Tuesday, April 30, 2013

Senyum semula

Assallamualaikum

Tadi kat office banyak kali cuba try nak masukkan gambar kat blog tapi tak boleh. Dah cukup risau dah tadi. Tu yang balik umah terus try. Al-hamdullilah boleh pun. Banyak sangat cerita yang terbasi...


  Masa makan2 dengan Cik Dadi, Nina, mak n Adam kat Megamall. Lama dah x makan fastfood, sekali sekala sedap jugakkan. Tengok la Adam tu bukannya reti nak duduk diam....budak2 gitulah.
 

Nota betis:
Yeay esok mau g KL. Tujuan utama nak g ke Pesta Buku. Mau peluk ketat2 Mr.Firman.





Hari terakhir di bulan April 2013


Assallamualaikum


Friday, April 26, 2013

9 makanan yang mengurangkan paras kolestrol

Assallamualaikum
 
Rujukan : SINI 
 
Pemakanan adalah perkara paling penting untuk memastikan kita mencapai gaya hidup yang sihat. Tahap kolestrol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti serangan jantung dan stok. Bagi orang dewasa, tahap kolestrol normal adalah kurang daripda 200mg/dl. Jika angka berada di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit koronari akan meningkat, terutama jika bacaan kolestrol meningkat dari 200mg/dl ke 239mg/dl. Berikut disenaraikan 9 jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dalam badan:

1. Soya
 
 

Kacang soya merupakan makanan yang kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kandungan lemak baik (HDL). Kacang soya biasanya diproses bagi mendapatkan susunya atau dijadikan makanan lain seperti tempe dan tauhu. Ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin serta zat galian yang mampu menghindarkan dari penyakit jantung dan diabetes. 

2. Kuaci
 
 

Setiap 100 gram kuaci dari biji bunga matahari mengandungi  lebih kurang 50 unit vitamin A. Bukan sahaja sebagai anti kolestrol malah mampu memulihkan rabun, ketegangan mata, sakit atau pedih mata dan sensitiviti pada cahaya yang melampau. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Pengambilan kuaci yang kaya dengan kandungan zat besi, vitamin B kompleks dan kalsium secara kerap boleh membantu mengatasi masalah ini.

3. Buah kering
 
 
Buah-buah kering seperti limau, kismis, prun ataupun buah kering di dalam tin mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Contohnya limau kering mempunyai kandungan flavanoid yang tinggi, ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kismis yang dikeringkan daripada buah anggur pula mengandungi sebatian untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Malah, mempunyai sumber zat besi yang paling baik untuk membantu sistem penghadaman.

Walaupun buah tin kering telah mengalami proses pengeringan, namun khasiat buat-buahan ini masih tetap tersimpan baik dan enak apabila dimakan. Selain membekalkan serat yang banyak, buah tin juga mengandungi kalsium, besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potassium yang dapat membantu mengurangkan 'kolestrol jahat'. 

4. Epal
 
 
Makan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi  mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Ia mengandungi phytonutrient yang mampu melambatkan pengoksidaan kolesterol tidak baik. Ia juga boleh membantu menurunkan berat badan kerana epal hijau mampu mencegah pembentukan lemak sekaligus seimbangkan kandungan zat dalam badan.

5. Kacang tanah
 

Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung

6. Mangga
 
 

Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi, kedondong, betik dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi dan mampu mengurangkan kolestrol LDL dalam tubuh.

7. Kismis
 
 

Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan paras kolestrol di dalam badan. Pengamalan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

8. Oat
                                            

Oat mengandungi serat mudah larut yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol. Mengambil oat sebagai sarapan pagi pada setiap hari mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

9. Jambu batu
 
 
Jika kita ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai kerana mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. 


Wednesday, April 24, 2013

Rabu Tanpa Kata #2

Assallamualaikum


Rabu Tanpa Kata #1

Assallamualaikum


Tuesday, April 23, 2013

Terasa rindu pulak ngan HSDG

Assallamualaikum

Sekejap aje dah setahun Acik Alyn tinggalkan HSDG. Sangat2 cepat tau namun korang tetap dalam ingatan ini. #cheewah.Ingat entry nie bila korang buat jamuan seprise untuk Acik Alyn dan last day Acik Alyn berada di HSDG. Korangkan tempat Acik Alyn tumpang bermanja dan bergossip. Miss d moment.

Suka Acik Alyn tau bila korang baca blog picisan Acik Alyn nie. Tadi siap call HSDG dan bergossip-gossipan....ha..ha. Nasib baik la ada FB boleh la skodeng kawan2 lama kat sana bila rindu. Tahniah kat kawan2 yang dah jadi ibu dan bertambah bilangan ahli keluarga.

Rindu-rindu-rindu-rindu ngan korang. 



Nota Betis:
-Yes cucu En Kadari n Pn Aishah akan bertambah lagi sorang dan confirm dah baby boy. Congrat untuk adik bongsuku Deq La n Yang Khaidir. Dah mengandung 5 bulan baru sedar...apa daaa. Apa2pun jaga diri baik2.
 

