Friday, December 27, 2013

Jumaat terakhir di tahun 2013

Assallamualaikum

Hari ini merupakan hari Jumaat yang terakhir di tahun 2013. Tinggal beberapa hari lagi nak menjengah masuk ke tahun 2014. Nak membina atau membuat azam baru tidak la kot kerana Acik Alyn hanya akan renew je azam yang dulu..ahaks. 

Banyak suka duka yang dilalui pada tahun 2013 nie. Al-hamdulillah sangat-sangat dan sangat bersyukur kerana masih mampu menghadapinya dengan senyuman walaupun kadang kala ada juga gugur air mata setitik dua. Kita hanya insan biasa. Kekadang rasa hati tu sangat sakit seperti ditoreh-toreh dan nak menangis pun rasa air mata pun dah kering....Kekadang rasa nak gelak ketawa bergema-gema serata alam. Lumrah dunia.....

 Kawan-kawan seiring sejalan di PKDM.

Wednesday, December 18, 2013

Wordless Wednesday

Assallamualaikum


Tuesday, December 3, 2013

Banjir di Pahang

Assallamualaikum

Pahang kini di landa banjir lagi khasnya di Kuantan. Memang pergi kerja pagi tadi kiri kanan jalan semuanya dah naik air.Pada mulanya memang dah g keje naik highway dah tapi tawakal je la ikut jalan biasa yang Acik Alyn lalu. Tapi tadi kene redah jugak sikit la air banjir. Nasib baik x pape. Esok belum tau lagi. Kalau hujan lebat memang kene kuarantin la kat rumah.

Rata-rata kawan-kawan kat FB dah update status kat sana. Ada jugak kawan-kawan yang dah terkepung dan tak boleh ke mana-mana.

 

 Nie kat depan Kamdar Kuantan
 Indera Mahkota
Nie laluan Acik Alyn. Harap2 tak jadi la macam nie lagi...alamak tak p keje la Acik Alyn.
Kawan-kawan sepejabat yang standby untuk pergi oppp banjir. Chaiyok2

Thursday, November 28, 2013

Cara yang paling mudah tukar PDF ke MsWord

Assallamualaikum

Acik Alyn nie ketinggalan zaman la sikit. Oleh kerana banyak sangat nak nak convert pekeliling baru nie maka kene cari satu alternatifkan dan inilah penyelesaiannya.

http://www.pdfonline.com/ 

 Pekeliling yang banyak inilah yang perlu di convert terutamanya tang nak sign opsyen tu...*hu banyak keje yang nak dibuat nanti.
 First download dulu fail yang nak diconvertkan tu
 bukak http://www.pdfonline.com/ n klik kat Upload a File to Convert
 Cari balik fail yang dah kita save tadi
 buat options
 tunggu
 Tadaaaaa.....dah siap
 Pilih download Word File n tunggu
 Open dulu
Dah puas hati baru save kat MsWords. SIAP.

Sangat mudah, sangat puas hati dan sangat membantu.


Wednesday, November 27, 2013

Rabu yang malas

Assallamualaikum

My hero, my soul n my superman...wink *____*

Tuesday, November 26, 2013

:[

Assallamualaikum

Di saat hati sedang gundah gulana



 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - surah Al-Baqarah ayat 216

Wednesday, November 20, 2013

Rabu saya tanpa kata

Assallamualaikum




Thursday, November 14, 2013

Dia dah 28 bulan dah

Assallamualaikum

Al-hamdullilah:)



Tuesday, November 12, 2013

10K langkah kakiku

Assallamualaikum
10 ribu langkah, itu sangat sinonim tahun nie. Ini merupakan salah satu agenda bagi Program Warga Aktif Warga Produktif (WAWP) dan pengisiannya adalah untuk orang-orang yang obesiti. 

Huwa......x lama lagi in shaa Allah akan keluar dari status itu. Amin.
Hos bagi 10 ribu langkah berjalan kaki nie bersamaan dengan 7km ialah Klinik Kesihatan Jengka 22. Al-hamdullilah telah berjaya mengenal tempat orang dan agaknya ada lemak-lemak yang dah berkurangan.





Nota Betis:
Kekadang hidup nie jangan la terlalu nak menyalahkan orang lain sangat.....Please tengok diri sendiri jugak.

Friday, November 8, 2013

N3 pertama dalam November

Assallamualaikum

Fuh..bapak malasnya nak update blog. Tolong p jauh2 yek.

Minggu lepas cuti 4 hari, Sabtu+Ahad+Isnin+Selasa..sangat best. Destinasi x ke mana pun,cume p KL je. Hasil p KL kantoi diet Acik Alyn full satu hari. Macam-macam bedal..huwaaa. Nasib baik timbang x naik cume turun sikit je kalau x sia2 je diet. Usaha teras kejayaan. :)




Selfie Ibu n Adam. Adam nie macam ibu dia la..suka kamera. 

Nota betis:
-Banyak kerja nak buat kat pejabat. Tambahan pulak last year nie macam2 nak clearkan. Semoga Acik Alyn mampu nak lakukan semuanya tanpa stress-stress.

Saturday, October 26, 2013

Cantiknya..suka tengok

Assallamualaikum

Acik Alyn sangat suka tengok pasangan suami isteri nie. Simple tapi sangat cantik.



Friday, October 25, 2013

Cukur Jambul Umar

Assallamualaikum

Kejadian ini berlaku pada hari Sabtu sebelum raya Aidiladha hari tu. Hari untuk mencukur jambul my anak buah Yang Umur Ziqri. Al-hamdullilah majlis berjalan dengan lancar walaupun malam tu hujan turun dengan sangat lebat.






Wednesday, October 23, 2013

Rabu Tanpa Kata

Assallamualaikum

-stress-
 

Tuesday, October 22, 2013

Mereka kesayangan ambo

Assallamualaikum


:)

Assallamualaikum

Kat sini hari2 hujan. Pagi nie cuaca suram je...alahai syoknya kalau dapat melelapkan mata barang seminit dua.

Mulai semalam Acik Alyn bertekad untuk kurus..ha..ha. Kurang2 nak turunkan berat badan 10kg. Pepagi gigih bangun bangun pagi masak n bawak bekal g pejabat. Buat untuk breakfast n lunch sekali. Doakanlah saya berjaya untuk 2 minggu yang pertama ini.

Saturday, October 19, 2013

Dah besar dah anak buah Cik Yen nie

Assallamualaikum

Hari nie birthday anak buah Acik Alyn yang sorang nie. Hapi Birthday Nina sayang yang ke 3 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah. Cik Yen sayang Nina banyak2.
 

Friday, October 18, 2013

Salam Jumaat

Assallamualaikum


Kemenangan yang tertangguh

Assallamualaikum

Hari Sabtu hari tu Acik Alyn n d'gang p berlawan la netball kat One Futsal, Temerloh. Kejohanan Bola Jaring peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Keputusannya adalah kemenangan kitaorang tertangguh..oppp next year kene cuba lagi. Kena berlatih awal-awal bagi badan fit wei. Ini tak de la lari sikit je pun dah tercunggap-cunggap #sambil kira umur tahun depan dah berapa. Peraturannya setiap pasukan mestilah ada wakil dari gang veteran iaitu 40 ke atas dan akan diberikan satu tanda untuk diletakkan di tangan. Cayalah PKD Raub, centre dia dah berumur lebih 40 tahun. Bagi Acik Alyn umur bukanlah penghalang untuk bergiat aktif dalam sukan. 

Sweet moment kat sini Acik Alyn jumpa ngan geng masa sekolah menengah dulu..dia mewakili HOSHAS. Ijan lama aku tak jumpa ko kan....lupa pulak nak snap gambar hari tu. Dulu masa sekolah, satu group main netball wakil sekolah. Ayat biasa 'ko main netball lagi'...dah minat nak wat cam ne.

 Warm-up kat tepian Sungai Pahang...main je lebey yek
Ika-Me-Nina-Matron-Nurul-Kak Bad-Liza-Liza 
Wanie-Cik Ra-Niza
(tahun depan kita meriahkan suasana lagi yek)
Sebenarnya seronok jugak berkenalan ngan orang2 klinik nie. Sekali sekala jumpa...kita yang doq kat office nie biasa la. Nice knowing u all.

Thursday, October 17, 2013

Cerita Aidiladha itu

Assallamualaikum

Acik Alyn baru start kerja hari nie setelah bercuti 2 hari for Aidiladha. Seronok jugak kan bila dah bercuti lama nie tapi tu la kat atas meja mesti ada something yang memerlukan tindakan segera. 

Aidiladha tahun nie macam biasa je...Oleh kerana dah buat kenduri pada hari Sabtu tu jadik menu untuk raya tahun nie dah tak nak masak nasi lagi macam tahun2 dulu. Mencari menu yang simple dan senang nak buat. Akhirnya kami memilih untuk memasak Soto Ayam dan rendang hitam. Lemang memang setiap kali raya tempah ngan jiran je. Tak kemana pun Aidiladha kali nie. Petang tu adik Acik Alyn pun dah balik ke JB. Iya la kan cuti sehari je, pas tu budak2 pun kene sekolah. Mintak2 tahun yang akan datang dapat la cuti raya Aidiladha 2 hari. Kurang2 lama sikit hari bersama family. #dahtakmerasadahlanakbersesak-sesakmengharungjemdiLebuhrayaKarakrebut2nganorangbalikKlate.


 Rendang masak hitam
 Lomang
Selfie me n Adam