Thursday, September 13, 2012

Testing

Salam

Esok la citer....kite penat masak semalam...he..he


Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday

miss d moment ♥♥


Tuesday, September 11, 2012

Takziah Bazlin

Salam dan selamat hari Selasa...ngeeee

Semalam mendengar berita sedih. Takziah untuk Bazlin n Ajid. Beliau kehilangan baby beliau, anak sulung yang meninggal dalam kandungan. Semoga tabah menghadapi dugaan itu. Allah dah aturkan  yang terbaik untuk kita. Jaga diri baik2. Insayallah coming soon ada rezeki lagi. Sama2lah kita berdoa untuk arwah baby. Akak tau Bazlin tabah.

Everyday may not be good, but there's something good in everyday. Apabila kita sedang menikmati hari yang cerah, Matahari yang ceria, tiba - tiba, Allah turunkan hujan yang lebat bersama guruh dan kilat. Kita pula tercari- cari dimana matahari. Tatkala, harapan hampa, hujan berhenti... Dan Barulah kita faham... Rupa- rupanya, Allah ingin menghadiahkan kita PELANGI. If You want The RAINBOW, You Have To Put Up With The RAIN.




Monday, September 10, 2012

cerita tanggal 31 Ogos-2 September 2012

Salam Hari Isnin. Walaupun mood lemau tapi keje tetap keje jugak kan. 

Nie nak cerita pasal cuti merdeka yang dah berlalu. Perjalanan antara Kuantan-Kuala Lumpur-Kuala Selangor-Teluk Intan-Kuala Selangor-Kuantan. Acik Alyn n family balik ke 'home town'. Beraya sambil merapatkan ukuwah dengan sedara mara. hari Jumaat pagi2 lagi dah bertolak. Sampai kat Kuala Selangor lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Kira vrooommm jugak la drive hari tu. Lepas solat Jumaat n makan2, maka lepas asar kitaorang bertolak ke Teluk Intan, Perak. Bermalam di umah pak saudara di Changkat Lada. Hari2 seterusnya teruskan aktiviti pergi kenduri dan menziarahi sanak sedara. Untuk Abg Isa n Sila, terima kasih la sebab masak beehoon tomyam yang mebeles tu. Lain kali, kalau panjang umur kita jumpa lagi.

Kali nie balik x menyinggah pun kat menara condong tu. My anak buah dah bising2, Cik Lyn nie asyik nak pergi menara tu aje. Boring la....teruk betul anak buah Acik Alyn nie. Banyak jugak la umah yang x sempat nak singgah dan jugak pergi umah x de orang. Spe suh pergi terjah aje, x cal dulu. Ampun ye Jinal. Lain x kami singgah lagik :).

Di majlis kenduri kawin@Labu Kubong


Berhenti solat di Masjid@Teluk Intan

Nota Betis:
-Malas nak fikir semua tu yg pasti nak lupakan semuanya.... Cukup2 sudah!!!!


Friday, September 7, 2012

Jumaat yang best walaupun...............

Salam

Best sebab hari nie dah hari Jumaat. Esok cuti....yeeeeeee. Hari nie puasa lagi. Tu la last minutes nak buat puasa 6. Terpaksa la kejar kan..next week hari Khamis dah la nak wat open office kat sini. Pas tu Syawal dah abess dah. Harap2 sempat la habiskan.

Rasa geram hari nie ngan seseorang. Sampaikan kat wall FB Acik Alyn pun tulis macam nie....
Pandai2 la cermin diri sendiri sket ek. X payah nak cari salah orang lain sebab nak tutup salah awak....Renung dan nilailah apa yang orang lain dah buat untuk awak. Dah bagi masa pun still dalam mood *tak sedar diri lagi ke? — at benci kat orang yg x mengenang budi dan mungkir janji..
 
dah banyak kali dah "orang tu" buat Acik Alyn macam2 tapi selama nie Acik Alyn bersabar banyak2 aje.  Tak pe masih di tahap bersabar lagi nie. Semoga Allah akan memberikan petunjuk dan hidayah untuk "orang tu". Kita yang banyak tolong dia, macam2 pulak dia cakap kat kita. Hangin aje.
 