Jom pekena Cendol Bakar Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor

Assallamualaikum

Kalau korang selalu lalu jalan ke Kuala selangor mesti pernah tengok lokasi Cendol Bakar nie kan. Kalau pergi hari minggu confirm banyak kereta dan ramai orang. Sebenarnya ini baru kali pertama Acik Alyn nak mencuba cendol tersebut walaupun kerap ke sana. Itupun kitaorang drive-thru je. Ala rumah adik Acik Alyn kat area tu je pun. Hari tu beli sekali karipap gergasi yang dijual kat tepi jalan tu tapi lupa pulak nak snap photo. 

 
 Selamat datang ke Cendol Bakar, Kuala Selangor
 Drive-thru.
Menu yang ada


Nota Betis:
-Alahai rindu pulak kat anak buah di Kuala Selangor tu....


Monday, April 22, 2013

Bila boss kecik dah berkuasa

Assallamualaikum



Friday, April 19, 2013

love

Assallamualaikum


Sebenarnya saya isteri dia...

Assallamualaikum

Sapa dah baca novel nie angkat tangan....Acik Alyn dah lama dah membacanya. Sekarang nie dah dibuat drama. Jangan lupa malam karang ek. Jom kita tengok cerita yang sweet ini...
 



Thursday, April 18, 2013

Saya nie memang sokmo fall in luv lah

Assallamualaikum

Setiap hari ini adalah tempat utama Acik Alyn melepaskan nafsu mata. ThePoplook.com...walawei.  

Order hari nie, esok pasti dah sampai kat tangan. Paling glamer ialah halley. Acik Alyn dapat la rembat halley satu je pun tapikan terbeli saiz besar sikit. Pakai jugak pun walaupun pada hakikatnya nampak semacam aje... Siap ada group kat FB for TPL lover .



 Teringat masa pakai baju nie pergi IKEA...siap ada orang pakai baju yang sama..memang TPL lover la tu. Set sambil calit2 ibu jari...ha...ha
Nasib baik sempat beli Sheila Blouse nie..memang best la. Kalau jumpa kat mana2 baju sama jangan lupe tegur n nanti kita ambik gambar sama2, pas tu post kat TPL lover.

Kalau berani jom la melepaskan nafsu mata kat TPL tu..confirm ter-ter beli baju...

Nota Betis:
-Usah dijolok sarang tebuan.

Terpaksa menjalani sesuatu yang diwajibkan, x boleh tidak

Assallamualaikum

Pepagi tadi dah melaporkan diri ke Klinik Kesihatan Maran untuk melengkapkan borang pemeriksaan kesihatan bagi kakitangan di PKDM. Dah terantuk baru nak tergandah. #betul ke peribahasa tu. Sebenarnya borang tu dah diberikan kepada Acik Alyn sebulan yang lalu dan tarikh akhirnya nak colect adalah bersamaan dengan hari ni. Maka secara berjemaah la kakitangan PKDM serbu ke klinik nak buat pemeriksaan tersebut. 

Al-hamdullilah selesai sudah.



Wednesday, April 17, 2013

♥ my Rabu #3

Assallamualaikum



♥ my Rabu #2

Assallamualaikum


♥ my Rabu

Assallamualaikum


Tuesday, April 16, 2013

Mereka kazen

Assallamualaikum

 Adam - Kakak Ashi - Abang Amil
Adam - Nina


Nota betis:
-Ya Allah tuhan je yang tahu bertapa mengantuknya hari nie...dush-dush



Monday, April 15, 2013

Sikenit yang dah banyak songeh....

Assallamualaikum

Selamat pagi Isnin. Hari nie Acik Alyn masuk lambat sikit ke pejabat sebab membawa sikenit p timbang kat KD. Al-hamdullilah walaupun sikenit dah x moo sangat makan nasik berat ada jugak naik 1kg.






Dah pandai dah bahasakan diri adik....





Saturday, April 13, 2013

Mereka kesayangan saya

Assallamualaikum

Selamat hari Sabtu, selamat beristirehat...when i loike my Sabtu


Friday, April 12, 2013

Dia kata "ku gembira bila kau gembira"

Assallamualaikum

-Terima kasih awak menjadi sahabat terbaik saya-



Jalan2 Taman Gelora

Assallamualaikum

Bawak sikenit g jalan kat Taman Gelora. Setiap petang Ahad kat Taman Gelora ada pasar malam. Sangat suka. Kalau boleh setiap minggu memang pergi sini.


 

Share di pagi Jumaat [Penguat Semangat Untuk Bekerja]

Assallamualaikum

Salam hari Jumaat. Acik Alyn nak share satu artikel yang Acik Alyn baca kat iluvislam nie. Memang menarik dan daboooom. Mencari semangat untuk bekerja tu memang la payah apatah lagi di kelilingi oleh orang2 yang tidak menyeronokkan. Apapun carilah rezeki yang halal..

  Sumber gambar from here

Lalalala..Hari-hari kerja! Bosan dengan kerja...

