Tuesday, June 12, 2012

Senyum saja lah

Kerja semakin dibuat semakin bertambah...hu..hu. Namun buat kerja secara laju-laju. Baru la terpikir memang keje under KKM nie banyak sangat perkara yang ada 'TARIKH TUTUP'. Patut la dulu masa kat HSDG, member kat servis terkejar2 nak hantar surat n bagitau hari nie tarikh tutup. Tapi Acik Aln tetap datang n balik keje sharp time. Nan hado la nak stay back samaada hari2 ataupun weekend. X kuasa la. Time lepas pukul 5.00 dan cuti hanyalah time untuk family...he..he.


Semakin lama kat sini, semakin banyak yang dipelajari. Bukan lah nak jadik perfect sangat pun, sebab sedar diri ini masih x mampu namun cukup lah buat kerja kerana Allah SWT.


Cuti sekolah dah pun berakhir. Budak debab dah pun dihantar semula ke pangkuan ibu dia kat Segamat. Rindu jugak kat budak debab tocang tu....sebab nya Acik Alyn kan suka ngusik dia. Terngiang2 kat tinge nie dia panggil Acik Alyn ......ayen...ayen...ayen. Petang2 bawak dia jalan keliling umah sambil dukung my lil Adam. Terkedek2 la budak debab tu sambil  sebut ayam...ayam..kok...kok. Miss all. Senyum la sokmo.

Jalan kat Teluk Chempedak masa cuti sekolah hari tu. Ramai sungguh manusia....sampaikan parking kat tepi jalan tu semua penuh. Sedap sungguh MPK menyaman :(. Nasib baik x kene.

Nota betis:
Setiap kali ada masaalah yg terlalu banyak, henti sekejap dan mula fikir benda yg kita boleh bersyukur. lihat bagaimana hidup berubah-Prof Muhaya
Post a Comment