Wednesday, October 31, 2012

Misteri angka 3

Salam 

Nak share sikit pasal misteri angka 3 dalam hidup manusia. Satu artikel yang menarik....
MESTI TAHU : Misteri Angka 3 Dalam Hidup Manusia

Ada 3 Hal dalam hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu,
2. Kata-2,
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan,
2. Keangkuhan,
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan,
2. Keikhlasan,
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang,
2. Cinta,
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan,
2. Kejayaan,
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1.Komitmen,
2. Ketulusan,
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad,
2. Kemahuan,
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki,
2. Umur,
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua,
2. Sakit,
3. Kematian.

Tuesday, October 30, 2012

Bertabahlah kamu duhai hati



Monday, October 29, 2012

Bebelan hari Isnin

Salam

Setelah bersenang lenang di rumah selama beberapa hari,  hari ini macam biasa la 'berkhidmat untuk negara'. Pepagi lagi dah bizi dengan kerja office. X pe separuh dah settle. Walaupun dah separuh settle, tapi ada banyak lagik yang menanti. Semuanya ada due date. Setiap sesuatu tu ada ganjarannya.Sabar...sabar

Acik Alyn dah bekerja di 3 tempat yang berlainan dalam tempoh 12 tahun. Dah bermacam-macam pengalaman yang Acik Alyn perolehi dan juga bermacam-macam ragam manusia. Bak kata peribahasa 'jauh perjalanan, luas pemandangan'.
 


Suka mendengar lagu nie....janganlah kita jadikan sesuatu tu sebagai alasan untuk kita ke depan. Jadikanlah kekurangan itu sebagai satu semangat untuk terus hidup. Maka jadikanlah masa lalu itu sebagai pedoman. 

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh, oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul

Tapi tak akan ku menzahirkannya oh, oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu

Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oh, oh, oh

Kini ku berani lebih berdikari yeah, yeah, yeah...."


    *sentiasa berdoa -cepat la naik pangkat-he..he
     
    My kenit sekarang nie dah banyak sangat akalnya. Acik Alyn sangat suka. Luv u sayang. Semoga jadik anak ibu yang terbaik dunia dan akhirat. Dah pandai menyebut beberapa perkataan. Sekarang nie Adam suka sangat panggil Acik Alyn.....emak...emak. Ish budak nie...panggil ibu la sayang. 

    Pas tu Acik Alyn suka bukakan youtube ABC with song, saluran OASIS, azan, ajar kira, ajar ABC, save gambar binatang kat lappy dan tunjukkan kat dia. Sweet je tengok dia.

    Adam suka sangat mengigit. Kalau suruh dia cium, confirm la dapat sedas gigitan sampai menjerit ibu dia nie..he...he.


    Nota Betis:
    Bulan 11 nie ramainya member2 kawin. Insayallah akan menghadirkan diri seandainya panjang umur.

    Friday, October 26, 2012

    Menu Aidiladha 2012

    Salam

    Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Tahun nie Acik Alyn mengetest masak Nasi Dagang. First time buat, kira jadik jugak la. Buat 2 jenis lauk ikan aya dan ayam. 
    Menu lain macam biasa aje...tak de kuih-kuih raya. Rendang daging+lemang, Kek belang+kek Coklat dan soto sahaja.







    Thursday, October 25, 2012

    Esok hari raya

    Salam

    Esok hari raya korban maka dengan ini Acik Alyn ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha. 


    Tuesday, October 23, 2012

    Keletihan yang amat berbaloi

    Salam

    Sebenarnya aktiviti jungle tracking nie dah lama sangat Acik Alyn tinggalkan. Oleh kerana jiwa nie meronta-ronta nak join geng klinik nie, maka Acik Alyn pun menjoinkan diri ke Jeram Pelangi pada akhir September hari tu. 

    Perjalanan memang mencabar sangat2. Mula2 naik MPV, pas tu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki selama lebih kurang 3 jam ke dalam hutan. 3 jam pergi dan 3 jam balik merentasi hutan yang masih belum diterokai. Pacat usah cakap la memang banyak. Negeri betul Acik Alyn.Mendengar bunyi air terjun dari jauh pun dah menyebabkan rasa letih pun hilang apatah lagi melihat air terjun. Cantik sungguh ciptaan Allah.

