Saturday, March 31, 2012

Meh baca Pekeliling pulak

Sebagai penjawat awam ini adalah Pekeliling yang amat dinanti2kan...bukannyer pe sekarang sudah buat servis jadik pengetahuan tu kene tambah lagi, al-maklumlah nanti orang tanyer senang aje nak jawab...kan...kan. Pekeling 1/2012 mengenai Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia....dan JPA sudah buat cara untuk pengiraan pemindahan gaji. Senang sangat cuma masukkan gaji kita pada 31 Disember 2011 dan sistem akan kira automatik. Macam Acik Alyn yang kuli2 nie ok la....pas tu kenaikan gaji tahunan pun diaorang dah bagi siap2. 


Ingatkan dapat kenaikan gaji bulan Januari, akan dikira 13% jugak, rupa2nya tidak....Kenaikan gaji 13% tu dikira berdasarkan gaji pegawai pada 31 Disember 2011 ek. Jangan la nak berangan macam Acik Alyn nie. Walau apa pun, syukur al-hamdullilah. Cola bagi kawasan C pun dah bertambah 50 hengget lagi dan akan dibayar mulai 1 April 2012. Gaji pun akan dapat tunggakan jugak bulan depan. Jangan lupa untuk menyimpan yek.


Friday, March 30, 2012

Berdua denganmu

Minggu lepas menghabiskan masa berdua-duaan dengan my lil. Acik Alyn bawak dia pergi jalan2....kesudahannya dia nak berdukung aje, dia x moo duduk dalam stroller. Tu la kalau mood dya KO...


Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday

Acik Alyn sudah naik kg balik....hu...hu...hu.  Kene diet balik nie mamam biskut hup seng+milo kosong.

Tuesday, March 27, 2012

Kereta baru

Hari tu g jalan2 ngan budak kecik tu...apalagi ibu dia sudah belikan dia kereta baru. Walaupun kaki tak berapa nak sampai tapi si anak tetap gigih jugak. Ibu la yang kena jadik tukang tolak. Siap ibu belikan si kecik belon angry bird lagi...ngeeeee

:
:
:
:
:
:
:

Sunday, March 25, 2012

Selamat cuti2 di hari Ahad



Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu. Amin.

-Selamat hari Ahad-




Saturday, March 24, 2012

i ♥ Daiso

Rasa nak sopinx kat tempat nie la...semua barangnya RM5.00 dan come'2 belako. Paling suke beli frame gambar kat Daiso. Kat Kuantan ada Daiso tak ek? Jap g nak g google ahhh. 
Dulu Acik Alyn suka p Daiso kat IOI Mall tu...tapi tu la kegilaan terhadap barang2 come' nie x dapat di bendung bila ke sana. Bila la nak hilang perangai yang ala-ala kebudak-budakan Acik Alyn nie ek, umur pun dah separa tua dah nie.

Friday, March 23, 2012

Ada orang kenakan sye :)

Stamp pada Acik Alyn semasa bertugas di HSDG. Oooooo jadik bahan kat korang ek.


:
:
:
:
:
:
:
:
 
Cerita di sebalik gambar di atas...


Pada suatu hari, stamp pad Acik Alyn hilang dan tidak dijumpai sampai ke sudah. Pas tu Acik Alyn ambik keputusan ambik yang baru dan tulis nama....Acik Alyn cme tulis Baiyah punyer!!! manakala tapi bleh pinjam tu entah siapa yang khianat Acik Alyn.


Sekurang2nya itu kenangan Acik Alyn masa kat sne...

Bukan baik pun

Kita tulis benda2 baik, x semestinya kita baik
tapi sekurang2nya kita tak tulis sesuatu yang xbaik kan?

Acik Alyn tau Acik Alyn nie pun bukannyer baik sangat pun 
tapi sekurang-kurangnya Acik Alyn SEDANG BERUSAHA untuk 
menjadi yang terbaik untuk diri Acik Alyn

Kita buat baik tak semestinya kita baik
tapi sekurang-kurangnya kita tak buat benda yang tak baik kan?
Kita bukanlah bagus sangat
tapi insayaallah

TAK SALAH KITA MENUJU DAN BERUSAHA UNTUK MENJADI BAIK



-peace no war-

Nota Betis:
-sedang memplan untuk sessi merehatkan diri ngan family tercinta.


