Thursday, May 31, 2012

Restoran Ubi Kayu, Subang Jaya

Restoran Ubi Kayu kat Subang Jaya nie merupakan salah satu my peberet tempat makan untuk breakfast. Banyak pilihan....macam2 ada. Paling Acik Alyn suka kat sini ialah dia punya Nasi Dagang,  memang best. Pas tu kalau kuih-muih tu memang banyak la kat sini. Walaupun harga dia mahal sikit tapi best. Kalau nak pergi tu, kene p awal-awal, kalau lambat confirm x de tempat duduk. Memang ramai orang yang breakfast kat sini.


My peberet....Nasi Dagang
Restoran ni punya trademark...Ubi kayu+gula perang+kelapa....fuh memang besh. Rasa cam zaman dulu2 pulak makan ubi kayu.

Baca sampai ke noktah yang terakhir

Pengalaman sungguh minggu nie.....dan akan jadikan ia satu pengajaran. Belajarlah dari kesilapan. Ceritanya cam nie, minggu lepas kat meja ada macam2 surat, ada surat KUP jawatan lah, anjakan gaji lah dan macam2 lagi surat. 

Acik Alyn nie biasanya akan baca surat muka hadapan aje n pas tu cek nama staff yang terlibat. Bayangkanlah boleh x tertengok tarikh tutup untuk KUP jawatan tu...apalagi mengelabah la. Maklum la sekarang nie musim orang bercuti2an. Nasib baik sempat proses untuk diaorang. Lepas nie kene alert lebih2 bila baca surat, kene baca dari mula sampai ke titik yang terakhir. 

photo from google
 
Belajarlah dari kesilapan.................

Wednesday, May 30, 2012

FULL

Hujung minggu lepas Acik Alyn ke KL....ari Isnin cuti sebab nak ambik original SNP kat pejabat lawyer. Kalau dah ke sana, macam2 la nak buat. First bertolak dari Kuantan hari Ahad pepagi hari sampai kat Puchong dalam tengahari. Lunch tu ada orang banje makan kat Mydin Mall USJ. TQ pas tu lain x banje lagik ek. Memang penuh aktiviti la..pas tu g hantar adik ipar nak balik Sabah kat LCCT.


Niat di hati memang nak g bazaar kat Subang Parade. Nak beli anak tudung yang Jannah jual sebab dah selesa sangat dengan hasil kerja tangan dia. Like sangat sebab hajat tercapai.

Pas tu malam p mamam kat mamak. Dapat pekena teh ais yang kaw....fuh memang beh la. Kat Kuantan nie, tak tau la mamak mana yang best. Lagipun Acik Alyn nie kalau nak mamam kat Mamak kene tengok jugak. Tak sume redah beb!!! Ada jugak bab2 yang geli2...ha...ha

Isnin tu bila dah settle urusan kat pejabat lawyer, g sopink kat Jalan TAR. Lepas la beli baju raya n kain baju melayu untuk my lil. Beli 2 pasang kain...hajat di hati nak jahit baju melayu raya untuk my lil. Kale cam biasa la kale pepel....Dapat jugak mamam the best kebab in town walau pun terpaksa Q secara panjang2....Pas selesai sume, balik Kuantan...TAMAT




Double Wordless Wednesday


Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, May 22, 2012

simple n hard

Al-hamdullilah dah selamat berbuka pose tadi. Tingin nak makan puding roti maka beli bahan n buat sendiri...simple je sebenarnya. TQ for my lovely friend Amie yg bagi resipi. Selalu kalau kat Sepital x de maknanya la nak wat sendiri. Selalu  suh Amie aje yang buat kan.
Acik Alyn kecik hati sikit tau pasal kerja. Bukannya ape....Acik Alyn kan dah siap buat sume keje2 Acik Alyn. Bagi Acik Alyn kalau banyak keje tu, selesaikan dulu sedaya upaya tambahan pulak yang melibatkan gaji2 orang nie. Bab gaji nie memang sensentap sikit tau. Kalau mulut cakap banyak keje tapi x de usaha yang KUAT untuk menghabiskannya...macam mana. Harap2 tak de la orang yang membanding2kan Acik Alyn dengan orang lain pasal cara buat kerja. Ada la orang tu cakap yang orang yang di bawah jagaan dia susah sikit sebab kene kira elaun kritikal sedangkan orang2 yang Acik Alyn jaga senang2 aje. Please la tengok cara Acik Alyn kerja. Acik Alyn akan cuba selesaikan dalam masa 8 jam Acik Alyn kerja tu mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Acik Alyn nie bukannya orang yang over rajin nak OT2 nie ataupun nak datang Sabtu Ahad semata2 nak selesaikan kerja2 yang tertunggak.
Kita rancang la apa yang nak kita buat. Satu lagi Acik Alyn x suka nak susahkan orang lain...contohnya macam cari fail. Tak kan la nak tunggu jugak orang carikan, baru kerja kita nak jalan. Kan dah membazirkan masa tu. Acik Alyn dah plan tau kerja2 apa yang Acik Alyn nak buat esok hari. Mana yang penting tu kita dahulukan lah...pandai2 la adjust masa. Kalau menyembang aje lebih, memang la keje x siap. Pas tu siap cakap macam2 lagik...hu..hu x suka betul. Bukannya x suka orang tapi x suka cara kerja mereka la. Harap2 diaorang x baca la blog Acik Alyn nie...kalau tak, x sedap la pulak. Kene jugak jaga hati kawan2.
Acik Alyn nie bukannya perfect pun. Banyak lagi yang kene belajar. Baru 3 bulan buat perkara yang lain dari apa yang dah Acik Alyn buat selama 10 tahun nie. Sepatutnya Acik Alyn  yang nak belajar dari korang tapi situasi dah terbalik la pulak. Korang pulak yang tanya Acik Alyn. Kalau dah buat kerja yang sama bertahun2, takkan la nak tanya kat orang yang baru buat benda alah tu yang baru 3 bulan. Tapi Acik Alyn redha aje....Kawan2 kan tahu Acik Alyn buat kerja macam mana.
Walaupun Acik Alyn berfacebook dan berblogwalking time keje KANTOI wei tapi itu hanya mengisi masa2 yang terlalu boring dan otak nie dah x leh nak berfungsi..he...he. Sambil2, pepandai la adjust kan janji keje settle on time. Sekarang nie tengah belajar tentang bab pangku memangku.