    Sori la geng kalau Acik Alyn terjerit2+terlompat2 suh korang buang pacat tu....he..he
     

      

    Memang enjoy habis. Dengar cerita  diaorang nak buat trip ke Taman Negara pulak dalam pertengahan bulan November nie. Ala Acik Alyn x dapat nak join la gitu. Nak pergi kenduri kawin kawan2 la.....please la post pone tarikh yek geng. Taman Negara tu dah lama dah nak join.....


    Masih gagah walaupun semput abes

    Salam


    Monday, October 22, 2012

    Percaya pada diri sendiri



     Ikhlaslah menjadi diri sendiri
    agar hidup dengan ketenangan
    dan keamanan
    Hidup tanpa pegangan
    ibarat buih-buih sabun
    bila-bila masa ia akan pecah


    Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”. Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.



    Saturday, October 20, 2012

    Takdir di hujung usaha

    Salam

    "Nak buat macam mana ni...? saya buat sehabis baik dah..."
    "Alaa, kita kan dah usaha... kenapa jadi gitu plak..."
    Ya, setelah berusaha dan bertawakkal, maka terimalah ketentuan yang sedang berlaku.

    Urusan manusia adalah usaha. Usaha itu sunnatullah.
    Takdir pula adalah urusan Allah. Menjadi penentu terakhir. Kedua-duanya sama penting dan sama perlunya di dalam kehidupan.Manusia perlu berusaha, dan takdir Allah yang akan menentukan kata akhirnya.

    Imam Ghazali dalam ungkapannya pernah mengatakan, "Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakkal tanpa usaha adalah sia-sia".  Tugas manusia adalah berusaha dan berusaha sebelum menyerahkannya kepada Allah. Usaha itu pula hendaklah mematuhi peraturan sunnatullah yang Allah telah tetapkan, iaitu hendaklah seiring jalan syariah yang dibernarkan di dalam Islam.

    Dan apabila disebutkan bahawa,Allah hanya melihat usaha dan tidak kepada hasilnya, maka perlu kita tekankan bahawa usaha itu juga perlulah berkualiti dan secukupnya dari segi kuantiti.
    Janganlah sekadar bergantung kepada "aku dah usaha", sebaliknya perlu mencari di mana silapnya semasa kita berusaha,dan seterusnya mengambil langkah memperbaikinya.
    Menyalahkan takdir semata-mata,mahupun redha membuta,bukanlah jalannya.

    Analoginya jika kita membuat kek, lalu setelah dibakar di dalam ketuhar, kita tidak mendapat hasil yang sepatutnya. Apakah yang kita akan lakukan?

    1. Mencari dan menggunakan resepi kek yang lain?
    2. Mengubah suai resepi sedia ada?
    3. Menggunakan resepi sama buat kali yang seterusnya?
    4. Atau mengalah dan berhenti berusaha lantas membiarkannya begitu sahaja?

    Pilihan pertama dan kedua merupakan tanda keterbukaan kita dalam pendekatan. Menunjukkan bahawa kita tidak terikat kepada apa-apa selain matlamat yang jelas - contoh: membuat kek.
    Pilihan ketiga menggambarkan kita yang mengharapkan hasil yang berbeza, dengan sekadar melakukan usaha yang sama. Ia mungkin dibenarkan untuk sesetengah perkara, namun tidak untuk kebanyakan yang lain.

    Pilihan keempat pula menunjukkan seolah-olah kita lebih suka menyalahkan takdir daripada mengkaji usaha diri. Selain tidak menggunakan kegagalan sebagai bahan muhasabah. Lebih suka menyerah kalah sebelum berjuang habis-habisan.
    Untuk mendapat hasil yang lain, sama ada hasil yang lebih baik atau sebagainya, maka mulakanlah dengan mencarinya melalui jalan yang berbeza.

