Wednesday, August 14, 2013

Eid 2013- #satu

Assallamualaikum

Acik Alyn masih lagi dalam mood bercuti. Ada 98 jam lagi untuk dihabiskan sebelum berkhidmat untuk negara. Tahun nie ambik cuti panjang sikit sebab sepanjang bulan puasa dah penat 'membanting tulang'...apa2pun redha je la. Janji rezeki halal. Kiranya bab Acik Alyn dah settle. Harap orang2 yang Acik Alyn jaga akan senyum je September nie. 

Raya tahun nie macam biasa je. Time for my family berkumpul, makan2, gossip2, men mercun.....Tema Acik Alyn tahun nie hitam olen.
ha..ha sikenit Acik Alyn sangat comel tau pakai kopiah yang x lame pun ade atas kepala. Mujurlah nak jugak dia bergambar dengan ibu dia.
Oleh kerana tahun orang Perlis 1st beraya dengan family Acik Alyn gigih si adik ipar membuat ketupat palas. Macam senang je tapi punyer la seksa Acik Alyn nak membuatnya. Satu pun tak lepas. Agaknya dah ditakdirkan Acik Alyn memang buta la dalam bab ketupat2 nie kot. Sampaikan Deq La cakap ko menjahit boleh, mengait boleh takkan anyam ketupat pun tak boleh......Bab ketupat nie memang angkat dua belah tangan la.....memang fail.

Menu 1st Eid kami ------ Nasi hujan ribut taufan n Ayam masak Merah by me, Acar timun by Ina, Rendang Daging by Dadie, Ketupat Palas by Deq la n Yang Khaidir, Rendang hitam by Deq La, Lemang beli je, Tapai memang menu wajib setiap tahun, mak yang buat, Acik Alyn tolong sikit2 je. Kuih raya beli sikit sorang...yang buat cuma kek 2 jenis (Kek Coklat moist n Kek Marble), biskut dahlia, biskut famos-amos dan Almond London je. Yang lain sume tunjuk2 aje....



Post a Comment