Thursday, April 5, 2012

Luahan hati

Tajuk x leh nak blah ek. Acik Alyn suka membaca Facebook Puan Suzana Ghazali yang merupakan seorang peguam. Kalau membaca apa yang beliau kongsikan kat wall dia amat memberi erti. Sekurang2nya kita boleh memperbaiki diri kita lagi. 

Sesungguhnya banyak benar apa yang beliau kongsikan mengusik hati ini. Nasib kita tak sama kan. Setiap orang kat dunia nie ada ujian yang Allah berikan. Terpulang kepada kita untuk menanganinya. Sebenarnya apa yang kita buat tu akan dapat balik kat kita. Mungkin kita alpa dan x sedar pun benda tu terjadi kat kita kan.

Setiap individu inginkan yg terbaik. Namun, pilihan perlu dibuat sebelum sah ikatan suami isteri. Bila perkahwinan wujud, menjadi kewajipan setiap individu (suami atau isteri) untuk terima pasangan seadanya bermaksud usaha terima dirinya, kerjaya malah kelurganya seperti sedia ada selagi semua itu tak bercanggah dengan syarak. Jika ada sikap yg menyalahi syariat apatah lagi yg sedia dimaklumi tika pilihan dibuat, usahakan sedaya upaya untuk sama2 berubah dan mengubah. Berikan masa dan peluang. Bukan senang nak berubah bila sesuatu itu menjadi amalan sekian lama. Tak susah juga untuk berubah jika individu itu benar2 berkehendak. Setiap individu punya kelebihan malah turut punyai kelemahan. Kelebihan yg dimiliki gunakanlah untuk menampung kelemahan pasangan kerana sememangnya pasangan itu ertinya sama2 menyempurnakan!!
  Betapa uniknya kejadian hati ciptaan Ilahi. Biar berkali-kali disakiti dan dilukai, masih mampu untuk terus mencintai dan mengasihi; masih mampu untuk memaafkan dan memberi peluang. Bersyukurlah jika punyai hati sebegini! Cuma perlu bezakan antara toleransi dan dibuli, antara redha dan pasrah, antara memberi peluang kepada orang malah peluang kepada diri sendiri. Sebagai manusia, kita bukan saja punya tanggungjawab untuk membahagiakan orang lain tetapi juga punya hak untuk membahagiakan diri kita sendiri!!
Like betul kedua-dua statement nie. Mudah saja nak berubah kalau kita benar2 nak berubah. Tetapi jika kat mulut aje kata nak berubah tapi kat hati x de pun niat nak berubah, lupakan sahaja la niat nak berubah tu. Niat dan perbuatan mestilah seiring. Entah la manusia nie rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Semua orang mempunyai hak untuk bahagia. X kisah bahagia dari segi mana terpulanglah. Kalau dia bahagia bila dia baca novel atau sopinx jadi teruskanlah. 
Tapi janganlah mengambil kesempatan di atas apa yang telah orang lain berikan kepada kita. Mungkin dia berniat nak memberi ruang dan peluang, maka janganlah sia-siakan ia. Mana tahu mungkin orang itu memberi kita sekali sahaja peluang, maka rebutlah peluang yang diberikan itu. Buatlah sesuatu sebelum terlambat. Andainya peluang itu sudah tertutup maka nanti anda akan melopong. Allah Maha Mengetahui segala2nya samada yang tersurat, tersirat dan apa jua yang ada di dalam hati kita.
Tadahlah tangan berdoa tanda kesyukuran sekiranya kita masih diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat atas dosa-dosa lalu. Tapi kita kene juga berusaha untuk mengubah semuanya. Pertolongan Allah itu dekat sebenarnya. Benarlah doa itu merupakan senjata bagi orang-orang muslim. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukanlah syurga yang dicari, nikmat didunia nie sekejap je pun.
Sejauh mana kita mampu nak melangkah di dalam dunia ini......Ku sentiasa berdoa agar di setiap langkah ini Allah akan merahmati. Banyak sungguh kekhilafan diri yang perlu diperbaiki. Aku berusaha untuk mencari keredaanMu ya Allah. Lembutkan hatiku Ya Allah untuk sentiasa dekat denganMu.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."(surah Al-Baqarah:186)
 "dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."(surah An-Nahl:19)
 
Post a Comment