    Kesimpulannya, perlulah kita sentiasa mengekalkan prinsip kita walau dalam keadaan ingin memperbaiki usaha. Kadang-kadang kita tidak perlu membuat apa-apa perubahan terhadap usaha kita, walaupun kita mahukan hasil yang berbeza. Cuma perlu yakin terhadap prinsip yang tersedia. Jangan berubah!
    Dan  perlu akur terhadap kaedah umum, bahawa kita hanya mampu merancang, namun jangan kita lupa Allah juga Maha Perancang dan Maha Penentu segalanya.

    Kita mentadbir, sedang Allah Pentadbir yang terbaik dan Pentaqdir atas apa yang kita tadbir.

    Friday, October 19, 2012

    Air dicincang takkan putus

    Salam


    Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.
    Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:

    "Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka."
    (Surah Muhammad, ayat 22-23)

    Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang hambanya. 

    "Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah..."
    (Surah al-Baqarah, ayat 284)

    Adik-beradik juga menjadi tempat bergantung antara satu sama lain setelah ketiadaan orang tua. Selalunya abang-abang dan kakak-kakak atau yang lebih tua akan mengambil alih tugas menjaga adik-adiknya setelah ketiadaan orang tua. Apabila matinya seorang ayah bagi seorang anak perempuan, maka adik-beradik lelakinya akan menggalas tugas sebagai wali. 

    Perlu dititikberatkan dalam menjaga hubungan antara adik-beradik ini ialah sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya selagi tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan syariat Allah. Bahkan, wajib bagi seorang anak itu menjaga hati abang dan kakaknya dengan tutur kata yang baik dan juga dari segi perbuatannya. Setiap perbuatan yang mungkin menguris hati saudara kita akan menjadi titik permulaan sesuatu perbalahan justeru membawa kepada pepecahan.

    Dan antara perkara penting dalam menghargai kurniaan Allah ini kepada kita ialah menjaga adab sesama adik-beradik. Andai kata ada perkara salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita, maka tegurlah dengan cara yang berhikmah kerana dengan itu pihak yang ditegur akan merasa lebih selesa untuk menerima teguran, bahkan marasakan diri mereka lebih dihargai.

    Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk membesarkan kita semua. Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah memalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya pintu-pintu rezeki. ''Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.'' (Hadis Riwayat Muslim)

    Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.

    Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan hubungan adik-beradik ini umpama "air yang dicincang, tidak akan putus". Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.

     Acik Alyn sayangkan mereka kerana merekalah yang terbaik dalam hidup ini..Opps kalau dulu Acik Alyn adalah tinggi dan terbalik dah sekarang nie, Acik Alyn lah yang terendah dan 'gem' sikit aje..ha...ha. Rasa nak ambik gambar ala-ala gambar nie la ngan adik2 cam yang orang putih wat tu. Aci x?


    Wallahu'alam.

    Artikel from iluvislam

    Jumaat tanpa kata

    Salam

    Biarlah hanya gambar yang membicarakan segalanya...#wink-wink











    Thursday, October 18, 2012

    Wanita Seperti Aku

    Dasar manusia, hanya memandang keindahan dan kebaikan. Siapa manusia yang tidak mahu menjamah mata dengan benda-benda yang cantik. Aku juga begitu. Aku juga manusia yang mahu memandang kecantikan.

    "Dia cantik. Aku rasa cukup bertuah kalau dapat jadi pendamping hidupnya." Kata-kata inilah yang memakan hatiku sedikit demi sedikit. Kata ini juga yang seperti penyakit bersarang dalam hati menunggu kapan badan ini akan mengalah longlai dan terbujur kaku.

    "Saya lepaskan awak sebab saya tahu dia lebih baik berbanding saya. Malah lebih baik." Aku cuba mengungkap ayat ini satu persatu di dalam hatiku. Merangka ayat apa yang lebih baik berbanding ayat tadi yang harus ku hamburkan bagi menjaga hati kedua belah pihak iaitu aku dan juga dia. Aku cuba menghafal dan melatih diri dengan ayat ini supaya tiada kesalahfahaman yang akan timbul.