Thursday, March 22, 2012

Terkujat boboi

Pepagi lagi Acik Alyn mau tengok gaji baru dah masuk ke belum padahal hakikatnya tau dah....terus klik maybank2u..opppppp gaji belum masuk lagi. Di hati sudah kerisauan sebabnya Acik Alyn kan baru posting kuar dari HSDG...dalam hati berkata2 jugak la takkan la Kak Dah dah buat LPC nie. Rupenyer Maybank yang ada problem, itupun setelah membaca status KeciQ kat FB dia. Oh,lega sikit rasa hati....

Tengahari gaji  dah masuk dah....Al-hamdullilah.

Wednesday, March 21, 2012

Rabu saya :)

Just because i laught a lot
doesn't means my life is easy
Just because i have a smile
on my face everyday, doesn't mean that semething
is not bothering me
I have choose to move on and not
dwell in all the negative in my life
Every new moment gives me
the chance to renew a new
I choose to be that

Monday, March 19, 2012

Ala-ala orang beso2

Hari nie ada perhimpunan bulanan kat sini. Tak ramai pun....menggamit kenangan zaman sekolah la pulak sebabnya kene nyanyi lagi negeri Pahang. Auwww...memang Acik Alyn lupa sgt2. Pas tu ada sessi memperkenalkan diri di khalayak ramai2. Terpaksa la. Ada lagi tau, edisi penyerahan tugasan ala2 orang beso2 serah tugas jugak di depan khalayak ramai. Merasa jugak la macam VIP.


Nota Betis:
-Tak tolong susah, tolong pun susah jugak la. Serba salah.

Sunday, March 18, 2012

Hari ke 78 dalam tahun 2012

Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik..”


Saturday, March 17, 2012

Sekali melangkah akan terus melangkah


Friday, March 16, 2012

Purple Day@Fareeda

Aduh sungguh mengancam. My feberet kale' nie. Kalau dekat *macam la still doq kat office lme* dah sign borang half day nak g beratur kat butik fareeda Bangi nun..Dah lama x menambah koleksi. Walaupun harganya boleh la tahan tapi bagi Acik Alyn amat berbaloi....chantek.

Jumaat@umah mak abah

Bagi Acik Alyn gagal sekali bukan beerti gagal untuk selamanya. Sekiranya kita tidak putus asa dan teruskan berusaha, insayaallah akan berjaya juga satu hari nanti. Semuanya terletak pada diri sendiri.

#sedang menunggu 'seseorang' mengotakan apa yang telah dia janjikan....tapi ada masanya n masa itu berjalan. Seandainya satu hari nanti masa itu berhenti -sori ek-.

 Niyaz
 Adam
Nota Betis:
Smile n let every-1 know that 2day you're a lot stronger than you were yesterday
 

Thursday, March 15, 2012

Kuantan-KL-Kuantan

Acik Alyn bercuti 2 hari hari nie dan esok hari....banyak sangat urusan yang nak dibuat. Tadi ke KL pergi pagi dan petang balik ke Kuantan semula. Al-hamdullilah selamat pergi dan balik tapi penat sikit la. Urusan pun dah selesai....sempat lagi tadi singgah umah ambik barang. Ingat nak singgah office ambik my AULIA tapi tak sempat la. Lain kali la singgah ek tapi tolong jagakan my AULIA untuk Acik Alyn baik2 yek.

Esok cuti lagi...yee haaa. Nak g jalan2 bawak my lil la esok :). 

Tadi on d way nak g KL bukak sinar FM..dengar lagu bunga emas nyayian Saleem nie..best la pulak...
 
Apa ertinya
Bunga emas yang diberi dulu
Dikembalikan semula
Dikau pun berpaling terus pergi
Rasa dihina membuat aku merasa
Kasihku tiada berharga


Apa maknanya
Bunga emas yang engkau miliki
Bila engkau mengirim erti
Rupanya aku dibenci

Tergamaknya
Kau biarkan bunga cinta
Terbiar pudar warnanya
Dulu gemilau bagai emas Rupa-rupanya hadirmu cuma bersandiwara
Tak lena tidurku
Sering mengenangkan wajahmu
Duhai sayangku

Aku di sini
Tercari cari warna pelangi
Hanya yang kutemui
malam yang sunyi
tak ketemui
meranalah

