Saturday, March 31, 2012

Meh baca Pekeliling pulak

Sebagai penjawat awam ini adalah Pekeliling yang amat dinanti2kan...bukannyer pe sekarang sudah buat servis jadik pengetahuan tu kene tambah lagi, al-maklumlah nanti orang tanyer senang aje nak jawab...kan...kan. Pekeling 1/2012 mengenai Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia....dan JPA sudah buat cara untuk pengiraan pemindahan gaji. Senang sangat cuma masukkan gaji kita pada 31 Disember 2011 dan sistem akan kira automatik. Macam Acik Alyn yang kuli2 nie ok la....pas tu kenaikan gaji tahunan pun diaorang dah bagi siap2. 


Ingatkan dapat kenaikan gaji bulan Januari, akan dikira 13% jugak, rupa2nya tidak....Kenaikan gaji 13% tu dikira berdasarkan gaji pegawai pada 31 Disember 2011 ek. Jangan la nak berangan macam Acik Alyn nie. Walau apa pun, syukur al-hamdullilah. Cola bagi kawasan C pun dah bertambah 50 hengget lagi dan akan dibayar mulai 1 April 2012. Gaji pun akan dapat tunggakan jugak bulan depan. Jangan lupa untuk menyimpan yek.


Post a Comment