Nota Betis:
Ujian datang untuk mengingatkan... 
Tuhan melontar kita dengan batu-batu kecil (ujian), tetapi sekiranya kita masih alpa, Tuhan mula melontar kita dengan batu-batu besar. Jangan sampai dilontar dengan batu bata... untuk tersedar dari alpa. Dengarlah bisikan, jika tidak kita terpaksa mendengar jeritan!-Ustaz Pahrol 
Mengalah kepada kebenaran itulah kemenangan yang sebenarnya.

Adam@10 bulan




Monday, May 21, 2012

My lovely Monday

Al-hamdulillah selesai sudah membuat semua pelarasan dan kenaikan gaji orang..fuh lega rasanya tapi banyak lagi yang lain. X pe buat slow2 sambil banyak lagik benda alah yang kena belajar. Semoga akan dipermudahkan segala-galanya.

SNP rumah dah siap dah. Bila la akan dapat kunci nie...x sabar dah nak deco2 bersama eric. Paling penting mau cat umah 'sendiri' tu ngan my peberet kale apalagi warna pepel la. Nasib baik kitchen cabinet n aircond dah tak payah fikir2 nak buat. Dah ada dah. Harap dapat cepat la... Iya la sampai bila nak menyewa kan sekurang-kurangnya ada jugak harta sendiri. Aset yang penting tu...AL-hamdullilah la depan umah tu nanti akan dibina stesen LRT. Sekarang nie pun dah dalam pembinaan. Harga properties kat situ dah naik mendadak. Nasib baik hari tu Acik Alyn cepat booking kalau x mancanak la harga kat situ. Orang sume tanya aikkk dah posting balik Kuantan tapi beli umah kat Puchong....Perancangan masa hadapan, mana tau dah boring2 doq kat Kuantan kita posting pulak ke KL.....he..he


Mendengar cerita hati seorang teman, bersyukur sgt kerana dapat hidup di kalangan family yang thumb up. Sentiasa disisi, sama2 berlari dan sama2 jatuh. Sememangnya dugaan di antara kita x sama dan terpulang kepada kita untuk menanganinya. Anggaplah dugaan yang dihadapi sebagai kekuatan untuk menghadapi masa hadapan. Yakinlah Allah akan sentiasa bersama kita.

Esok bersamaan dengan 1 Rejab. Niat di hati nak berpuasa. Insayallah.....

Nota Betis:
-Penuh xtiviti hujung minggu di bulan Jun....

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, May 15, 2012

Cerita Sabtu yang 'hot'

Sabtu yang lalu, Acik telah menjoinkan diri dengan family pengantin lelaki menghantar pengantin ke Beserah. Ala x jauh mana pun tapi kan ....cuaca masaayallah amat2 panas. Berpeluh2 Acik Alyn. Nasib baik la my lil tak meragam....kalau meragam satu hal la pulak. Balik dari rumah pengantin tu, terus beli ikan segar, kepok lekor dan beli mee calong.

 c..my tudung...basah lecun dek peluh
 Selamat Pengantin baru Wan n Ana
 My luv...Adam

Nota Betis:
-Ada orang nak p sopink kat China..agak2 nak kirim ape ek. Masa orang tu pergi dulu siap belikan purse untuk kita FOC, takkan kali nie nak oder by air liur aje ye..he...he

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Mak

Selamat hari mak untuk mak2, ibu2, mama2, ummi2 dan sebagainya di seluruh sentero alam...special untuk my mak Aishah binti Hanil n Rokiah binti Zam-Zam. Saya mak sgt2 sampai bila2.


TQ Allah ♥

Sometimes, when you give up on someone, it’s not because you don’t care anymore, but because you realize they don’t.

At times u may think everything is going wrong. Yet u dont realize it. Allah is setting everything right. TQ Allah ♥

Thursday, May 10, 2012

Khamis



Yang membuat kita kuat adalah doa...
Yang membuat kita dewasa adalah masalah...
Yang membuat kita maju adalah usaha keras...
Yang membuat kita hancur adalah putus asa...
Yang membuat kita semangat adalah harapan & impian...

Wednesday, May 9, 2012

Family Trip-Last

Sebenarnya malas nak mengarang sesangat. Tengok gambor je la..












TAMMAT SUDAH

Tuesday, May 8, 2012

Family Trip-3

Share gambar je ek