Wednesday, August 28, 2013

Rabu Tanpa Kata

Assallamualaikum

Syukur Ya Allah..aturan Mu sungguh indah.

Monday, August 26, 2013

My hero

Assallamualaikum
  Budak yang semakin banyak songeh

Sunday, August 25, 2013

Eid 2013- #dua

Assallamualaikum

Sambung tengok gambar je la hari raya hari tu. X bisa dah nak mengarang banyak2.









Wednesday, August 21, 2013

Rabu Tanpa Kata

Assallamualaikum

Sesungguhnya kau yang terindah dalam hidupku. Terima kasih Ya Allah di atas anugerahmu. Amin Ya Rabb

Wednesday, August 14, 2013

Eid 2013- #satu

Assallamualaikum

Acik Alyn masih lagi dalam mood bercuti. Ada 98 jam lagi untuk dihabiskan sebelum berkhidmat untuk negara. Tahun nie ambik cuti panjang sikit sebab sepanjang bulan puasa dah penat 'membanting tulang'...apa2pun redha je la. Janji rezeki halal. Kiranya bab Acik Alyn dah settle. Harap orang2 yang Acik Alyn jaga akan senyum je September nie. 

Raya tahun nie macam biasa je. Time for my family berkumpul, makan2, gossip2, men mercun.....Tema Acik Alyn tahun nie hitam olen.
ha..ha sikenit Acik Alyn sangat comel tau pakai kopiah yang x lame pun ade atas kepala. Mujurlah nak jugak dia bergambar dengan ibu dia.
Oleh kerana tahun orang Perlis 1st beraya dengan family Acik Alyn gigih si adik ipar membuat ketupat palas. Macam senang je tapi punyer la seksa Acik Alyn nak membuatnya. Satu pun tak lepas. Agaknya dah ditakdirkan Acik Alyn memang buta la dalam bab ketupat2 nie kot. Sampaikan Deq La cakap ko menjahit boleh, mengait boleh takkan anyam ketupat pun tak boleh......Bab ketupat nie memang angkat dua belah tangan la.....memang fail.

Menu 1st Eid kami ------ Nasi hujan ribut taufan n Ayam masak Merah by me, Acar timun by Ina, Rendang Daging by Dadie, Ketupat Palas by Deq la n Yang Khaidir, Rendang hitam by Deq La, Lemang beli je, Tapai memang menu wajib setiap tahun, mak yang buat, Acik Alyn tolong sikit2 je. Kuih raya beli sikit sorang...yang buat cuma kek 2 jenis (Kek Coklat moist n Kek Marble), biskut dahlia, biskut famos-amos dan Almond London je. Yang lain sume tunjuk2 aje....



Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assallamualaikum

Di kesempatan ini Acik Alyn ingin memohon ampun dan maaf di atas segala silap dan salah selama kita berkawan terutamanya kat kawan2 di Mindef n HSDG. Semoga kita sama2 akan bertemu di Ramadhan yang akan datang. Hari ini Acik Alyn masih bekerja lagi tapi akan sambung cuti selepas raya. Mohon dipermudahkan segala-galanya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Tahun nie tak sempat nak men'design' bagai sebab sangat sibuk...al-hamdullilah semuanya dah selesai. Lepas nie boleh bercuti dengan amannya.

-Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sebesar zarah kesusahan kepada orang lain-

Nota Betis:
...fuh..fuh tiup sawang kat blog nie... :)