    Perkahwinan yang hampir mencecah tahun kedua itu punah dek pesona Am kepada wanita yang tiada bandinganya dengan aku. Bukan seperti langit dan bumi bukan juga jauh panggang dari api, tiada tandingan yang mampu diungkapkan. Dia memang wanita yang lebih baik daripada aku. Hampir sempurna sebagai seorang umat Muhammad.
    *****
    "Aku dah agak dah kau kahwin dulu, aku memang dah agak. Tahniah!! Tapi tak dapat nak pergi lah. Sibuk sangat. Aku takkan nak tinggalkan kem ukhwah tu? Aku pengurus program. Nanti kalau tinggal apa pulak kata akhi dengan ukhti lain."

    Aku cukup gembira mendengar ucapan tahniah daripadanya. Sungguh-sungguh teruja. Ucapan yang diberikan lebih setahun lalu bergema di cuping telinga. Tetapi, airmata aku langsung tidak tumpah. Sungguh, aku cuba sedaya upaya untuk menumpahkan airmata tanda kesedihan aku melepaskan Am sebagai pimpinanku selama ini. Tetapi, setitis airmata wanita ini tidak mengalir lesu langsung. Bukan aku cukup tegar dan tabah mendengar semua ini. Tetapi, aku lebih gembira kerana hatinya beralih kepada wanita yang lebih sempurna berbanding aku. Itu sahaja sudah membuat hatiku senang bukan kepalang.

    Tidur yang amat panjang ku kira malam itu. Lena entah ke mana. Mimpi bersimpang siur. Akhirnya aku bangun mengerjakan tahajud. Lama aku bertafakur mengadu pada Ilahi tentang hati nan walang. Aku tidak terus tidur. Aku masih berfikir bagaimana aku mahu mengucapkan tahniah kepada Am dengan hati yang paling gembira. Lelapku lebih lena di sofa ruang tamu berbanding katil empuk. Setakat ini, kami sudah pun berpisah ranjang. Mungkin langkah seterusnya adalah berpisah hidup. Itu pilihan terbaik kukira.
    "Ini adalah keputusan terbaik." Aku nekad!

    Terlihat senyum paling indah dilemparkan oleh Am. Itu mungkin yang pertama juga terakhir aku dapat melihatnya. Aku tersenyum menandakan aku juga gembira sekiranya imamku dapat menjadi pemimpin yang baik bagi seorang wanita yang menjadi salah seorang utusan Allah.

    Ya Allah, hatiku yang walang kehilangan Am sebagai tongkat hidupku selama ini kalah dengan akal aku yang menganggap ini bahagia yang kucari. Bukan maksudku Am melepaskan aku sebagai makmumnya adalah kebahagiaan buatku, tetapi bahagia kerana Am bakal mendampingi wanita sehebat temanku. Semuanya berjalan lancar hari ini. Persandingan mereka sesuai dengan syarak Islam. Zulaikha, teman rapatku sewaktu sama-sama menimba ilmu kini telah sah sebagai suri hidup bekas suamiku.

    "Tahniah. Aku sentiasa doakan jodoh ini berpanjangan. InsyaAllah." Aku mendoakan yang terbaik untuk mereka. Zulaikha bahkan tidak mengetahui bahawa Am adalah bekas suamiku. Aku dan Am sepakat untuk menyimpannya sebagai rahsia. Aku membenarkan Am menyunting Zulaikha sebagai suri hidupnya andainya Zulaikha tidak mengetahui tentang aku. Sebagai teman paling rapat, Zulaikha tidak dapat hadir mengimarahkan majlis kami lebih kurang dua tahun lepas. Sehingga kini, dia masih bertanyakan status ku.
    "Alhamdulillah, aku sendiri sekarang." Riaknya terkejut menggeletek hatiku.

    Sejak perkahwinan aku bersama Am, aku sudah jarang menghubunginya. Takut mengganggu. Dia adalah muslimah berkerjaya penuh dengan cita-cita. Pernah terfikir mahu mengadu dengan wanita ini sewaktu masalah merundung perkahwinan. Ingin sekali aku berkongsi kisah sedih ini kepada seseorang yang memahamiku.

    Tetapi, aku masih waras. Kukira membuka pekung di dada bagai mengacu pistol ke muka. Biar berdarah kerana hunusan pedang musuh berperang bukan kerana terhunus diri sendiri. Itu yang menjadi peganganku. Aku bahkan tidak pernah bercerita kepada orang lain tentang sikap Am yang tidak pernah mengacuhkan aku. Malah tidak pernah menyentuhku.