My Adam pagi2 dah bangun. Pas tu mula la sibuk nak ikut ibu pegi kerja. Sejak ada gigi nie, dah pandai menggunakan gigi itu sepenuhnya. Asyik nak mengigit orang aje kerja. Haip karang. My Adam dah pandai dah tunjuk anggota badan. Tanya mana tangan, mana kaki, mana rambut pacak, sumenya dah pandai tunjuk. Semoga anak ibu yang sorang nie jadik anak yang soleh dan bijak. Sayang anak ibu.
Bagi naik kereta dulu..

Nota Betis:
-Semua SMS yang dihantar dan diterima ada saya simpan. X payah la nak cari silap saya. Takut nanti terkena batang hidung sendiri. Saya x kisah sebab saya di pihak yang benar. Ada aku kesah!!!!! sapa awak dan apa hak awak nak suruh saya buat macam2. Punya la nak tutup salah sendiri sampai tahap macam tu sekali. Bravo teruskanlah selagi mampu. Nak tengok jugak sejauh mana mampu nak buat macam nie kat saya. berani kerana benar takut kerana salah..Ingat lah hidup kat dunia bukannya lama pun...Fikir sendiri la. Kalau umur dah tua tapi tahap pemikiran masih macam budak2 get lost la. Semoga Allah sentiasa bersama saya sampai bila2. Cukup2 lah tu bertaubatlah sebelum terlambat. Tunaikan dulu janji2 tu sebelum menuding jari ke arah saya nie.....Selama nie saya dah cukup BANYAK berbuat baik dengan awak dan menolong awak macam2..kesudahannya ini yang awak bagi kat saya.....tunggulah kalau langit di atas kepala awak tu sentiasa tinggi. Cuba la renung dari mula hingga sekarang. X kan la itu pun x boleh nak fikir. Kalau hati tu penuh dengan maksiat memang la macam tu.......Sebelum becakap pasal hak seperti yang awak bagitau, renungkan lah dulu. Berapa banyak hak yang telah awak laksanakan. Menerima hak adalah menerima tanggungjawab. X usah la bercakap pasal hak kalau satu tanggungjawab pun tak pernah nak terbuat. Takut di alam kubur nanti di tanya, apa nak jawab. Tanggunglah dosa2 itu sampai ble2. Saya betul2 marah nie sebab dah lama sangat saya bersabar. Tak malukah awak bercerita tentang keburukan saya di atas sebab nak menutup keburukan awak. Saya rasa orang dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah. Daripada cara awak itu memang dah nampak sangat awak bersalah. Tutuplah selagi awak boleh tutup...sampai bila bangkai gajah dapat di tutup sampai masa akan berbau busuk jugak.... #moodluahkanperasaanyangterbuku.

Aku rela dengan segala takdirku

"Ikut kata hati mati, ikut kata rasa binasa".

Seringkali kita mendengar peribahasa ini dan menjadi sesuatu kebiasaan bagi kita yang bergelar manusia. Hidup umpama roda, kadangkala kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Sudah menjadi intipati dalam menghadapi pelbagai ujian dan dugaan hidup. Namun, setiap manusia sentiasa diuji dengan pelbagai cara dan situasi.

Sebagai hamba Allah yang hidup di dunia ini, kita harus pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya, terdapat segala hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Namun, tanpa kekuatan yang diberikan olehNya, kita mungkin tidak dapat mengharunginya dengan mudah. Semuanya sudah diatur oleh Allah SWT untuk melihat sejauhmana keimanan kita terhadapNya.

Kekuatan terletak pada hati.

"Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati manusia itu milik Tuhannya. Ada Tuhan dihatinya, maka segala kekuatan itu ada pada kita".

Ya, sesungguhnya apa yang ada pada kita semuanya milik Allah, betapa hebatnya Allah menciptakan hati sehinggakan kita dapat memahami perasaan orang lain. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga lidah dalam berbicara supaya tiada yang terasa hati dengan kata-kata yang diucapkan. Sudah menjadi adat kita yang mengutamakan sikap berbudi bahasa antara satu sama lain.

