Monday, February 20, 2012

Berkelah berdua-duaan

Semalam bersamaan dengan hari Ahad, Acik Alyn masak nasi ayam dan buat puding cocktail. Maka dengan rela hati menapau semuanya dan berkelah dengan si dia di tasik kat Subang Jaya. Seronok pulak menengok si dia sampai menambah 2-3 X, sedap ekkkk Lyn masak abang?....

Semalam adalah sessi luahan perasaan. Walau apapun Acik Alyn akan tetap menyokong apa yang akan abang buat untuk kebaikan. Kene la usaha lebih sikit baru lah boleh dapat kejayaan dan kekayaan tapi tak payah la kaya sangat cukuplah sekadar cukup makan dan pakai sahaja. Amin.

 Simple menu...nasi ayam+puding cocktail+Air oren
 Muka si tukang masak
Tasik kat Subang Jaya, belakang SJMC....cantik jugak view kat sana.



Post a Comment