    "Bila? Kenapa? Ya Allah, selama ni aku tinggalkan sahabat aku kesusahan seorang diri. Tabahlah wahai wanita. Jangan pernah menanyakan tentang mengapa semua ini terjadi. Allah menyediakan kejutan buatmu." Zulaikha mengusap belakangku persis seorang ibu memujuk anaknya. Sekali lagi aku tersenyum, ciri- ciri pada Zulaikha menjadikan dia seorang wanita hebat yang dapat menakluki hati suamiku, bekas suami maksudku. Aku pasti dia bakal menjadi seorang ibu yang baik bagi keturunan mereka.

    "Aku merelakan. Dia beralih hati pada sesuatu yang lebih baik. Mengapa menyimpan kaca andai mampu membeli emas?" Akhirnya aku kalah dalam tangan wanita sehebat Zulaikha.

    *****

    Lebih sebulan aku mencari jati diri sendiri. Bertanyakan Ilahi andai masih ada ruang kosong di tempat-tempat orang yang dikasihinya yang mampu diisi olehku. Aku mendapat berita gembira daripada mempelai baru. Zulaikha kini berbadan dua. Berbadan tiga kukira. Tetiba ingatan ku kembali semasa aku masih bergelar isteri kepada Am. Emak dan abah pernah menanyakan tentang benih Am dalam rahimku. Aku sekadar menggeleng dan tersenyum.
    "Belum rezeki lagi mak."

    "Mama Am kata kamu mandul, itu yang sanggup lepaskan Am dengan rela hati. Betul ke?" Aku kembali tersenyum. Lucu rasanya bekas ibu mertuaku menjaga hal dikatilku sedangkan dia paling jarang bertandang ke rumah. Sibuk sana- sini dengan badan bukan kerajaannya. Bukan niatku berkata begitu tetapi itulah manusia. Penuh dengan syak wasangka. Penuh dengan pandangan negatif berbanding positif.
    "Kamu jangan asyik senyum aje. Malu emak sedara-mara kita semua kata kamu mandul." Aku kembali tersenyum. Sudah bahagiakah mereka menyebarkan fitnah? Aku menggeleng lagi. Sungguh tiada yang benar diriku di mata mereka. Perlukah aku menjerit mangatakan bahawa ini semua fitnah? Perlukah aku merintih bahawa ini semua bukan sepenuhnya salahku?

    Tidak perlu kukira. Perbuatan yang tidak akan mengubah apa-apa. Cukuplah mereka sahaja yang bertindak membunuh saudara sendiri. Jangan aku termasuk dalam golongan mereka. Aku beristighfar. Mencari kekuatan di dalam diri apabila darah daging aku sendiri, lebih tepatnya orang yang sanggup membawa aku selama sembilan bulan di dalam perut kini tidak mempercayai aku lagi.

    Aku merintih di kamar. Kali ini aku benar-benar mengalirkan airmata berhargaku. Sungguh, ini dugaan kuat. Mungkin emak lupa bahawa yang menginginkan perkawinan ku dulu bukan daripada pihak aku dan Am. Tetapi daripada pihak ibu mertuaku serta emak sendiri yang beriya-iya menjodohkan kami. Am sengaja menerima perjodohan ini kerana ingin menyakitkan hati bekas teman wanitanya yang meninggalkan dia demi lelaki lain.

    Aku cukup pasti Am menerima perjodohan ini bukannya kerana dia tulus mencintai ku tetapi hanya melempiaskan kemarahannya kepada wanita itu. Cukup setahun umur pernikahan kami, Am mula bercakap denganku seperti pasangan yang biasa. Kali ini, dia juga menempatkan aku sebagai pelempias nafsunya terhadap Zulaikha. Aku bagai menangguk di air yang keruh, melukut di tepi gantang.

