Friday, November 30, 2012

I ♥ Friday


Cukup hanya sekali

“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya. “Apabila saya meletakkan kata-kata ini dalam FB saya, ada yang bertanya samada secara terus atau melalui sms, bagaimana jika kita sudah dianiaya oleh orang yang sama berulangkali. Patutkah kita terus bersangka baik kepadanya?
 
Soalan yang sukar dijawab jika diserahkan kepada akal dan rasa hati untuk menilainya. Maklum sahaja, akal dan rasa hati kita masih tidak kebal daripada bujukan nafsu dan tipu daya syaitan. Kita manusia biasa, banyak kelemahan dan kekurangan. Namun, kekurangan dan kelemahan itu pun hakikatnya suatu kelebihan dan kekuatan jika kita mahu belajar dan mengambil iktibar daripadanya.
Tidak ada jalan keluar, melainkan kita pasrah berdoa dengan memohon taufik dan hidayah Allah selalu. Agar Allah pandu dan pacu hati kita ke arah kebenaran. Dan jika tersalah juga, mudah-mudahan Allah buka pintu hati kita untuk bertaubat. Kita mesti bergaul dengan manusia yang berbagai ragamnya ini. Kita mesti sabar dengan karenah mereka sepertimana mereka pun bersabar dengan karenah kita.

Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang siur karenah insan. Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka, jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia itulah medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya.

Pegang prinsip ini  selalu…  jangan cuma melihat ‘gerakan’ tetapi lihatlah pada ‘Penggeraknya’. InsyaAllah, jika itu yang tersemat di hati, akan redalah sedikit kemarahan, akan teduh sementara  jiwa yang bergoncang. Jika kita sudah sayang kepada Pencipta, tentu kita akan sayang segala ciptaanNya. Majnun akan terasa indah, sekalipun hanya dengan melihat bumbung rumah Laila. Dia tahu, Laila kekasihnya sedang berada di bawah bumbung itu…
Salam buat semua yang berada di akhir Ramadan ini. Semoga kita terus bersama Roh Ramadan yang sentiasa  menyala di hati kita buat menyuluh seluruh dan sepenuh kehidupan dunia yang penuh ujian ini. Dalam kegelapan fitnah akhir zaman kita mengharapkan akan sentiasa ada ‘Lailatul Qadar’ yang membawa sinar iman dan taqwa di hati kita. Biarlah zaman gelap, jangan digelapkan lagi oleh dosa-dosa kita. Biarlah malam-malam kita… sentiasa ditemani oleh iman kepada ‘Pencipta Lailatul Qadar’ itu. Jika demikian, ya Allah… setiap malam adalah Malam Al Qadar!
Untuk mereka yang bertanya, ku gagahi jua menulis, cuma sekadarnya..

CUKUP HANYA SEKALI!  
  
“Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya!”  Maksudnya, kita akan menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita. InsyaAllah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang itu petanda fikiran, hati dan perasaan kita juga baik. Syukurlah. Namun, jika sebaliknya, berhati-hatilah… itu petunjuk akan kejahatan diri kita bukan orang yang kita lihat.

Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada diri kita sendiri. Caranya? Bermula dengan sangka baik. Lihat yang baik-baik. InsyaAllah, lama-kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat kebaikan. Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Isa AS melalui seekor bangkai kambing bersama-sama para pengikutnya. Ketika para pengikutnya, memalingkan muka dan menutup hidup kerana jijik dan terhidu bau busuk, Nabi Isa sebaliknya berkata, “aku lihat bangkai kambing ini mempunyai gigi yang putih.”


Mengapa penting kita bersangka baik dalam hidup? Ini kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat atau menilai sesuatu perkara, seseorang atau kejadian.  Dan bagaimana kita melihat akan sesuatu atau seseorang, akan menentukan apa yang akan kita dapat daripadanya. Ungkapan terkenal dalam bahasa Inggeris, “ what you see, is what you get – apa yang kita lihat, itu yang akan kita dapat.”
Jika kita ingin kebaikan dalam interaksi dan komunikasi daripada seseorang, bermulalah dengan bersangka baik kepadanya. Mana mungkin kita akan mendapat apa yang baik-baik daripada jika kita mula dan terus bersangka buruk kepadanya. Jangan ‘menghukum’nya awal-awal lagi. Itulah préjudis. Satu sikap yang negatif yang merosakkan perhubungan yang baru bermula atau yang telah lama terjalin. Tidak sewajarnya kita merasa tidak suka akan seseorang tanpa asas yang kukuh dan jelas.

