Sunday, February 12, 2012

Susah nak cakap

Selasa nie akan balik ke Kuantan sebab hari Rabu bersamaan 15 Februari 2012, Acik Alyn akan melaporkan diri di JKN Pahang. Hari Jumaat hari tu dah bercakap dengan staff kat sana. Kemungkinan besar akan ditempatkan di Kuantan tapi tak pasti di mana lagi. Harap2 bukan la di tempatkan di hospital. Pening dah dengan bau ubat..he....he. Juga harap2 dah x buat admin lagik. Dah 10 tahun buat admin. Memang la kalau buat admin bermacam perkara kita akan tahu bermula dari A sampai la ke Z. X kisah lah janji ada kerja yang halal. Kerja apa pun x pe la asalkan pandai bawak diri.


Sebenarnya hati nie...urmmmm entahlah. Posting order tu cepat sangat dapat. Ingatkan dalam bulan Jun dapat. May be rezeki Acik Alyn di kampung pulak. Bolehlah Acik Alyn tengok2kan my mak n abah kat sana. Harap2 sinar kehidupan akan bersinar2 dengan gemerlapan kat sana...ewah. Setiap sesuatu tu terjadi, Allah dah rancangkan yang terbaik untuk umatnya. 

Terima kasih Kak Ida atas nasihat Kak Ida masa kita jumpa Jumaat hari tu. Akan Acik Alyn usahakan sebaik yang mungkin. Betul kata Kak Ida tu. Acik Alyn berterima kasih kat Kak Ida kerana sudi mendoakan Acik Alyn. Insayallah ada masa nanti kita akan berjumpa lagik dengan perkhabaran yang menggembirakan. Insayallah dan tolong doakan Acik Alyn yek. Kita kene usaha kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek2 depan kita.

Harap2 semua perancangan Acik Alyn akan menjadi. Semoga dipermudahkan segalanya. Hanya doa dan kesabaran yang mengiringi Acik Alyn selama ini. Terima kasih kepada yang menyokong walaupun korang tahu mana yang betul dan mana yang salah. Tetapi tu la yang salah tidak akan diteruskan dengan salah, kene ditepuk untuk disedarkan. Seandainya Allah memberi kesempatan kepada Acik Alyn untuk membetulkannya, al-hamdullilah syukur sangat2. Janganlah diberi kesesatan yang berpanjangan. Sesungguhnya Acik Alyn tidak sanggup untuk melihatnya dengan mata ini. 

Sememangnya Acik Alyn dah give up tapi setelah difikir2 dan ditelek2, Acik Alyn tidak boleh macam tu. Pada siapa lagi nak diharapkan kerana orang lain mana mungkin dapat menolong. X pe doa seorang ibu akan mengiringi langkah ini. Tak boleh guna plan A, Acik Alyn guna plan B, begitulah seterusnya. Acik Alyn tidak akan putus asa sehinggalah saatnya yang tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

Ya Allah, bantulah hambamu ini mencari jalanmu walaupun dalam keadaan ranjau berliku. Sesungguhnya tanpa pertolonganMu, aku tak mampu.

Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau (Allah) beri Nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan orang-orang yang sesat. (Al-Fatihah / Pembukaan : 6-7 )

*Tunjukkan kami ke jalan yang lurus untuk mengejar akhiratmu*Tunjukkanlah kepadaku yang salah itu salah dan benarkan aku membenarkan yang benar*


“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu memang ada kemudahan.”
(Al-Insirah,94 :6.)

Nota Betis:
buat yg terbaik. Itu janjiku....
Bila nak buat sesuatu, lihat apa hasil kita mahu dan lakukan seolah akan dapat hasilnya. Ini cara baik nak disiplinkan diri
 
 
 

Post a Comment