Masihkah ada haruman rindu
Dimana emas dulu kau puja
Pabila sepi datang melanda
Ku merindu percintaan bagai dulu

Rupa-rupanya hadirmu cuma bersandiwara
Tak lena tidurku
Sering mengenangkan wajahmu
Duhai sayangku

Aku disini
Tercari cari warna pelangi
Hanya yang kutemui
malam yang sunyi
tak ketemui
meranalah

Masihkah ada haruman rindu
Dimana emas dulu kau puja
Pabila sepi datang melanda
Ku merindu percintaan bagai dulu

Apa ertinya
Bunga emas yang diberi dulu
Dikembalikan semula
Dikau pun berpaling terus pergi
Rasa dihina membuat aku merasa
Kasihku tiada berharga

Apa maknanya
Bunga emas yang engkau miliki
Bunga emas yang kuberi dulu

 

Wednesday, March 14, 2012

Dah nak masuk 2 minggu dah

Al-hamdullilah dah nak dekat 2 mingu dah Acik Alyn kat sini.Dah boleh menyesuaikan diri dengan suasana kat sini, bak kata orang masuk kandang kambung mengembek, masuk kandang rimau mengaum la ish kalau x kene baham. Kerja-kerja pun dah boleh buat. Aplikasikan pengalaman yang ada untuk menjadi yang lebih baik...pengalaman kan mengajar tentang erti kehidupan. Walaupun x ramai geng hu-ha tapi sekurang-kurangnya Acik Alyn amat BAHAGIA di sini. Sesungguhnya memang bahagia sangat2. 


Nota Betis:
-Malam tadi my lil Adam x sihat. Meragam sepanjang malam...dengan ibu dia nie tido x lena. Ingat kalau petang x ok jugak setelah bagi ubat, ibu bawak g klinik.
-Menunggu keikhlasan itu....
-Semoga Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik untukku.

Wordless Wednesday

Tuesday, March 13, 2012

Adam 8 bulan

Anak ibu sudah 8 bulan. Dah macam2 peelnyer. Semalam asyik meragam aje satu hari, maklum la ramai kawan kat umah atuk ngan nenek ek, tu yang mengade2 lebih. Anak ibu sekarang kuat sangat makan.....semua nak sumbat aje dalam mulut. Merangkak pun dah satu rumah dan ada satu tempat favourite dia nak pergi. Kalau ibu lambat bagi susu, ish dia punye suara je dengar. Sayang anak ibu sangat2.

Peluang kedua-ketiga-keempat?????

 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian bukan semuanya tak berguna. Yg penting, sesal tersebut bukan hanya ucapan lisan tapi perlu ikhlas dari hati dan buktikan sesal tersebut. Bagaimana nak buktikan anda benar2 ikhlas? Ikhlas payah nak buktikan, umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yg kelam tetapi anda masih boleh pamerkan keikhlasan anda dgn usahakan ke arah yg lebih baik. Pasti ada ruang untuk mengubah suasana suram kepada sinar, dgn izin-Nya jua...-Suzana Ghazali
Nota Betis:
Rebutlah peluang yang ada seandainya  masih diberikan peluang untuk munasabah diri dan memperbetulkan apa yang salah....Buktikan kalau benar2 mahu berubah. Hanya Allah sahaja yang tahu apa niat anda...

Monday, March 12, 2012

Free je pun :)

Smiling is infectious; you catch it like the flu,
When someone smiled at me today, I started smiling too.
I passed around the corner and someone saw my grin
When he smiled I realized I'd passed it on to him.
I thought about that smile then I realized its worth,
A single smile, just like mine could travel round the earth.
So, if you feel a smile begin, don't leave it undetected
Let's start an epidemic quick, and get the world infected!



Nota Betis:
-Untuk Ery, Nughul n Nawfal, selamat berada di Kota London.....jgn speaking lebey2 ngan akak ble balik nanti ek.

