Wednesday, September 5, 2012

Eid 2012

Salam....

Ambik penyapu n bulu ayam sambil sapu2 apa yang patut. Fuh-fuh tiup2 habuk2 dan sawang2 yang ada nie. Ble mood berblogging ke laut, ginilah gayanya.  X pe baru sekarang ada mood nak citer pasal raya. Gambar x de byk sebab x cukup korum. Next year insayallah bergambo sakan kot. #harappanjangumur. Tahun nie, 3 orang aje yang beraya kat umah Lepar, 3 lagik kat umah mertua memasing.

Dari first raya sampai hari Ahad kemudiannya memang bz memasak. Ramai orang banyak pulak seleranya. Tahun nie ramai pulak tetamu yang datang ke rumah, jadi kena la merajinkan diri untuk memasak. Dari nasi hujan panas+ayam masak merah+acar, raya ke-2 buat beehun sup pulak atas request sebab x puas makan masa pergi umah Mak saya yang sorang lagi, raya ke-3 buat mee kari, raya ke-4 pulak buat soto, gigih memasing belajar buat bergedil. Menjadikn resipi akak korang nie kan. Lepas tu raya ke-5 buat laksa pulak. Raya ke-6 adik yang bongsu masak rendang BANGLADESH+ketupat palas, al-maklum la member beraya kat umah mak metua kat utara tanah air, maka ada ilmu baru la. Tahun depan boleh la letak jawatan sebagai tukang masak...he...he.


Tq banyak kat Kak L dan Ieja yang datang ke umah. Sori la kalau layanan x seberapa. Jangan serik nak datang lagik..ngeeee

First time jumpa baby Al-bukhari *betul ke ejaan nama nie?. Alahai comel gle. Putih selepuk. Geram rasa nak tubit2 pp dia.
 Bersama my mak yang sorang lagi.
 Me n anak buah yang banyak songeh.

 My adik yang no-3 ngan Muaz + Niyaz



 
TEMANKAN anak buah main bunga api. Yang mercun boom-boom dah abes dah. Tinggal lah bunga api. Tenganga2 Adam tengok ibu dia main bunga api. Ada jugak peristiwa yang berlaku...ha..ha. Tahun lepas pondok orkid mak terbakar di sebabkan oleh bunga api+mercun. Tahun nie pulak lantai kat umah pulak yang kene...habis. Kalau tanya anak buah sapa yang buat....terjerit2 cakap 'Cik Lyn yang buat'. Bunga api kan membosankan kalau main satu2, maka dengan rakusnya Acik Alyn ambik segenggam dan lepas tu bakar...apa lagi meletup kat situ. Cepat2 lepas dan larik sambil mendukung Adam...ha..ha. Apalagi hangus la lantai tu. Mintak maaf mak. Orang tua men bunga api, gitu lah gayanya.

Tahun nie gigih betul Acik Alyn menjahit baju melayu untuk Adam. Walaupun x berapa nak menjadi sangat OK la tu kan sayang. Tahun depan ibu jahit lagik yek. Hasil untuk first time tidaklah menghampakan.

Adik2 memasing bawak macam2 kuih raya maka hasilnya penuh meja. Al-hamdullilah masih lagi murah rezeki. Sampai hari nie ada lagi kuih raya tapi kuih raya hasil buatan sendiri dah lama abes dah. Buat biskut yang memang jadik feberet anak buah, cepat aje abesnya. Bukan main lagik cakap ngan mak...tahun depan nak buat la semua biskut raya. Tengok kat blogger masakan ada macam2 biskut. Seronok pulak tengok kalerful.

Tamat sudah cerita minggu pertama Eid Acik Alyn.

Nota betis;
-Menyeru mood bergambar macam dulu2 datang balik.....

Post a Comment