Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, April 24, 2012

Nak jadik orang yang baik2 aje :)

Jika hati ini seputih awan
biarlah ia bergerak dengan keikhlasan


Jika hati ini setenang lautan
mengalirlah ia dengan kejujuran

Jika hati ini seindah pelangi
warnakanlah ia dengan kebahagiaan

Jika hati ini sehebat bulan
sinarkanlah ia dengan persahabatan

Jika hati ini dilukai
Sembuhkanlah ia dengan kemaafan



Nota Betis:
Orang kata
Orang yang sabar memang selalu menang
Orang yang tamak selalu rugi
Orang yang marah2 selalu kalah
dan orang yang baik2 memang selalu diuji.

Kegilaan ambo deh!!!!

Plan mau pegi...x kira nak pegi jugak.

Monday, April 23, 2012

Nasi Ayam Penyet

Acik Alyn nie merupakan peminat tegar Nasi Ayam Penyet. My peberet ayam penyet ialah kat Wong Solo. Fuh memang terangkat habis la. KatKuantan nie mana la ada Wong Solo tapi ari tu masa jalan-jalan kat MegaMall tertengok la ada satu restoran ayam penyet kat situ. Ayam Penyet AP...ok la tu dari tak de.

 Anak Ibu yang dah besar dah
 My mak


Nota betis:
-Hidup ini tidak seindah lukisan di mana kita bebas untuk melakar segalanya.
-My lil demam. Susah sangat hati ibu sayang.


New Look


Friday, April 20, 2012

UNTUK PANDUAN KITA SAMA2


Salam Jumaat,

Untuk panduan kita bersama..

 01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak  dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

-BANYAK PERKARA YANG PERLU DIPERBETULKAN. SEMOGA KITA SAMA-SAMA SENTIASA BEROLEH KERAHMATAN DAN HIDAYAH DARI ALLAH-

Salam Jumaat

Alahai malas sangat sekarang nie nak menulis...cerita ceriti banyak sgt nak update buat kenang2an di masa hadapan tapi tu la......Pergilah jauh2 sikap malas tu ek. Sekejap aje dah nak masuk Mei. Kalau dah masuk Mei tu usia confirm la bertambah...hu...hu, dah semakin kertu dah. 


Kekadang terasa ditusuk sembilu jugak apabila sesekali di duga dengan perkara yang tidak kita ingini, namun bersyukur kepada Allah kerana masih mampu untuk menghadapinya. Allah kan sentiasa berada di sisi kita.

Cuti bersama family pun dah selamat walaupun penat yang amat2. 

Thursday, April 19, 2012

Nasihat untuk diri sendiri :)

Nasihat itu perlu umpama air yang sentiasa mengalir agar memberi manfaat kepada manusia. Manusia itu perlu kepada peringatan kerana mereka sering lalai dan lupa...beruntunglah manusia yang mengambil iktibar daripada kesilapan diri sendiri untuk menjadi panduan buat hari esuk...atau hari muka..tetapi jangan salahkan kelmarin kerana kejadian hari ini, jangan salahkan esuk kerana esuk belum terjadi lagi...tetapi ambillah ia sebagai hikmah kerana hikmah takdir hari ini... kerana adanya kesilapan kelmarin yang sakit. Sementara hari esuk itu menjadi lebih indah kerana pengajaran hari ini yang unik. InsyaAllah

Friday, April 13, 2012

Geram

Budak kecik nie sekarang suka sangat buat ibu dia geram....rasa nak tubit2....Hari nie dah cukup umur budak kecik nie 9 bulan. Dah macam2 kerenah dia. Makan cukup kuat tapi x moo mamam sayur. Tunggu la nanti ibu paksa.





Amalan ketika anak tidur

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....
  • Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,
  • Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
  • Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
  • Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Thursday, April 12, 2012

Misi yang terlaksana

Terlaksana sudah misi Acik Alyn mahu mencari kasut baru...Dapat la beli 2 pasang kat Vincci. Cari yang leper2 aje senang nak g jalan.


Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday

Tuesday, April 10, 2012

My Selasa

Selamat hari Selasa. Bestnya esok cuti...Tapi kan sejak tukar kat sini, hati asyik gumbira aje. Tenang sesangat. Mungkin dah x tengok 'orang tu' kot. X sabar nak menunggu Jumaat nie. Ada trip ngan family. Ada orang banjer jadik on je la. Nanti mau photog banyak2. Gian sangat nak berphotog nie. 

Start Jumaat lepas, Acik Alyn dah menyarung kembali sport shoes. Dah lama sangat tak menyarungnya. Kat sini setiap petang Jumaat ada aktiviti. Minggu lepas ada aerobik, minggu nie may b ada poco-poco pulak. Harap2 dapat la turunkan berat badan nie ke berat badan impianku. 

Kita takkan tau keupayaan dan kelebihan kita selagi kita tak usaha lakukan setiap sesuatu itu dgn bersungguh2. Kita juga takkan sedar kelemahan kita kecuali selepas kita tak berupaya menghadapi sesuatu. TAPI... kelemahan bukan alasan untuk mencabar keupayaan dan mencipta kelebihan andai benar2 berkehendak kan!! (",)-from Puan Suzana Ghazali.

Monday, April 9, 2012

:(


La Takhaf Wa La Takhzan. Innallaha Ma'ana"
(Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati.
Sesungguhnya Allah ada bersama kita


Friday, April 6, 2012

:(

Ke kiri salah, ke kanan pun salah maka keputusannya adalah TAWAKKAL aje!!!!

Thursday, April 5, 2012

Luahan hati

Tajuk x leh nak blah ek. Acik Alyn suka membaca Facebook Puan Suzana Ghazali yang merupakan seorang peguam. Kalau membaca apa yang beliau kongsikan kat wall dia amat memberi erti. Sekurang2nya kita boleh memperbaiki diri kita lagi. 

Sesungguhnya banyak benar apa yang beliau kongsikan mengusik hati ini. Nasib kita tak sama kan. Setiap orang kat dunia nie ada ujian yang Allah berikan. Terpulang kepada kita untuk menanganinya. Sebenarnya apa yang kita buat tu akan dapat balik kat kita. Mungkin kita alpa dan x sedar pun benda tu terjadi kat kita kan.