    *****

    Tangisan ku tidak dapat ku tahan. Aku membiarkan air mata terus menemani ku malam itu. Di saat diri bersendiri, ingatanku pada Am adakalanya menjadi tamu ku. Walau ku tepis acap kali itu juga la ingatan ku pada Am tegar di ingatanku. Ingatanku kembali sewaktu "Program Kekasih" setahun yang lalu.
    "Masya Allah." Aku terus mengalih pandangan ke arah pandangan Am. Cantik. Lelaki. Matanya hanya tertuju pada kecantikan. Begitu juga Am. Dia lelaki normal yang mempunyai 99 peratus nafsu terhadap wanita. Tetapi bukan wanita seperti aku. Apalah ada padaku?

    Aku tersenyum. Saat itu aku dan juga Am sama-sama menghadiri majlis yang diadakan oleh masjid berdekatan rumah kami.

    'Program Kekasih' di bawah kelolaan pengarah program Ustazah Zulaikha binti Haji Abdul Rasyid. Aku tergamam melihat 'banner' yang terpampang di luar perkarangan masjid. Aku mula tersenyum. Aku pasti itu adalah sebait nama sahabatku. Aku mengajak Am sama-sama menghadiri majlis ilmu itu dengan tujuan aku ingin berjumpa Zulaikha dan ingin memperkenalkan suamiku padanya.

    "Em, awak yang kendalikan majlis ni ke?" Aku bertanya spontan dengan orang yang sibuk menjamu jemaah majlisnya. Dia mengangguk lalu tersenyum.

    "Saya nak jumpa dengan Ustazah Zulaikha boleh?"
    "Maaf puan. Ustazah baru sahaja bergerak pulang tadi. Ada program yang perlu dihadiri." Aku mengangguk tanda memahami bukan mudah mahu bertemu orang penting sepertinya.
    "Dah lama ke dia balik?" Aku bertanya lagi

    "Baru je. Dia sampaikan salam maaf kerana tak sempat berukhwah dengan semua muslimah."
    Aku mengangguk lagi tapi masih tertanya-tanya.

    "Maaf ye, saya nak tahu dia pakai tudung warna apa tadi? Dia yang mana satu ye?"
    Aku sungguh ingin tahu tentang Zulaikha. Ingin sahaja aku beritahu ahlinya itu aku dalam kerinduan yang parah terhadap Zulaikha.

    "Dia pakai baju jubah hitam dengan selendang satin kelabu tadi. Dia baru je berjalan keluar dengan seorang lagi ustazah." Aku mengingat kembali kemudian mengangguk lagi.
    "Ustazah Zulaikha ni lulusan UIA ke? Umur dia berapa ye?" Aku kembali menyoal. Ahli program itu hanya tersenyum melihat kesungguhanku. Aku memulangkan senyuman kepadanya.
    "Nampaknya puan telah menyusur kehidupan Ustazah. Adakah puan salah seorang peminatnya?" Aku sekadar tersenyum mendengar itu. Aku mengangguk lagi.

    Rupa-rupanya muslimah yang berjaya menarik perhatian Am tadi benar-benar Zulaikha sahabatku. Sepulangnya dari majlis ilmu tersebut, aku bercerita kepada Am.
    "Zulaikha." Am menoleh kearahku semasa dia membuat pusingan U sewaktu perjalanan pulang kerumah.
    "Apa?"
    "Cantik tu Zulaikha." Am mengerutkan dahinya. Dalam kesamaran malam, terlihat jelas keningnya bercantum tanda dia benar-benar tidak mengerti.
    "Awak ingat tak ustazah yang awak nampak tadi tu? Sampai awak lupa tutup mulut?" Am mengangguk. Masakan dia lupa. Aku juga mungkin tidak akan lupa saat itu.
    "Dia kawan saya. Namanya Zulaikha. Cantik kan?" Dia mengangguk lalu tersenyum. Senyumannya meleret. Aku juga mengukir senyuman. Kukira dia suka mendengar bahawa Zulaikha adalah temanku, kenalanku.

