Thursday, April 5, 2012

Khamis ku

Sudah lama rasanya tidak menulis. Banyak cerita cerita tapi entahlah mood untuk menulis tu ke laut sikit. Acik Alyn memang suka menulis kat blog. Blog nie ibarat macam diari harian la....Blog kita ikut suka hati kita la nak tulis apa kan...Macam Acik Alyn suka menulis tentang hidup Acik Alyn. Sekurang-kurangnya nanti tua-tua boleh jugak senyum  tengok blog sendiri kan. Satu lagi Acik Alyn suka isi gambar Acik Alyn.....boleh la kita tengok tahap ke'TUA'an diri kita tu dari hari ke hari.

-orang kata muka Acik Alyn dari dulu sampai sekarang x berubah...still macam tu jugak-like lorrr statement tu tau. Terasa muda sentiasa.

Keje kat office banyak la pulak sekarang nie....Aduh adakah kene stay back kat office atau nak datang Sabtu/Ahad. Acik Alyn nie adalah orang x suka nak buat OT2 nie sejak dari mula kerja lagik. Kalau kerja tu boleh disiapkan dalam jangka masa 8 jam waktu pejabat, buatlah sebaiknya. Kekadang pelik tengok orang lain, time waktu pejabat merayau2 tapi luar waktu pejabat buat OT pulak. Bagi Acik Alyn istilah OT nie hanyalah untuk kerja-kerja office yang kita telah sedaya upaya buat dalam waktu office tapi x mampu nak habiskannya. Pas tu sibuk2 nak claim OT pulak.

Busy sekarang nie tgh nak membuat gaji SSM baru staff...kene buat Kew.8 yang kenaikan 13% tu. Banyak jugak tu kan.Tak pe belajar pelan-pelan.

Nota Betis:
- Menunggu keputusan yang x pasti.
Post a Comment