Setiap individu inginkan yg terbaik. Namun, pilihan perlu dibuat sebelum sah ikatan suami isteri. Bila perkahwinan wujud, menjadi kewajipan setiap individu (suami atau isteri) untuk terima pasangan seadanya bermaksud usaha terima dirinya, kerjaya malah kelurganya seperti sedia ada selagi semua itu tak bercanggah dengan syarak. Jika ada sikap yg menyalahi syariat apatah lagi yg sedia dimaklumi tika pilihan dibuat, usahakan sedaya upaya untuk sama2 berubah dan mengubah. Berikan masa dan peluang. Bukan senang nak berubah bila sesuatu itu menjadi amalan sekian lama. Tak susah juga untuk berubah jika individu itu benar2 berkehendak. Setiap individu punya kelebihan malah turut punyai kelemahan. Kelebihan yg dimiliki gunakanlah untuk menampung kelemahan pasangan kerana sememangnya pasangan itu ertinya sama2 menyempurnakan!!
  Betapa uniknya kejadian hati ciptaan Ilahi. Biar berkali-kali disakiti dan dilukai, masih mampu untuk terus mencintai dan mengasihi; masih mampu untuk memaafkan dan memberi peluang. Bersyukurlah jika punyai hati sebegini! Cuma perlu bezakan antara toleransi dan dibuli, antara redha dan pasrah, antara memberi peluang kepada orang malah peluang kepada diri sendiri. Sebagai manusia, kita bukan saja punya tanggungjawab untuk membahagiakan orang lain tetapi juga punya hak untuk membahagiakan diri kita sendiri!!
Like betul kedua-dua statement nie. Mudah saja nak berubah kalau kita benar2 nak berubah. Tetapi jika kat mulut aje kata nak berubah tapi kat hati x de pun niat nak berubah, lupakan sahaja la niat nak berubah tu. Niat dan perbuatan mestilah seiring. Entah la manusia nie rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Semua orang mempunyai hak untuk bahagia. X kisah bahagia dari segi mana terpulanglah. Kalau dia bahagia bila dia baca novel atau sopinx jadi teruskanlah. 
Tapi janganlah mengambil kesempatan di atas apa yang telah orang lain berikan kepada kita. Mungkin dia berniat nak memberi ruang dan peluang, maka janganlah sia-siakan ia. Mana tahu mungkin orang itu memberi kita sekali sahaja peluang, maka rebutlah peluang yang diberikan itu. Buatlah sesuatu sebelum terlambat. Andainya peluang itu sudah tertutup maka nanti anda akan melopong. Allah Maha Mengetahui segala2nya samada yang tersurat, tersirat dan apa jua yang ada di dalam hati kita.
Tadahlah tangan berdoa tanda kesyukuran sekiranya kita masih diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat atas dosa-dosa lalu. Tapi kita kene juga berusaha untuk mengubah semuanya. Pertolongan Allah itu dekat sebenarnya. Benarlah doa itu merupakan senjata bagi orang-orang muslim. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukanlah syurga yang dicari, nikmat didunia nie sekejap je pun.
Sejauh mana kita mampu nak melangkah di dalam dunia ini......Ku sentiasa berdoa agar di setiap langkah ini Allah akan merahmati. Banyak sungguh kekhilafan diri yang perlu diperbaiki. Aku berusaha untuk mencari keredaanMu ya Allah. Lembutkan hatiku Ya Allah untuk sentiasa dekat denganMu.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."(surah Al-Baqarah:186)
 "dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."(surah An-Nahl:19)
 

Khamis ku

Sudah lama rasanya tidak menulis. Banyak cerita cerita tapi entahlah mood untuk menulis tu ke laut sikit. Acik Alyn memang suka menulis kat blog. Blog nie ibarat macam diari harian la....Blog kita ikut suka hati kita la nak tulis apa kan...Macam Acik Alyn suka menulis tentang hidup Acik Alyn. Sekurang-kurangnya nanti tua-tua boleh jugak senyum  tengok blog sendiri kan. Satu lagi Acik Alyn suka isi gambar Acik Alyn.....boleh la kita tengok tahap ke'TUA'an diri kita tu dari hari ke hari.

-orang kata muka Acik Alyn dari dulu sampai sekarang x berubah...still macam tu jugak-like lorrr statement tu tau. Terasa muda sentiasa.

Keje kat office banyak la pulak sekarang nie....Aduh adakah kene stay back kat office atau nak datang Sabtu/Ahad. Acik Alyn nie adalah orang x suka nak buat OT2 nie sejak dari mula kerja lagik. Kalau kerja tu boleh disiapkan dalam jangka masa 8 jam waktu pejabat, buatlah sebaiknya. Kekadang pelik tengok orang lain, time waktu pejabat merayau2 tapi luar waktu pejabat buat OT pulak. Bagi Acik Alyn istilah OT nie hanyalah untuk kerja-kerja office yang kita telah sedaya upaya buat dalam waktu office tapi x mampu nak habiskannya. Pas tu sibuk2 nak claim OT pulak.

Busy sekarang nie tgh nak membuat gaji SSM baru staff...kene buat Kew.8 yang kenaikan 13% tu. Banyak jugak tu kan.Tak pe belajar pelan-pelan.

Nota Betis:
- Menunggu keputusan yang x pasti.

Monday, April 2, 2012

;0

Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya. Semoga Allah akan merahmati setiap langkah kaki ini di bumi milik Allah ini. Amin