    "Baguslah kau kenal dia." Sekarang giliran aku mengerutkan dahi. Tapi kini ,fahamlah aku mengapa dia tersenyum sampai ke telinga sewaktu aku menyampaikan bahawa Zulaikha memang dari keturunan baik-baik dan masih tidak berkahwin. Semenjak itu, aku dan Am mula berbual. Kebanyakan perbualan kami berdasarkan Zulaikha. Aku sebenarnya masih naïf dan buta untuk melihat betapa dalam Am meminati dan mengagumi Zulaikha. Aku cuma menganggap perubahan Am inilah tanda perkahwinan ini akan selamat dan punca awal perkahwinan ini akan bahagia. Aku silap dan bodoh mempercayai kebaikan Am terhadapku selama ini.

    *****

    "Aku nak pinang Zulaikha. Aku pernah bertemunya beberapa kali selepas majlis ilmu di masjid. Aku pulangkan semula hak kau sebagai wanita. Kau masih dara. Aku pulangkan engkau sebagaimana aku mengambil engkau. Aku mengambil engkau dengan keadaan engkau masih suci, begitu juga semasa aku memulangkan engkau. Aku tidak berniat memadukan engkau. Jadi, aku memberi engkau hak untuk memilih. Dua pilihan yang amat berbaloi kurasa. Samada bermadu dengan temanmu sendiri ataupun menjadi jandaku."

    Sungguh terus berdegup jantungku bagai melayang di udara. Aku menelan juga mee yang hampir ke anak tekak yang belum sampai ke perut pun. Aku cuba menghenyakkan diri ke kerusi. Nyata. Ini nyata. Aku bukan berada terapung di awangan. Makan malam pertama bersama Am menjadi kenangan terindah buatku. Mungkin dia tidak sedar bahawa aku sangat menunggu malam ini. Aku sungguh-sungguh menyiapkan diri untuknya. Mungkin dia tidak tahu bahawa aku berharap perkara yang lebih akan berlaku selepas malam itu.

    Benarlah, dia memberi aku 'perkara yang lebih' selepas malam itu. Aku meletakkan garfu dan sudu sambil menghirup air bagi menenangkan hati nan walang. Aku cuba mengukir senyum.

    "Dia cantik. Aku rasa cukup bertuah kalau jadi pendamping hidupnya." Aku rasa itulah alasan maha hebat mengapa akhirnya Am mengambil keputusan untuk meminang Zulaikha. Aku mengangguk tanda mengiyakan. Benar. Sungguh dia cantik. Aku pula tidak. Dia kuat pegangan agama. Aku pula tidak. Dia dari keturunan baik-baik. Aku pula tidak. Aku hanya dari keturunan mahren. Dia pandai menjaga maruah. Aku pula tidak. Benar bukan apa yang aku katakan?

    Tiada apa yang mampu membandingkan aku dengan dia. Aku tidak punya apa-apa. Sedangkan dia hampir sempurna. Aku tersenyum melihat Am memikirkan dia. Cukuplah, aku cukup bersyukur dapat mengembara hidup bersama Am selama lebih kurang dua tahun. Dia seorang pemimpin keluarga yang baik. Imam yang hebat bagi makmumnya. Oleh kerana Am terlalu baiklah aku sanggup melepaskan dia untuk menjalani kehidupan yang lebih baik bersama muslimah sejati.

    *****

    Genap setahun umur perkahwinan Zulaikha dan Am, aku berhijrah ke Kaherah. Mencari cinta yang sejati. Menjadi wanita yang tegar. Menjadi wanita yang mampu hidup seperti sebelumya. Hidup tanpa cinta daripada seorang lelaki. Am adalah insan lelaki pertama yang singgah dihatiku secara tidak langsung. Sebelum ini, tidak pernah seorang lelaki pun mahu singgah di hati ini. Kerana aku tidak secantik perempuan lain, kerana aku tidak kuat pegangan agama seperti muslimah lain, kerana aku tidak pandai menjaga maruah diri seperti gadis lain.

    Tetapi, mereka semua lupa bahawa aku masih seorang wanita yang dilahirkan lemah tetapi kuat di satu sisi yang tidak mungkin orang lain dapat melihatnya. Hawa memang dijadikan daripada rusuk kiri Adam tetapi Mariam tidak memerlukan lelaki untuk melahirkan Nabi Isa. Sungguh Allah memuliakan wanita di satu sisi paling istimewa. Antara jelas dengan kabur. Aku mengkaji setiap apa yang dirancangkan oleh Allah.