Hati yang bersih akan sentiasa menuturkan kata-kata yang baik, manis serta cantik susunan bahasa. Manusia yang hatinya kotor, dirinya sentiasa dikuasai syaitan. Syaitan lebih suka mendekati manusia-manusia yang hatinya penuh dengan sifat mazmumah. Oleh kerana itu, tidak ada ketenteraman hidup yang ada pada dirinya.

Kata hati atau bisikan syaitan?.

Saya akui kita sentiasa menurut kata hati kerana kita tahu ia adalah benar. Tetapi kesahihan dalam menurut kata hati itu perlu melihat kepada konteks yang bersesuaian dengan situasi. Bukannya "membabi buta" seperti yang dilakukan oleh sebahagian manusia sekarang yang hanya memenuhi kehendak hawa nafsu.

Seperti kita melihat didada akhbar, sepasang kekasih tidak mendapat restu dari kedua orang tua untuk berkahwin, mereka mengambil keputusan untuk bertindak diluar kawalan dengan membunuh diri. Jadi, dimanakah nilai kemanusiaan yang ada pada diri ketika itu, adakah ini dikatakan menurut kata hati atau terpedaya dengan bisikan syaitan sehingga mempengaruhi hati dan perbuatan kita untuk bertindak sedemikian rupa.

Dimanakah nilai spiritual kita ketika itu? Mungkin ketika itu, kita rasakan kalau mati sekalipun ia sudah mencapai segala yang dihajati sehingga syurga dan neraka diletak ke tepi. Lihat, betapa hebatnya, pengaruh syaitan sehingga hati kita mati dan kehidupan kita binasa. Keimanan dan ketaqwaan yang kita pelihara sejak kita mengenali Allah SWT, semuanya hancur dek kerana cinta yang tidak kesampaian.




Kebergantungan pada Allah SWT.

Sekiranya keadaan sedemikian berlaku pada diri kita maka kita berbalik kepada Allah SWT. Ketika itu apabila kita ingat kepadaNya, secara automatik segala kejahatan yang hendak kita lakukan akan hilang begitu saja. Serahkan segala urusan kita kepada Allah SWT, sesungguhnya kita hanya merancang dan yang menentukan hanyalah Allah SWT.

Ketika berhadapan dengan situasi sebegini fikiran kita mula membuat anggapan yang Allah tidak sayangkan kita. Tidak, sebenarnya Allah sayangkan kita dan oleh kerana itulah kita diberikan ujian. Besar atau kecil ujian tersebut, bergantung kepada kemampuan hamba-hambanya. Jadi, apabila berada di jalan yang salah Allah akan perbetulkan dengan membimbing hamba-hambanya kembali ke pangkal jalan.

Kita tidak akan keseorangan kerana Allah sentiasa bersama kita. Biarlah kita rasa kecewa sedikit dengan dunia yang sementara ini, kerana diakhirat nanti nikmat kehidupan disana adalah kekal. Tiada sesiapun yang boleh menghalang kebahagiaan kita kecuali Allah SWT.

Hati kata redha.

Berdasarkan pengalaman hidup, saya banyak menghadapi situasi-situasi yang kadang-kadang rasa ketidakadilan pada diri saya. Saya juga pernah berhadapan dengan keadaan yang menyedihkan, saat-saat yang mencemaskan tetapi apabila saya mengajar hati saya berkata "Ya Allah, aku redha dengan segala takdirku", dan ketika itu segala rasa yang mencengkam didada hilang seperti air yang mengalir tenang.

Ketika itu tiada raungan dan esakan, hanya linangan air mata mengalir "redha" tanda kita serahkan segalanya kepada Allah SWT. Secara langsung kita tahu Allah menyayangi dan mengawal hati kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar.
Oleh itu, jagalah hati, kerana siapa kita adalah bergantung bagaimana kita mendidik hati untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT.

"Tiada Allah dalam hati, kehidupan kita tiada makna".

Artikel from iluvislam


Thursday, September 6, 2012

Purple memang sentiasa di hati

Salam

Rasa x sabar nak hias umah...Ish ble nak dapat kunci nie. Yang paling penting mau deco2 bersama Eric. Walaupun rumah persinggahan Acik Alyn tu nanti kecik molek aje namun bersyukur. Kecik2 macam tu tu pun dah harga melambung. Ce beli sekarang nie lagi la melambung-lambung dia pye harga.