Orang yang sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang yang bijak pandai. Kekadang, belum pun mula berkenalan, apalagi bercakap-cakap… baru melihat wajahnya sahaja, terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya. Acapkali kita menghukum orang lain dengan ‘fail’ lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. Mahukah kita kalau dihukum dengan kesalahan yang kita telah kita perbaiki berkali-kali?

Ya Allah, jahatnya hati kita. Siapa kita? Hamba, tuan atau Tuhan? Dengan ilmu dan maklumat yang sangat terbatas kita berani melampaui batas seorang hamba Allah, yang kaya dengan kelemahan dan kejahilan. Tuhan yang Maha Sempurna itupun pun tidak kejam. Allah Maha Adil, Maha Sayang… sentiasa membuka ruang untuk hambaNya memperbaiki diri dan membuka ‘fail’ baru. Bukankah selepas Ramadan yang Mubarak, Haji yang Mabrur… seseorang dijanjikan bersih dari segala dosanya yang lampau lalu menjadikannya seperti seorang  bayi yang baru dilahirkan?
Justeru, Allah SWT dengan tegas melarang kita bersangka buruk sesama manusia.  Dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”

Ada orang yang sering mengeluh, malah mengutuk nasib dirinya yang malang, “mengapa yang buruk-buruk, sedih, gagal dan malang sering menimpa hidupku?” Lalu sibuklah dia menyalahkan sipolan dan sipolan, itu dan ini… semuanya tidak kena. Padahal, yang tidak kena itu acap kali dirinya sendiri. Dia yang memandang gelap, buruk dan busuk dalam hidup… lalu dia terpaksa menuai apa yang disemai!

Saya teringat satu cerita lucu bagaimana seorang perompak yang telah merompak  sebuah rumah. Kejadian itu disedari oleh tuan punya rumah yang tidur di tingkat atas. Walaupun begitu dia tidak berani melawan kerana perompak itu bersenjata. Cuma sebelum perompak itu keluar dengan barang-barang rompakannya, tuan rumah berkata, “ sebelum kamu pergi jenguklah isteri saya yang berada di tingkat  atas… dia telah menunggu kamu selama 15 Tahun.”

Apa maksudnya lelaki itu? Maksud lelaki itu, selama 15 tahun isterinya dalam keadaan bimbang, takut dan sentiasa bersangka buruk yang rumah mereka akan dirompak. Dan kali ini apa yang disangkanya itu telah benar-benar telah terjadi. Ya, walaupun itu sekadar sebuah cerita… tetapi realitinya memang berlaku dalam hidup ini.

Allah mengingatkan kita melalui sebuah hadis Qudsi: “Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).”

Namun, perlu diingat bahawa sangka baik perlu diimbangi oleh sikap berhati-hati. Sepertimana perlunya bersangka baik, begitulah juga kita perlu berhati-hati. Jangan lurus bendul. Kita mesti bijak agar sifat sangka baik itu tidak dieksploitasi dan dimanupulasi oleh musuh atau orang yang berkepentingan. Apa itu sikap berhati-hati? Itulah usaha kita mencari fakta, dalil, ilmu dan bukti yang berkaitan dengan seseorang, sesuatu perkara atau peristiwa.

Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung maka terbinalah sikap matang dalam bersangka baik. Kita bersangka baik, tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman ini sangat penting agar sikap bersangka baik kita tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang yang berniat jahat.

Jika kita berdepan dengan seseorang yang sudah punya rekod buruk, reputasi negatif serta kita pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit akibat angkaranya, jangan bersangka buruk… tetapi berhati-hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berilah peluang untuk dia dipercayai, dan pada kita sendiri untuk mempercayainya… namun jangan jatuh dalam ‘lubang’ yang  sama dua kali atau berkali-kali. Ingatlah pesan Nabi: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali!”

