Thursday, February 9, 2012

Terkujat sangat2

Hari ini dalam sejarah. Acik Alyn amat terkujat dan tidak menyangka bahawa pertukaran Acik Alyn ke Pahang lulus dalam masa yang terdekat. Memang terkejut jugak sebabnya rasa macam tak bersedia lagik.

Tetapi setelah ditimbang-tara, difikirkan maka keputusan telah diambik secara jelas dan muktamad-----Acik Alyn akan terima keputusan posting ke Kuantan dengan rela hati berkuatkuasa 15 Februari 2012.-----Selepas nie Acik Alyn akan jadik warga Kuantan la pulak. Sedih jugak la nak say good bye kat kawan2 di Hospital Serdang namun apakan daya. Patah tumbuh akan hilang bergantikan. Kurang la orang yang bermulut bising dan bersuara lantang di Bahagian Pengurusan Hospital Serdang lepas nie. Tolong jangan rindu saya ek, nanti saya tak senang duduk...he...he


Belum berpisah lagik air mata dah kuar. Macam mana nak tunggu sampai hari akhir ek....sedih wooooo. X pe kene tabahkan hati. Masa kat Mindef pun dah keje bertahun2, sekejap je ingat office lama, lepas tu dah OK. Mungkin semua nie ada hikmah sebaliknya. Allah sudah menjanjikan yang terbaik untuk umatnya. Doakan Acik Alyn mendapat apa yang terbaik di dalam hidup ini.


Lepas nie dekat dengan mak ayah. Lega sikit dapat tengok2kan diaorang kerana adik-beradik yang lain semuanya jauh.

Post a Comment