Saturday, March 10, 2012

Selamat bercuti sekolah

Kalau time macam nie, mula la berangan nak jadik cikgu-cikgi....boleh cuti lama2. Biasa la cuti sekolah nie penuh dengan kenduri kahwin. Dah jadik macam kebiasaan pulak, kalau time cuti sekolah cenggini berebut2 orang nak kahwim. Bukannye memudahkan sanak sedara nak datang. Tambahan pulak kalau yang ada anak-anak sekolah tu....
Kat office baru, belum menyeru mood nak bergambar bagai....terasa malas sangat. Kalau kat sane memang 24 jam kamera dalam handbag....hu...hu

Nota betis:
-Riuh umah mak abah nie ngan anak buah yang balik bercuti...pas tu my lil buat2 mengade2...ish anak ibu nie macam2 peel nye plak

Friday, March 9, 2012

Kasihnya ibu sampai ke syurga

Sedih jugak membaca harian metro hari ini. Kesian tinggalkan ibu yang lumpuh di hotel. Walau macam manapun sebagai anak kita kene ingat semasa kecil dulu ibu lah yang menjaga kita sepenuh hati. Takkan la dia sakit kita x mampu nak jaga. Betul lah kata pepatah 'seorang ibu boleh menjaga 10 anaknya sedangkan seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang anak'.

Mintak dijauhkan la Acik Alyn dari semua tu. Semoga kami adik beradik dapat menjaga mak dan abah seperti mana mereka menjaga kami semasa kecik2 dulu.


Cerita pagi Jumaat saya

Sepanjang Acik Alyn dapat lesen memandu, ini adalah pengalaman first time JPJ mintak lesen memandu. Bayangkan punya la gelabah la Acik Alyn sampaikan lesen pun dah x jumpa. Lasat2 bagi lesen P dan suh JPJ tu p cek sistem dia. Pas tu JPJ tu g, jumpa la pulak lesen tu.....Pengalaman betul. Lepas nie lesen kene letak sebelah kad pengenalan aje. Apa2 senang nak carik nanti.

Kesimpulannya-------> lambat masuk office 5 minit.

Thursday, March 8, 2012

SBPA mansuh

Walau apa pun samaada SBPA atau SSM, syukur alhamdullilah.

Wednesday, March 7, 2012

Rutin harian yang telah berubah

Hari nie hari ke-3 di office baru. Al-hammdullillah dah boleh catch-up sikit2 tentang kerja2 yang bakal dilaksanakan nanti. Hari nie Acik Alyn ada orientasi 1 hari. Ok la..banyak jugak yang tahu dan jugak kenal kawan2. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Kat sini Acik Alyn masuk kerja pukul 8.00 pagi..ingatkan nak masuk pukul 7.30 pagi tapi x de kunci office lak. Biasa balik pukul 4.30 dah chow dengan Kak L..kat sini terasa lama la plak. Kat sne hari2 lalu highway dan bayar tol..kat sini lak lalu jalan biasa je. Kalau ada lori besar n x dapat nak potong..fuh masak la......

Harap2 kerja kat office baru nie dapat la mengekalkan berat badan unggul. X nak la naik balik berat badan.....my target 55 kg. Tapi tu la x dapat nak menahan nafsu bila mak yang masak....cepat aje lapar. Tapi kene kuatkan semangat dan dah beli biskut hup seng....kalau lapar kena bedal biskut tu aje. Harap2 tercapai la target 55 kg tu.

 
Rindu office lama..hu...hu

Tuesday, March 6, 2012

Hari pertama dan hari kedua

Semalam mood malas nak apdet blog....feeenat dan perasaan yang x bape nak molek. Wah sejak koi jadik orang pahang nie....ish x moo la. Kat office sekarang nie memang diaorang cakap Pahang je. Lama2 Acik Alyn akan terikut2 kot...hu..hu.


Acik Alyn dalam sessi menyesuaikan diri dan belajar banyak benda. Chaiyok untuk diri sendiri.

Sunday, March 4, 2012

Wish..wish.....wish

Al-hamdullilah sampai ke destinasi yang di tuju dalam masa 2 1/2 jam....hu..hu. Memang drive laju2 sebab rindu ngan Adam dah. Sampai kat umah Adam x de pun....Adam g ikut atok dan nenek antor pengantin.

Esok akan bermula hijrah yang baru dalam hidup ini. Semoga dipermudahkan segalanya.

Saturday, March 3, 2012

Cerita semalam saya

Di tengahari Jumaat yang mulia itu, Acik Alyn n d gang telah pergi menonton citer Adnan Sempit. Wah memang best aaaar citer tu...dari awal crite sampai la ke akhir citer asyik gelak ketawa aje. Cukup menggelikan hati. Setiap kali Adnan mengungkapkan dialog Inggeris pasti mengundang gelak ketawa yang mengekek2 satu panggung....