Santapan jiwa ini from HERE

Hanya sekangkang kera:Bukit Gambang Water Park

Salam

Hari nie merupakan hari terakhir dalam bulan November 2012 dan esok dah 1 Disember. Kesimpulannya hanya tinggal 31 hari sahaja lagi untuk berada di tahun baru 2013. 

Minggu lepas bersamaan 24 November, Acik Alyn n family g bermandi manda kat Bukit Gambang Water Park. Dah ada orang nak sponser apalagi....zasssss laju aje gayanya. Memandangkan Bukit Gambang Water Park itu hanyalah 10 minit sahaja dari rumah maka kami pergi ke sana x mandi pagi pun..opppppssss. Sewa pondok kat depan Coco Beach....ingatkan nak sewa yang area pool tu..nan hado la pulak. Masa pergi tu, x de la ramai sangat orang. May be awal pagi kot.

Anak-anak sungguh x-cited nak bermandi-manda termasuklah my sikenit MAQ tu. Memandangkan ini kali pertama Acik Alyn membawa sikenit ke Bukit Gambang nie, al-hamdullilah sikenit MAQ tidak takut air. Lagi suka ada la :). Nanti ibu bawak lagi yek.




 Penuh stroller ngan barang2
 Ibu dan sikenit MAQ
 Bersama my hero n my heroin. Bravo Nina dah tak takut air dah. Lain kali g Bukit Gambang lagi yek ngan Adam.




 Si tukang sponsor. TQ lain kali banjer lagi


Nota Betis:
-Petang nie nak g KL. Banyak aktiviti nak buat. Nak g MAHA 2012, nak g jualan gudang Karangkraf, nak g KWC, nak g Mid Valley.....dan macam2 lagi. Dalam hati pun tingin gak nak g Fareeda tengok tudung baru 2hb tapi x moo la beratur panjang berjela.

Thursday, November 29, 2012

Cha dah kawen

Salam

Selamat Pengantin Baru untuk Cha dan Cik Epul yang dah berkahwin pada tarikh yang begitu cantik kat Shah Alam. Dah datang petang sangat jadik pengantin pun dah nak pi 'shooting' outdoor. Mujurlah sempat angkat kening kat depan pintu gerbang. Kalau tau awal2 nak g outdoor cup-cup akak ambik gambar ngan Cha dulu. X de rezeki. Makanan memang thumb up sebab ada sambal jawa. Sedap.  2X tau tambah sambal jawa tu. Rendang pun sedap jugak :).

X dan pun jumpa kawan2 HSDG..tu aaa pergi kenduri lewat sangat. Jumpa kat FB je la. Rindu korang sebenarnya walaupun Jumaat tu dah naik HSDG sekejap.

  
Si kenit MAQ yang baru bangun tido.

Oleh kerana x dapat nak bergambar dengan perantin makan Acik Alyn ambik gambo perantin kat FB dia aje. Cantik sangat.

Anyway

Selamat Pengantin Baru
Semoga Berbahagia Selamanya.


 Nota Betis:
-Musim buah2an.....


Wednesday, November 28, 2012

WW


Friday, November 23, 2012

i ♥ Friday




Thursday, November 22, 2012

Sikenit MAQ

Salam

Sejak ada 2 orang kazen my sikenit nie menghabiskan cuti sekolah diaorang kat umah atok nenek...bukan main lagi dia. Asyik main aje maklum la ada yang melayan. Sekejap2 mintak dukung, sekejap2 main golek2, pendek kata macam2 la kerenah yang dibuatnya. Ibu suka hati aje. Bukannya apa...senang hati ibu nak menghabiskan stok2 novel yang dah lama tersadai kat dalam gobok tu sebelum nak menambah stok baru. 

Sekarang nie sikenit gian makan rambutan. Yang tak tahannya sibuk nak suap sendiri. Semalam Acik Alyn bagi kat dia...dengan bijik2 rambutan dia bedal. Petang2 pun kalau tengok ibu dah balik kerja sibuk ambik sendiri kasut dia nak ajak g berjalan. Kerna kasih ku turutkan....

