Tuesday, February 28, 2012

Rabu, Khamis dan Jumaat je lagik

Tup...tup tinggal 3 hari saja lagi Acik Alyn akan berada di cc kawan2 di Sepital Serdang. Kerja2 dah pass over kat Shikin cuma ada sikit2 aje lagik yg kne settlekan sebelum hari Jumaat nie. Isnin Acik Alyn akan melaporkan diri di PKD Maran. Macam mana la keadaan kat tempat baru nanti? Walaupun dah tau kat sana buat kerja apa, tapi still lagi blur2...he...he. Kat sana nanti kene buat HRMIS..nasib baik la memang ada pengalaman buat sume tu masa kat Mindef dulu. Semoga pengalaman lalu dapat membantu. Nota-nota lama pun dah dapat di cari. Nasib baik la x buang..sekurang2nya ia akan banyak membantu nanti.
  cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya...
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi sekiranya kita benar-benar mencintainya setulus hati...
 Acik Alyn suka betul baca kisah2 orang kat FB  Puan Suzana Ghazali...macam2...sekurang-kurangnya ia akan membina semangat diri supaya sentiasa tabah, berdoa dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri. Contoh macam nie la 
-----Bila mendengar ujian orang lain, ramai yg bersuara; ujian aku lg teruk! Betulkah? Mana lebih teruk apabila sbg isteri, anda diuji dgn suami yg berhasrat nak kawin lg berbanding ujian kematian suami? Payah nak jawab kan? Teruk atau lebih teruk tak perlu timbul, sebab anda memakai kasut yg sesuai dgn saiz anda. Anda tak mgkin selesa jika memakai kasut org lain biar saiznya sama. Janji Allah pasti: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya." - surah Al-Baqarah ayat 286. Usah memperlekehkan ujian org lain malah takjub dgn ketabahannya kerana jika anda diuji yg sama, anda juga pasti mampu menanganinya jika anda percayai hikmah takdir-Nya------
Setiap sesuatu yang terjadi mesti ada hikmah sebaliknyakan. Kalau mula2 pahit mesti akan manis juga akhirnya kan...kan..kan.
Janji Allah pasti: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya." - surah Al-Baqarah ayat 286
Post a Comment