapi kalau dah sampai 25k sungguh terkejut, dah cam artis2 dah. Sian pulak kat akak tu. Dia siap cakap kat Acik Alyn yang dia ada duit kat tabung haji tapi dia takkan keluarkan satu sen pun duit tabung haji tu sebab dia nak pergi haji. Dah la kereta pun akak tu bagi kat anak dia, vios lagi. Sangat untung kan..tapi nak buat macam mana. Family kene gak tolong kan.

Acik Alyn terfikir nie situasi di tahun 2013, 25k bayangkan kalau Adam nak kawin nanti may be 25 tahun akan datang, agak2 berapa K ek. Dah kene menabung macam SSPN pulak dah. Dengan kos sara hidup sekarang nie yang semakin hari semakin meningkat, cam ne. Itu baru nak kawin... belum lagi dengan gelang tangan atau rantai leher untuk batal air sembahyang, dengan hantaran lagi. Kurang2 nak yang berjenama jugak la. Takkan la hantaran 25 k, mekap beli safi balqis je. #Sobsob


Monday, September 23, 2013

Sekitar Open-Office sempena Syawal yang dah berlalu

Assallamualaikum

Selamat hari Isnin....semalam pye penangan masih lagi terasa kat kaki. Hari nie Acik Alyn berjalan dengan sopan santunnya. Kaki sakit maaa. Nie nak cerita pasal open office raya hari tu. First hari tu pejabat kene buat makanan untuk office2 di sekitar jajahan di sini. Maka office Acik Alyn buat Mee sup....rasanya diaorang order je kot. Acik Alyn tukang menyebok je sekejap kat tempat kejadian :).






Nie pulak jamuan untuk Parlimen. Office Acik Alyn kene sediakan satay+rendang kot. Nie Acik Alyn p makan je, ramai2 jalan kaki dari office tapi sungguh panas. Siap ada artis lagi time nie.



Last sekali nak cerita plak pasal jamuan raya office. Jamuan raya yang dibuat selepas abes Syawal dah pada 10.09.2013 hari tu. Ada potluck plus order jugak. Acik Alyn gigih buat triffle macam biasa n puding oreo. Gambar nan hade. Terlupa plak nak snap. Inilah jamuan raya yang Acik Alyn berphotog paling sikit cuma ada 5 keping je pun gambar... agaknya mood raya tu dah ke laut.




tadaaaaa....abessss

Sunday, September 22, 2013

My Adam

Assallamualaikum


Penat plus semput

Assallamualaikum

Baru balik dari pemilihan pemain netball untuk pkdm. Mood sangat penat sebab dah tua kan sibuk nak bernetball lagik :(.



Saturday, September 21, 2013

Salam Sabtu

Assallamualaikum


Friday, September 20, 2013

Cerita yang dah lama berlalu-Perasmian Tapak KK Sri Jaya, Maran

Assallamualaikum

Sebenarnya kejadian nie berlaku pada akhir bulan Mac hari tu lagi. Banyak kejadian pahit plus pilu terjadi masa tu tapi tak pe lah, yang dah berlalu biarkanlah ia terus berlalu.

Sebelum hari besar





Semasa hari kejadian



Nota Betis:
Sebenarnya Acik Alyn adalah orang yang sangat sukakan 'camera'..ha..ha. Oleh kerana kat sini kurang ada kawan yang bersamaan minat tu jadik kebanyakkan gambar adalah gambar SS aka syok sendiri..ha...ha #set camera phone, ubah setting sket, posing n snap sendiri. Kalau rajin telebih set camera 360 bagi muka ayu belebey2.... Yang penting ada aku kesah. Tingat kat Serdang sume orang memang kaki kamera...miss korang :)





Cerita yang dah lama berlalu - p Floria Putrajaya

Assallamualaikum

Acik Alyn sambung cerita lama dulu. Banyak lagi nie cerita yang basi2. Tak pe sebab itulah momentlyndz walaupun tak up2date. Jom layan gambar. Mak kan sangat suka bunga..Len kali kita pegi lagi ya mak

 
 












Thursday, September 19, 2013

Bzee bila ada anak baru

Assallamualaikum

Wah tajuk bukan main lagi Acik Alyn nie. Memang betul sangat bzee dah berminggu2 dah. Terpaksa jadik pak supir hantar adik p klinik coz baby umar jaundis. Dengan  my little sikenit yang buat perangai sokmo2..macam dia pulak dapat adik..ish.

2 minggu lepas menjenguk ke HSDG again..#ohmy sangat rindu di situ. Tempat bergossip2 kan. Sempat la berjumpa ngan geng lama :). Itu sebab adik bersalin kat sana. Siap uruskan dia kuar wad lagi.... Al-hamdullilah semuanya dah selamat.

 My new anak buah Yang Umar Ziqri bin Yang Khaidir

 Adam n Umar..semoga mereka menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat. Amin
 Me yang makin bam-bam. Hati semakin tenang, hidup semakin senang...apa lagi nak di kata..i'm hapi now..lillahitaala :)


Nota Betis:
-sangat banyak nak update-cerita raya yang x abes lagi pendek kata macam2 cerita. Oh September pun dah dah nak abes nie.
-Gigih sekarang petang2 men netball. Miss netball ooooo!!! Adik kata ko dah tua la men netball. Ade aku kesah beb.