Tuesday, July 31, 2012

Kecuaian sesaat

Salam 11 Ramadhan


Tamat sudah kursus Kesedaran ISO tengahari tadi....suke sebab kursus dah cukup 7 hari. Lepas nie dah tak payah nak susah2 fikir nak pergi kursus lagi.


Nak citer sikit nie masa pergi menghantar menantu kat Hulu Langat hari tu. Berlaku kemalangan. Syukur al-hamdullilah sebab x de apa2 pun yang terjadi kat kami orang melainkan kereta sahaja yang mengalami kerosakan. My kazen yang bawak kete....dia boleh tertido. Geram betul Acik Alyn. Masa pergi Acik Alyn yang bawak kereta, masa balik x bawak sebab Adam ngamuk sikit. Dah la kete my abah lak tu. Bengang jugak sebenarnya...iyala alasannya ngantuk. X kira la bawak kereta auto ke manual ke kalau drive sambil pejam mata memang la.....Dah la langgar kereta orang. Rasanya kalau x de kereta orang tu may be entah ke mana la kitaorang nie. Sebelum kejadian tu bukan main lagik bawak kereta secara laju2 di dalam hujan..ingatkan dia OK la. Kalau mengantuk tu bagitau je la mengantuk...bukannya x de orang lain yang boleh drive dalam kete tu.


Bayangkanlah 2 minggu my abah x de kereta......Susah tu disebabkan kecuaian yang sesaat maka terjadilah perkara yang tidak diingini. Kesimpulannya MENYUSAHKAN.



Monday, July 30, 2012

ermmmmmm........


Isnin 10 Ramadhan

Salam hari Isnin dan hari nie dah 10 Ramadhan. Lagu raya pun dah berkumandang kat radio....dah x rasa dah nak rush2 balik kampung macam tahun-tahun yang sebelumnya sebab dah already kat kampung. Tapi x kira nak cuti seminggu jugak cuti raya.


Pada 14 Julai yang lepas genap sudah umur my lil setahun. Semoga Adam akan menjadi anak yang soleh. Amin. Ibu sentiasa sayangkan Adam sampai bila2. 


Hari ni Acik Alyn ada kursus Kesedaran ISO. 2 hari ngan esok....selamat menahan mata dari tertutup lah. Dari dulu lagi inilah kursus yang errrrmmmmmm begitu mengoda bijik mata. Semoga success lah untuk 2 hari nie.

Friday, July 27, 2012

menyeru semangat yang ada

Salam

Dah seminggu dah puasa....Sekejap aje rasanya. Mood berblog berkurang yang amat sangat bila pose nie. Tengah nak menyeru kembali mood berblogging nie.Any way selamat berhujung minggu. Insayallah minggu depan kembali berblog...


Monday, July 23, 2012

Tangani stress

  1. Senyum. Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang-sorang ye tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda…Cubalah…
  2. Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
  3. Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
  4. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah ye.
  5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.
  6. Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
  7. Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerana minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
  8. Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.
  9. Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat.
  10. Ceria.  Janganlah dibebankan fikiran kita dengan apa yang ada di sekeliling kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Nikmatilah hidup hari ini sebaik mungkin.                                                                                     

Friday, July 20, 2012

Selamat menyambut 1 Ramadhan

Salam Hari Jumaat

Esok akan bermulalah 1 Ramadhan. Di kesempatan ini Acik Alyn ingin mengucapkan Selamat Berpuasa. Mintak maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang pernah Acik Alyn buat sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja...


Thursday, July 19, 2012

Dah tamat dah pun

Salam


Al-hamdullilah semalam dah tamat dah kursus kat Intan, Kemaman. Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu maka Khamis dah start kerja balik. Banyak juga ilmu yang bertambah. Orang gomen kena la cukupkan kursus 7 hari.....x cukup lagi nie. Mana nak cekau. Dulu masa kat Serdang bisa aje di adjustkan mana yang x cukup...Kat sini entah la. Harap-harap cukup la 7 hari tahun nie. Ada masa lagi 5 bulan.....