 
He..he...basikal pemberian Kak Nina memang harus la pink kale'. Kak Nina dah dapat moto Vespa harus la basikal nie dapat kat Adam. Hentam je la. Dah orang bagi ambik aje....he...he.

Tengok la gambar tu, kazen dia sibuk nak bergambar dengan dia. Dia apalagi siap tolak orang tu. Geli hati tengok gelagat my sikenit MAQ nie. 

Nota Betis:
-Berseorang di office kerana sume orang berkursus di tingkat atas aje. Acik Alyn dah cukup kuota kursus 7 hari. #sedang memplan untuk cukup kan kursus 7 hari tahun depan.

Khamis sudah

Salam

Hari nie dah hari Khamis. X sabar nak menunggu hari minggu. Banyak program nak dibuat minggu nie.....Semalam baru transfer gambar2 yang banyak itu dalam lappy. Coming soon akan ada banyak cerita yang tertunggak nak update.

 

Wednesday, November 21, 2012

Setelah sekian lama - WW again

#latihan kebakaran @ Bangunan Persekutuan.

Wednesday, November 14, 2012

Selamat Tahun Baru Hijrah


Harapan Acik Alyn untuk tahun baru nie..
Jgn lpe baca doa akhir dan awal tahun magrib nanti yek. Semoga kehadiran tahun baru akan memberi 1000 rahmat untuk saya dan family. ♥♥-Status kat FB

WW Rabu

#halwatelinga :)

Thursday, November 8, 2012

Hujan.............

Salam

Cuaca kat luar hujan again. Mintak2 jangan la sampai balik nanti, alamatnya macam kura2 la Acik Alyn bawak kete.



Wednesday, November 7, 2012

WW Rabu


Tuesday, November 6, 2012

Selasa yang sejuk beku

Salam

Kat luar office dah golap nampaknya. Mesti balik nie hujan lebat selebat-lebatnya macam semalam sampai tak nampak jalan dah. Tu pun gagah lagik nak drive. X pe tak jauh mana pun...harap jangan terperangkap dalam banjir udah la.

Kerja dah settle maka dah boleh cuti dah nie. Next week nak cuti, nak sopink. Dah bersusun dah xtiviti apa yang nak buat minggu nie. Misi utama nak makan durian crepe kat Mid Valley...hamboi.

rasa sweet aje lappy Acik Alyn nie....

Monday, November 5, 2012

Mad Monday

Salam

Pepagi lagi dah membuat jiwa Acik Alyn bengang yang tersangat-sangat la. Sia-sia ajelah Acik Alyn pulun buat masa hari Jumaat hari tu sampai tak angkat muka... Dah la tu siap bawak dalam bilik big boss bila boss kecik dah sign. Pagi nie tadi, terus Acik Alyn p bilik boss besar cari semua dokumen yang telah Acik Alyn bawak masuk bilik dia hari....ooooo alangkah hampanya bila tengok semuanya x bersign lagik. Dah la gaji orang pulak tu. 

Masalahnya Acik Alyn bawak sendiri masuk semua dokumen tu dan bagitau 'doktor yang nie saya nak cepat yek. Gaji orang'. Dia cakap OK. Dah la dia cuti pulak hari nie sampai Rabu. Bengang nya Acik Alyn.


#sekadar luahan perasaan untuk menenangkan jiwa yang nak marah.

Friday, November 2, 2012

Tetiba saya rindu kamu

Salam

Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya teringatkan orang2 yang kat bawah. Rindu nak breakfast sesama kat pantry, rindu nak main masak2, rindu nak makan kat Enzo dan yang paling utama rindu nak bergossip..he..he.

Kak L, TQ tau tolong kite. Nanti nak mintak tolong lagi :).



Tekak nie rasa memanggil2 nak makan kat Wong Solo..he..he. Korang kan tau ape yang ku suka 'Ayam Penyet Bakar part wing'. Di tambah ngan sambal yang mebeles tu......adoi kene p makan nie.