Tuesday, August 28, 2012

My Adam

Adam Acik Alyn dah ada gigi dah....


Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini Acik Alyn ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Mintak maaf banyak-banyak di atas semua salah dan silap samaada yang sengaja*****ngeeee atau secara tidak sengaja.





Semoga ketemu lagi di kesempatan yang mendatang :)


Saya dan Fareeda Nyata Jelita aka FNJ

Salam

Masih berada kat office untuk hari terakhir ini. Rasa nak balik awal...agak2 bleh x? Ala umah mak sekangkang kera aje dari office, sibuk jugak nak balik awal..he..he.

Alhamdullilah setelah peristiwa barang-barang persiapan untuk menyambut hari raya habis dicopet oleh si pencuri, semalam sudah menyettlekan aka sopink semula beli barang2 untuk sambut raya.Syukur ke hadrat Allah kerana masih lagi murah rezeki. X pe lepas raya nanti nak meng'QADA' sopink semula khasnya tentang tudung FAREEDA tu. X pe la tahun nie x de rezeki nak beraya dengan tudung FAREEDA seperti tahun2 sebelumnya...hu...hu. X pe redha aje dan mendoakan si pencuri tu mendapat keredhaan dari Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Panjang tau Acik Alyn beratur nak dapatkan tudung fareeda itu. Tahun nie tudung fareeda begitu glamer sehinggakan kene beratur panjang. Tahun lepas x macam nie pun.

Hanya tinggal kenangan. Buat pejam mata dan buat lupa-lupa ingatan...ha..ha #padahaldalamhatiTuhansajayangtahu. Teringat kata my officemate 'kak depan Terminal banyak tudung yang macam Fareeda tu jual. Harga pun murah aje.' Bukan nak berlagak ke apa ke...Acik Alyn memang x minat kalau tudung yang jual ala2 Fareeda tu. Acik ALyn kenal Fareeda yang ori ngan yang x ori. Entah la x berkenan sungguh dengan tudung yang ala-ala Fareeda tu. Entah la kenapa....Acik Alyn memang dari dulu lagi memang dah membeli tudung fareeda nie. Memang la mahal 'sikit' tapi Acik Alyn rasa berbaloi aje.


 






Tadi pun masa tengah tengok tenet 'We luv Fareeda'....officemate tu datang kat Acik Alyn n cakap 'kenapa layer dia banyak sangat ek n warna warni yek. Tak minat saya......Acik Alyn senyum aje, padahal dalam hati Acik Alyn berkata-kata 'x suka sudah la yang penting aku suke...

Nanti lah Acik Alyn ambik gambar ngan koleksi baru pulak ek.

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, August 14, 2012

Aku redha....



Thursday, August 9, 2012

Khamis dah

Salam

Dah 20 hari dah Ramadhan.


Mood kerja saya dah kelaut dah...meja pun dah clear. Walaupun x de mood nak balik kampung bagai tapi semangat nak raya ada dah nie...mood sopink lagi la membara..he..he


Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday again


Wordless Wednesday


Tuesday, August 7, 2012

Tidak akan berhenti......


Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…
Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. 

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting. 

Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”
Saudara/i, pembaca… maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘menguruskan’ diri sendiri, aku kehilangan daya untuk terus berkongsi. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah sunnatullah dalam perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.
Namun, mana mungkin kita lari daripada tanggung jawab dan peranan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman… 

From-----GENTA RASA

Cinta hati ibu

Salam

Hari nie dah 18 Ramadhan. Sekejap sangat.....huwaaa baju raya x siap jahit lagi. Sekarang sedang dalam proses menjahit baju melayu si cinta hati nie. Malas la nak beli sebab mesti susah cari kale' yang matching ngan baju ibu kan sayang. 

My lil sekarang nie makin lasak dah. Gigi dah tumbuh 3 batang, 2 kat atas dan 1 kat bawah. Pagi2 dah bangun...tido malam lambat dan bangun pagi awal sgt2. Pas tu selalu nak nangis nak ikut ibu pergi kerja. Ada hari tu siap guling2 kat lantai sebab nak ikut ibu pergi keje...alahai anak ibu nie. 

Semoga menjadi anak ibu yang soleh ya sayang. Luv u.


Nota Betis:
Next week nak g KL. Nak sopink. Dah macam2 plan kat kepala nie nak pergi mana...Yang pasti nak pergi GM Plaza Klang, JJ, Ampang Park n Fareeda Bangi. Semoga dapat la tudung raya......kalau tak de kale yang nak pakai bawal je la..

Friday, August 3, 2012

Mengapa kita mesti bersangka baik


Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;

Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.

Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.

Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?

Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.

Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 

Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.

Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."
"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."
"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."
"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."

Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.

Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.

Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.

Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

source from http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4846-mengapa-mesti-bersangka-baik.html

Thursday, August 2, 2012

Coleteh Khamis

Salam

Acik Alyn sangat menghargai saat bergembiraan Acik Alyn.

 If you wait too long for the perfect moment. the perfect moment will pass you by...........


Nota Betis:
Sudah 13 Ramadhan. Persiapan raya belum ada lagi.....nak sopink baju raya si kenit tu...


Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday