Thursday, February 16, 2012

Sisa2 yang ada

Hari nie masuk kerja semula setelah melaporkan diri di JKN Pahang semalam. Al-hamdullilah Acik Alyn akan ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Maran. X kisah la di mana2 pun, asalkan pandai bawak diri mesti OK kan. Semoga di tempat baru nanti Acik Alyn akan bekerja dengan lebih cemerlang lagi.


Sekarang nie masa nak settlekan semua kerja2 yang tertunggak walaupun banyak kerja yang menanti. Fuh...memasing terkejut bila tahu Acik Alyn akan posting dan diaorang semuanya mengeluh susah la nak kerja dengan orang lain nanti sebab diaorang kata kerja ngan Acik Alyn nie senang aje. Bagi Acik Alyn kalau sesuatu perkara tu boleh dipermudahkan eloklah dipermudahkan, jadik orang yang berurusan dengan kita senang, hati kita yang nak buat kerja tu pun senang jugak, jadik sama2 senang. ada 2 minggu aje untuk selesaikan semuanya. Acik Alyn akan mula bekerja di PKD Maran mulai 5 Mac 2012. 


Setelah 12 tahun merantau di Kuala Lumpur, akhirnya Acik Alyn akan meninggalkan suka duka di Kuala Lumpur nie. Tapi mana tau di masa akan datang Acik Alyn akan kembali. Member Acik Alyn kat IKN pun dah reserved 1 tempat untuk Acik Alyn kat sana 2013 nanti. Berdoa dipermudahkan untuk plan yang seterusnya. Semoga cepat la memperolehinya. Amin.

Nanti kene nform semua supplier tentang posting Acik Alyn...sekarang x boleh nak bagitau lagi sebab pengganti masih x confirm. Kesian pulak kalau Shikin kene buat semua kerja Acik Alyn + kerja dia tu. Dah la kerja Acik Alyn nie perlu tahap kesabaran yang agak tinggi jugak walaupun kekadang Acik Alyn pun jadik orang yang x sabar.  




Post a Comment