Tuesday, February 14, 2012

Sedang melalui saat2 yg sukar

Entahlah sukar digambarkan perasaan Acik Alyn ketika ini. Acik Alyn hanya berserah segala2nya kepada Allah sahaja. Semoga hijrah Acik Alyn ini merupakan keputusan yang terbaik yang Acik Alyn buat di dalam hidup ini. Walaupun doa itu diiringi dengan lelehan air mata setiap hari namun ianya tidak akan berakhir begitu sahaja sehinggalah satu saatnya nanti. Semoga doa dan kesabaran Acik Alyn terus mengiringi langkah ini sampai bila2. Amin.


Sejak akhir2 ini Acik Alyn asyik sedih saja kan....namun Acik Alyn berusaha untuk menyembunyikan semuanya. Mungkin sudah tertulis semuanya untuk Acik Alyn. Allah dah tentukan jalan yang terbaik untuk Acik Alyn. Harapan Acik Alyn agar semua impian Acik Alyn akan tercapai walau di mana pun Acik Alyn berada.

Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Inilah penawar untuk hati apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam hidup. Hakikatnya, telah banyak kali sesuatu yang baik telah kita nikmati walaupun pada mulanya itu tidak kita ingini terjadi. Dan itulah yang akan terus terjadi hari ini, esok dan hingga akhir nanti...

Mulai Mac 2012, Acik Alyn akan memulakan hidup baru di Kuantan. Dengan di kelilingi kawan2 baru dan suasana kerja yang baru. Tinggallah sayang tinggallah pujaan......
Post a Comment