13 bulan 23 hari

Salam

My lil Adam dah berusia 13 bulan 23 hari. Macam2 karenah nya. Sekarang sudah pandai jalan....suka hati ibu. Gigi pun dah banyak. 


Wednesday, September 5, 2012

Selalulah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang...


Eid 2012

Salam....

Ambik penyapu n bulu ayam sambil sapu2 apa yang patut. Fuh-fuh tiup2 habuk2 dan sawang2 yang ada nie. Ble mood berblogging ke laut, ginilah gayanya.  X pe baru sekarang ada mood nak citer pasal raya. Gambar x de byk sebab x cukup korum. Next year insayallah bergambo sakan kot. #harappanjangumur. Tahun nie, 3 orang aje yang beraya kat umah Lepar, 3 lagik kat umah mertua memasing.

Dari first raya sampai hari Ahad kemudiannya memang bz memasak. Ramai orang banyak pulak seleranya. Tahun nie ramai pulak tetamu yang datang ke rumah, jadi kena la merajinkan diri untuk memasak. Dari nasi hujan panas+ayam masak merah+acar, raya ke-2 buat beehun sup pulak atas request sebab x puas makan masa pergi umah Mak saya yang sorang lagi, raya ke-3 buat mee kari, raya ke-4 pulak buat soto, gigih memasing belajar buat bergedil. Menjadikn resipi akak korang nie kan. Lepas tu raya ke-5 buat laksa pulak. Raya ke-6 adik yang bongsu masak rendang BANGLADESH+ketupat palas, al-maklum la member beraya kat umah mak metua kat utara tanah air, maka ada ilmu baru la. Tahun depan boleh la letak jawatan sebagai tukang masak...he...he.


Tq banyak kat Kak L dan Ieja yang datang ke umah. Sori la kalau layanan x seberapa. Jangan serik nak datang lagik..ngeeee

First time jumpa baby Al-bukhari *betul ke ejaan nama nie?. Alahai comel gle. Putih selepuk. Geram rasa nak tubit2 pp dia.
 Bersama my mak yang sorang lagi.
 Me n anak buah yang banyak songeh.

 My adik yang no-3 ngan Muaz + Niyaz



 
TEMANKAN anak buah main bunga api. Yang mercun boom-boom dah abes dah. Tinggal lah bunga api. Tenganga2 Adam tengok ibu dia main bunga api. Ada jugak peristiwa yang berlaku...ha..ha. Tahun lepas pondok orkid mak terbakar di sebabkan oleh bunga api+mercun. Tahun nie pulak lantai kat umah pulak yang kene...habis. Kalau tanya anak buah sapa yang buat....terjerit2 cakap 'Cik Lyn yang buat'. Bunga api kan membosankan kalau main satu2, maka dengan rakusnya Acik Alyn ambik segenggam dan lepas tu bakar...apa lagi meletup kat situ. Cepat2 lepas dan larik sambil mendukung Adam...ha..ha. Apalagi hangus la lantai tu. Mintak maaf mak. Orang tua men bunga api, gitu lah gayanya.

Tahun nie gigih betul Acik Alyn menjahit baju melayu untuk Adam. Walaupun x berapa nak menjadi sangat OK la tu kan sayang. Tahun depan ibu jahit lagik yek. Hasil untuk first time tidaklah menghampakan.

Adik2 memasing bawak macam2 kuih raya maka hasilnya penuh meja. Al-hamdullilah masih lagi murah rezeki. Sampai hari nie ada lagi kuih raya tapi kuih raya hasil buatan sendiri dah lama abes dah. Buat biskut yang memang jadik feberet anak buah, cepat aje abesnya. Bukan main lagik cakap ngan mak...tahun depan nak buat la semua biskut raya. Tengok kat blogger masakan ada macam2 biskut. Seronok pulak tengok kalerful.

Tamat sudah cerita minggu pertama Eid Acik Alyn.

Nota betis;
-Menyeru mood bergambar macam dulu2 datang balik.....