Wednesday, February 1, 2012

Memilih menantu


Macam mana kalau dapat bakal mak mertua yang amat memilih, bukan alang kepalang tau yang amat2 memilih. Itu baru bakal tapi kalau dah jadik mak mertua alahai memang teruk banyak la. Kisah dari seorang kawan yang emaknya amat memilih bakal menantu.
Mak dia mencari menantu perempuan yang perfect, yang jawatan tinggi, yang kerja tetap, yang kerja kerajaan dan macam2 lagik la.

Kesian jugak Acik Alyn mendengar luahan hati kawan Acik Alyn itu. Bagi Acik Alyn sebagai emak tak boleh la nak carik menantu ala2 macam cerita drama2. Masalahnya kalau anak awak tu memang berjawatan besar dan handsome macam Aaron Azizi tu x pe la....rasanya boleh diterima. Umur pun bukannya muda pun lagik.

First time Acik Alyn dengar cerita dia, hati Acik Alyn berkata2 'ada lagi ke mak yang macam tu kat zaman moden nie'. Memang kesian gle la.....sampai tahap x nak mengaku anak la. Ish..ish.


Post a Comment