Photo cilok from Amie

Semalam edisi salam menyalam ngan sume orang kat Bahagian Pengurusan. Punya puas nak menahan air mata, akhirnya bila salam ngan kawan2 kat Unit Pentadbiran, air mata x leh nak tahan la pulak...
 Kawan2.....nanti ble Acik Alyn dah berada kat Negeri Pahang yang tercinta, korang buatlah keje molek2 ek....jangan la jadik macam Acik Alyn yang kuat pot-pet, kuat lawan bos dan suke ngusik orang.

Untuk Syikin....tak pe mula2 memang la rasa susah buat kerja Acik Alyn tu..lama2 mesti terror pye. Buat cara sendiri kalau rasa x boleh nak ikut cara Acik Alyn asalkan keje sume beres. Bila buat kerja Acik Alyn tahap kesabaran mesti high sikit, pas tu ilmu back up diri sendiri mesti mau power. X pe lama2 mesti terror pye. Belajarlah dari pengalaman. X pe kan sebab satu kerja yang remeh dah bagi kat CC kan. :)
Lepas nie korang la sorang geng makan korang kan....Kak L jangan sedih2 tau. Korang sume jangan x makan pulak rindu kat kita nanti...he...he. Lepas nie dah x de la orang nak jeles2 dan bz body  ngan Acik Alyn. Biarlah orang tu dengan cara dia yang kolot tu.

Ala kalau korang ada buat event Unit Pentadbiran, Acik Alyn nak join jugak tau. Inform awal2. Kata nak g bercuti ramai-ramai, Acik Alyn no hal pye. Jom aaaar. Ala KL dan Kuantan tu bukan jauh mana pun.
Good bye Hospital Serdang.

Friday, March 2, 2012

Terima kasih banyak2

cilok gambo from Amie

My last day@Hospital Serdang

Hari ini bersamaan 02 Mac 2012, genaplah 3 tahun Acik Alyn berkhidmat di Unit Pengurusan Hospital Serdang dan juga hari ini merupakan hari terakhir Acik Alyn akan berada di Unit Pengurusan sebelum melangkahkan kaki meninggalkan segala suka dan DUKA di hospital ini.


Al-hamdullilah sepanjang berada di sini bersyukur sangat2 kerana dikurniakan kawan2 yang sekepala. Segala suka duka di lalui bersama.....walaupun mulut pot-pet-pot-pet namun kerja masih jalan kan. Hilang la sorang yang kuat melawan boss kan...mesti aman sikit Unit Pengurusan tu.Nanti korang ngt Acik Alyn tau. Friendship 4ever. Datang Kuantan jgn lpe rojer.....

Selamat tinggal Hospital Serdang


Gumuknye saya di tahun 2011...he..he 2012 Acik Alyn sudah hilang kg


Thursday, March 1, 2012

Diaorang sabotaj saya

Sebenarnya Acik Alyn x nak my officemate buat jamuan 'perpisahan' untuk Acik Alyn. Bukannyer per, satu kene berucap, dua takut air mata berderai2. Punyalah rapi rancangan dia orang sampaikan Acik Alyn x leh nak hidu satu pun komplot diaorang nak sabotaj Acik Alyn...he...he. 


Pagi, pagi datang kerja...dengar kat pantry depan bunyi keletang-keletong....dalam hati apa pulak nie, mesti ada something. Pas tu Acik Alyn intai, amboi bukan main lagik diaorang menyusun barang2. Siap suruh orang guard pintu office takut Acik Alyn balik. Dah orang nak raikan kita, terima je la.


Terima kasih banyak2 sebab meraikan Acik Alyn yang kepochi nie. Walaupun ucapan dari orang tu amat menyakitkan hati tapi tak pe la......esok Acik Alyn akan email 'orang tu'. Sampaikan Acik Alyn berucap semalam memang x de setitik air mata pun yang keluar sebab 'sakit hati'. Tolong la!!!!!

Hadiah pun dapat....siap Acik Alyn request lagik nak hadiah ape..he...he. TQ tau kawan. Luv u all.





Ske...

Suke tengok moment kat gambar nie...he...he