    Benar ada hikmah yang kita tidak terduga daripada-Nya. Semakin aku mengkaji tentang perancangan Allah, semakin jatuh cinta aku kepada-Nya. Aku pernah lupa bahawa mencintai insan bernama Am yang menjadi ciptaannya hanyalah sementara. Cinta hakiki yang sedang kukejar sekarang. 

    Pengembaraan cinta ku kali ini adalah semata-mata memburu redhaNya. Walau cinta ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit tetapi percayalah ia bukan pengorbanan yang sia-sia.

    Artikel ini from iluvislam

    Bijik mata yang mengenyam

    Salam

    Kalau warna purple memang harus la mengamit mata nie...ish..ish


    Wednesday, October 17, 2012

    Wordless Wednesday #2


    Wordless Wednesday

    Salam


    Tuesday, October 16, 2012

    Macam-macam ada

    Salam

    Dah beberapa minggu nie Acik Alyn alwizz bz aje. Banyak perkara yang nak di settlekan. Di pihak Acik Alyn dah clear, tang nak tunggu kelulusan tu yang adoi maha lambat banyak. Terperuk lama kat dalam bilik big boss. Terpaksa la menunggu.

    Acik Alyn rasa tersangat la pelikz nyer ble orang datang kerja tapi tak buat kerja. Adoi bukan sekadar berbukit-bukit malah bergunung-gunung. Tak faham betoi. Tapi kalau pasal nak 'blame' orang dialah juaranya. Acik Alyn baru 6 bulan buat servise nie berbanding selama berpuluh2 tahun buat admin. Memang amat berbeza....Yang pastinya kat sini Acik Alyn kurang kerja. Bukannya x de kerja langsung tapi Acik Alyn memang plan siap2 apa yang Acik Alyn nak buat. Ini tak....kalau ada benda kecik pun satu bandar M***N tau. Sendiri mau ingat la beb. 

     Truly Acik Alyn cakap kat sini adalah tempat yang paling x banyak kerja berbanding dengan 2 tempat kerja Acik Alyn sebelum nie. Entah lah may be diaorang nie x pernah kerja kat tempat beso2 kot. Office x de la besar mana pun tapi berpuak2 dia, hanya Allah saja yang tahu. 

    Acik Alyn bukannya pandai pun cuma berdasarkan pengalaman-pengalaman sebelum nie aje. Banyak perkara yang kene diperbetulkan. Tapi kalau big boss buat bodo aje, anak buah apatah lagi kan...he...he. Masing2 berlagak sebab dah jadik senior kat tempat tu, maka masing2 nak tunjuk kuasa. Dulu boleh sekarang kenapa dah x boleh. Kekadang rasa sakit je bijik mata tengok situasi kat sini tang bab orang2 nya tapi tang kerja memang Acik Alyn rasa tempat paling best sebab Acik Alyn kurang kerja #ke aku buat kerja cepat sangat, sedangkan orang lain......masing2 berperangan dalam FB. Rasa kelakar aje.

    Nasib baik la kat sini Acik Alyn mempunyai seorang sahabat yang memahami, yang sudi menadah telinga mendengar celotehku dan kami masing2 berkongsi rasa. TQ my frenz.
     




    Peringatan untuk diri sendiri

    Salam 




    Monday, October 15, 2012

    Buah hati pengarang jantung ambo

    Salam

    Nak kongsi gambar terbaru buah hati pengarang jantung Acik Alyn yang sorang nie. Semakin ligat, semakin banyak mulut...suke2.



    Adam@15 bulan

    Ceritera di hari Isnin

    Salam Hari Isnin

    Pagi tadi bawak si kenit tu ke KD. Timbang je pun. Al-hamdullilah dah naik kg banyak dah. Patut aaar selama nie mendukung terasa berat semacam aje. X pe janji anak ibu sihat dan kuat..he....he.

    Sambung balik la cerita CH yang belum abes tu ek. 

    Makan memang thumb up...kenduri nie kat Kuaters Polis CH dan diaorang kat sana buat rewang aka gotong royong.