Memang mengena lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Meet Uncle Hussein ini. Kadang-kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan.

Mahu saja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah 'goyang kaki'. Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja digerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja. Mulut pula mula mengomel, "kalau tak kerja, macam mana la nak hidup..".  Inikah makna sebenar kerja pada kita?

Sejak dari kecil lagi, kita diajar membina impian kerjaya oleh ibu dan ayah. Malah, di sekolah juga para guru selalu meniupkan semangat kepada kita agar menjadi seorang yang mempunyai cita-cita. Pertanyaan yang wajib kita dengar saat semakin membesar, "dah besar nanti anak mama nak jadi apa?".

Lalu, dari situ kita mula mencipta imaginasi tentang hebatnya untuk menjadi seperti apa apabila dewasa nanti. Tanpa diketahui maksud sebenarnya, lantang saja kita menjawab, "nak jadi cikgu!". Kini, tak disangka-sangka cita-cita itu tidak kesampaian walau kita telah melepasi puncak menara gading. Apakan daya, ini rezeki yang Allah tentukan.

Niat Kerana Allah Pencetus Semangat

Tidak berjaya menjadi seperti apa yang kita impikan sememangnya amat mengecewakan. Namun, mestilah diingat bahawa di mana jua kita diletakkan, di situlah rezeki kita dan tempat kita berusaha. Justeru, walau pekerjaan itu bukanlah bertepatan dengan minat kita sendiri, kita seharusnya mempunyai azam untuk bekerja dengan ikhlas, jujur dan memegang amanah tersebut dengan niat kerana Allah. Bukan sekadar bekerja kerana gaji atau lebih tepat lagi seperti yang selalu disebut, "nak hidup punya pasal..".

Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat. Niat itulah yang menjadi titik mula bagaimana kita akan memikul tugas yang digalas. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An'am ayat 162 di dalam solat,


"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam".

Kalimah yang kita ucapkan pada Allah dengan bersungguh-sungguh itu perlulah kita ingati ketika menjalankan pekerjaan duniawi. Kerja harus dianggap sebagai ibadah yang dimulakan dengan niat yang baik berserta istiqamah. Sabda Rasul SAW,

"Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang." (Hadis riwayat Abu Ya'la)

Dari kita merungut kemalasan dan mengenang nasib di pagi hari saat bangun tidur, adalah lebih baik jika kita berniat untuk bangun bekerja kerana Allah. Sudah pasti badan terasa lebih kuat, minda terasa lapang dan hati terisi dengan semangat yang positif. Simptom seperti makan 'gaji buta' dan 'curi tulang' pasti dapat dielakkan. Ada yang berkata, masalah di tempat kerja yang membuatkan semangat untuk menjalankan tugas terasa lemah dan minat yang sememangnya ada seakan hilang.
 
Dugaan Semasa Bekerja

Kadang-kala timbul masalah tidak 'sekepala' dengan rakan-rakan sekerja. Majikan pula selalu merungut ada saja perkara yang tidak kena. Inilah ujian dan dugaan di alam pekerjaan. Tidak mungkin kita boleh 'ngam' dengan semua orang disekeliling kita.

Apa yang membuatkan kita mampu bertahan dan terus bekerja dengan gembira adalah dengan menjadi seorang yang bijak mengawal keadaan. Berfikiran positif dan selalu memperbaiki diri adalah faktor utama menangani situasi ini. Jangan dek sedikit saja onak duri yang mendatang, mulalah merangka surat perletakkan jawatan!

Perkara yang paling menguji diri kita sebagai seorang pekerja juga adalah elemen kejujuran. Sukar untuk menjadi jujur walau tidak 'mengulat' selama satu minit sahaja.

Menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh syarikat untuk kepentingan sendiri. Kita anggapkan tiada siapa yang tahu dan melihat, jadi tidak apalah.

Kebetulan pula bos tidak datang, kita pun bersuka-suka dan tidak serius dalam bekerja. Ada juga yang buat kerja alai-balai kerana tidak suka pada majikan.

 Kerja Sebagai Ibadah

Jadikanlah Allah sebagai 'majikan' tertinggi, maka kita akan jujur dalam menjalankan tugas.

Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah.

Ganjaran di dunia dan kemuliaan di akhirat itulah yang harus kita genggam sebagai matlamat dalam kerjaya. Firman Allah SWT,

"Maka apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya." 
(al-Jumu'ah: 10)

Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, April 11, 2013

Cerita basi lagi untuk hari ini I Mandi manda di Indera Sempurna Resort

Assallamualaikum

Indera Sempurna Resort nie terletak di Jalan Pekan. Agak terlindung sikit sebab resort nie dalam taman perumahan. Yang menariknya kat resort nie ada kolam untuk bermandi-manda. Kiranya orang yang tak menginap kat resort nie pun boleh mandi dengan bayaran yang berpatutan.

Keterangan lebih lanjut cuba2lah jenguk kat  http://www.sempurna.com.my/