Geng semeja bulat@INTIM, Kemaman. Nice 2 meet u all. Semoga ada rezeki ketemu kita lagi nanti. (3 Pahang, 3 Kelantan dan 2 Kedah)

Nota Betis:
-X sangka sangat2.
-Fizikal luaran tidak mencerminkan hati yang berada di dalam. Apa guna fizikal thumb up tapi bab hati out of service. Kesian kat kawan2. Berdoalah.
-Jadilah orang yang ada hati dan perasaan terhadap orang lain.....

Tuesday, July 17, 2012

rehat, rehat, rehat dari kerja aje

berada di sini sampai  dari Ahad hari tu sampai besok....


INTAN KEMAMAN...Pic from pcik google

Thursday, July 12, 2012

Saya sayang kamu ketat2

Salam
Tajuk entry hari nie macam tajuk novel la plak 'sayang cikgu ketat2'...Sebenarnya dah banyak hari dah my sony nie x berfungsi. Acik Alyn sayang sangat ngan my Encik Sony nie. Banyak sentimental value. Bersungguh-sungguh Acik Alyn nie ngan my Encik Sony....siap beli bateri baru. Walaupun dah ada Encik Samsung namun my encik Sony tetap di hati. Sembuhlah cepat kamu wahai my Encik Sony...
 

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday


Sunday, July 8, 2012

Adam saya dah besar...

Salam dan selamat berhujung minggu. Kalau hari-hari cam nie kan beh #mungkintidakakanjadikkenyataan.
Hari minggu nie best sangat..boleh bermalas-malasan, boleh bergolek-golekkan. Like sesangat lorrr!!!!


Adam Acik Alyn dah NAK besar. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru sangat lagi memegang dia sebagai baby. Terima kasih anak ibu kerana membahagiakan ibu, menerangi hari-hari gelap ibu dan sentiasa membuat ibu tersenyum dengan gelagatmu.


Walaupun ibu penat dukung Adam sebab x moo duduk kat stroller yang ibu beli....ibu sanggup lagi sambil menyopink. Ibu suka sangat nyakat Adam. Ibu men nyorok2 kat langsir ngan Adam..he...he. 
Ibu sayang Adam forever.....

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Anak ibu dah BESAR dah.....

Saturday, July 7, 2012

positive je

Salam


Walau apa pun yang TELAH dan AKAN terjadi, anggaplah itu semua dugaan hidup sahaja. Sentiasalah bersikap positif untuk menerima kerana sesungguhnya itu semua akan menjadi indah, indah dan indah belaka.

Sesuatu yang di impikan tidak selalu menjadi kenyatan,
Tetapi apa yang diduga selalu berlaku dengan tiba²,
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti selama²nya,Kerana, hari esok masih misteri untuk kita.. :)-from facebook

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tanda bahagia saya.......wink..wink

Friday, July 6, 2012

Sayang kamoooo ♥

Terima kasih sebab buat saya .....................


Anak buah sudah selamat

Salam hari Jumaat....


Minggu lepas Acik Alyn dapat anak buah baru. Selamat Pengantin baru buat Ayu dan Fauzi. Acik Alyn doakan semoga sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat. Buat Ayu selamat menjadi isteri orang.


Thursday, July 5, 2012

Cute+Comel

Sukanya tengok pasangan nie, Irma & Redza.....sungguh comel, sungguh cute.....






Lega dah

Salam........
Lama dah x bersiaran. Lega rasanya sebab dah lepas ngan exam. Hopefully 'lulus dengan jayanya'. Sudah membuat dengan sehabis yang mungkin. Tapi syukran sangat-sangat kerana apa yang dibaca *baca ke? kuar semuanya. Bukannya apa, x nak la sia-sia menulis 2-3 jam tapi x lulus...hu..hu. Berkat study past year paper. TQ Amie coz bagi copy past year paper tu. Lagipun pengalaman tahun lepas jadikan pedoman. Tahun lepas x bawak buku yang update masa exam.


Ada jugak yang x behnya. Oleh kerana memohon exam sebelum posting ke 'daerah ini'...maka examnya di Sapura. Fuh punya la seksa parking. Turun berat badan berkilo2 sebab kene berjalan jauh n membawa buku yang bapak tebalnya menuju ke tempat exam...hu...hu. 



#3harikatPuchongrindusamainibudak